5 Zulkaedah 1431H - Pada tarikh 9 Oktober 2010, syarikat Vivar Printing Sdn. Bhd. yang berlokasi di Rawang Integrated Industrial Park, Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor, mengadakan sambutan ulang tahun ke-25 pengoperasian kilangnya. Sambutan Jubli Perak ini merupakan majlis makan malam secara berhidang sepenuhnya dengan menggunakan dome dan layanan pramusaji.
Krew Lusiana Catering seramai 27 orang memang cekal dan cekap mengendalikan semua urusan, dari mengisi sajian ke dalam bekas sehinggalah ke layanan tiga meja VIP.
Menurut laman web Vivar Printing, “Over the last 20 years, have printed millions of books distributed all over the world !” Saya masih ingat semasa fasa perbincangan dengan wakil syarikat, sesi diadakan di dalam perpustakaan. Di situ ditempatkan banyak buku hasil cetakan Vivar. Saya memperoleh info bahawa lebih kurang 80 peratus kerja percetakan datangnya dari buku-buku terbitan luar negara.
Juga andai tidak salah penelitian saya, terdapat 7 buah mesin pencetak web disana . Keluasan lantai produksi Vivar Printing pula ialah 17,200 meter persegi. Memang besar dan luas.
Tanggungjawab Lusiana Catering turut merangkumi pemasangan 12 set kanopi beserta kerusi dan meja. Pihak kami juga menyediakan pentas utama yang dihiasi dengan kanopi berlelangit dan bebola bunga yang indah.
Krew Lusiana Catering seramai 27 orang memang cekal dan cekap mengendalikan semua urusan, dari mengisi sajian ke dalam bekas sehinggalah ke layanan tiga meja VIP.
Menurut laman web Vivar Printing, “Over the last 20 years, have printed millions of books distributed all over the world !” Saya masih ingat semasa fasa perbincangan dengan wakil syarikat, sesi diadakan di dalam perpustakaan. Di situ ditempatkan banyak buku hasil cetakan Vivar. Saya memperoleh info bahawa lebih kurang 80 peratus kerja percetakan datangnya dari buku-buku terbitan luar negara.
Juga andai tidak salah penelitian saya, terdapat 7 buah mesin pencetak web di
Tanggungjawab Lusiana Catering turut merangkumi pemasangan 12 set kanopi beserta kerusi dan meja. Pihak kami juga menyediakan pentas utama yang dihiasi dengan kanopi berlelangit dan bebola bunga yang indah.
3 comments:
Tahniah. Hebat dan sungguh menarik. Antara perkara yang saya idamkan adalah menghadiri majlis makan yang dikendalikan oleh tuan. Sekurang-kurangnya, dapat melepaskan rasa geram apabila melihat gambar.. hehehe.
Hizam,
Ni kalau belah Kulim...boleh ka kalau nak catering???...
Halim kata your food ..confirm marvelous!!!..
Lily.
Tuan Faris, terima kasih. InsyaAllah, ada masanya nanti.
Puan Lily, saya tidak kisah andai ada tawaran menarik dan besar, hehehe. Lusiana Catering pernah ke Melaka selama 4 hari untuk sesi katering 2 hari. Hubungi pihak saya jika ada keperluan nanti.
Post a Comment