24 Zulkaedah 1431H - Katering untuk majlis perkahwinan merupakan antara sesi katering yang besar. Ianya melibatkan tetamu bermula dari paling sedikit 300 orang sehingga 2,000 orang. Sebelum memutuskan katerer mana yang bakal diambil oleh pasangan mempelai atau keluarga mempelai, biasanya klien memerlukan sesi food testing. Ini diminta oleh klien terutamanya untuk majlis perkahwinan yang melibatkan jumlah tetamu melebih 800 orang.
Lusiana Catering sudah banyak kali dijemput bagi menyediakan sesi food testing ini. Tidak saya nafikan di sini bahawa ada beberapa food testing tidak menghasilkan jualan atau pengesahan dari pihak klien.
Salah satu kes yang saya kira masing-masing pihak, keterer dan keluarga mempelai, tidak menjangkakannya ialah putus tunang ataupun lain-lain takdir yang sudah tersurat. Pihak keluarga terbabit secara hormat memaklumkan kepada pihak saya akan hal yang terjadi dan kemaafan dipohon. Ianya disusuli dengan pertanyaan adakah makanan yang disediakan untuk sesi food testing tersebut harus dibayar justeru kerana majlis tidak jadi. Jawapan Lusiana Catering ialah, tidak payah bayar.
Namun begitu, jangan pula sesi food testing dijadikan sebagai sesi ‘makan percuma’ yang disengajakan. Saya memperoleh info ini dari borak-borak seputar teman katerer. Oleh sebab itu, ada katerer yang mengenakan bayaran bagi sesi food testing perkahwinan ataupun majlis besar lain.
Apa-apa hal pun, boleh dibincang dan saling bertolak-ansur. Itu ajaran dalam agama Islam.

No comments:
Post a Comment