Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Tips Katering: Variasi masakan kampung dan sajian meja mempelai

25 Zulkaedah 1431H - Kebiasaannya masyarakat Melayu menyukai sama ada set nasi beryiani, nasi tomato atau nasi minyak sebagai menu utama bagi majlis perkahwinan. Pastinya untuk sajian pencuci mulut pula, banyak jenis masakan boleh disediakan, dari kuih-muih sehingga pelbagai jenis bubur.

Namun begitu, ada kalanya mereka mahu sedikit kelainan. Sebagai contoh ialah sajian masakan kampung yang berupa nasi putih dan masakan yang bersesuaian. Katerer perlu kreatif dengan permintaan sebegini.


Bagi sajian meja utama mempelai, katerer boleh sediakan beberapa jenis masakan yang berlainan. Walaupun bahan mentah asas adalah sama seperti ikan, ayam dan buah-buahan, tetapi cadangkan beberapa variasi. Misalnya masakan masam-manis, plum, sambal, tiga-rasa, halia dan taucu.


Berkaitan:
Food testing: Percuma atau tidak, bergantung kepada keadaan dan kes
Pengendalian katering perkahwinan perlukan daya usaha dan kreativiti
Majlis cuti sekolah: Perkahwinan, lawatan, hari keluarga, doa selamat dan akikah


*** Selamat Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu di Malaysia. Jika perlukan perkhidmatan katering bagi rumah terbuka Deepavali, kami sedia membantu. Kami boleh menyediakan vadee dan vadee O, putu mayam, kari kambing / massala, rojak mamak, murtabak. cendol dan ABC.

Berkaitan:
Sekitar majlis Aidilfitri dan Deepavali di premis klien di Shah Alam

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.