Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Festival Chap Goh Meh bersama PM Malaysia di Petaling Jaya Selatan

26 Rabiulawwal 1432H - Tanggal 14 Februari, telefon bimbit berdering. Lantas Cef Hana menjawabnya. Saya kurang pasti siapa pemanggilnya. Kelihatan raut wajah Cef Hana serius sambil mencatatkan sesuatu di buku pesanan katering. Lebih kurang tujuh minit, perbualan tamat.

“Siapa telefon?” selajur saya bertanya sambil tersenyum teruja.

“Encik Badrul. Beliau ada projek untuk kita. Besar juga. Esok akan berjumpa beliau,” jawab Cef Hana serius.

“Oh, Encik Badrul. Lama beliau tidak menghubungi kita. Bila tarikhnya katering itu?” saya bertanya.

“Hari Khamis ini, 17 haribulan. Beliau mahu jumpa kita esok hari di Shah Alam,” jawab Cef Hana sambil tersenyum.

Ya, notis hanya tiga hari sahaja. Majlis pada hari Khamis itu turut melibatkan dua meja VIP yang akan menerima kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Memang saya dan cef agak kecut perut.

Saya dan cef berbincang hari itu juga mengenai banyak perkara. Kami putuskan akan mengambil pesanan tersebut. Keesokan harinya, saya memandu ke Shah Alam bagi menemui Encik Badrul.

Setibanya di sana, saya berpesan kepada Cef Hana, “Berbincang elok-elok. Sekiranya tidak berani untuk sesi layanan Perdana Menteri (PM), jangan ambil.” Saya tidak turut serta lantaran yakin cef keseorangan dapat berbincang. Lagi pun semua senarai keperluan sudah disediakan, termasuk senarai menu para tetamu dan untuk meja VVIP yang turut ada PM Najib.

Hampir setengah jam kemudian, Cef Hana turun dan menuju ke kereta yang saya parkir di tepi jalan. Hari cuti umum, sebab itu saya memakir kereta di situ sambil membaca buku. Lagi pun jalan memang lengang di hari Maulidur Rasul tersebut. Cef Hana pun menceritakan hasil pertemuan tersebut.

“Semua okey, abang. Encik Badrul mahu kita juga menyediakan menu dan layanan untuk PM Najib. Menu yang saya sediakan dan harga beliau sudah bersetuju. Beliau kata, kita boleh buat,” Cef Hana bercerita sebaik sahaja saya menyoalnya.

“Bagaimana dengan wang deposit?” tanya saya selanjutnya.

“Encik Badrul memberitahu boleh disediakan wang deposit esok atau lusa,” jawab Cef Hana.

Saya bersetuju. Pada hari itu juga, kami berdua ke beberapa lokasi untuk membeli barang-barang, termasuk bunga plastik dan pasu kecil bunga berjumlah 241 unit untuk setiap meja di majlis pada 17 Februari 2011 nanti. Pinggan, piring, cawan, sudu dan garfu pakai buang beserta tisu dibeli di Pasar Pudu, Kuala Lumpur. Peralatan kutleri VVIP turut disediakan.

Pada hari itu juga, beberapa panggilan telefon dibuat, termasuk menghubungi penyedia servis pramusaji para tetamu dan meja VIP/VVIP. Penyediaan dan layanan meja VIP dibuat secara plate serve. Alhamdulillah, semuanya lancar dan pihak saya mendapat komitmen semua pihak yang terlibat.

Keperluan lori, tenaga pramusaji seramai 25 orang, penyediaan bunga meja untuk meja tetamu, dekorasi bunga hidup bagi meja PM Najib dan meja satu lagi, tenaga pekerja untuk memasak dan lain-lain peralatan berkaitan dapat diuruskan lancar pada hari Rabu, 16 Februari. Ini juga termasuk urusan memasak nasi dan lauk-pauk bagi 2,500 tetamu.

Menu meja VVIP juga disediakan oleh Cef Hana. Memang sibuk dan mengujakan, di samping aliran adrenalin yang deras mengalir di segenap tubuh dan pembuluh darah. Doa dipanjatkan ke hadrat Allah supaya semuanya dipemudahkan.

Senarai menu seperti di bawah.

Untuk tetamu:

Nasi putih
Mee goreng Kantonis
Bihun goreng Singapura
Kuew tiew goreng
Ayam masak merah
Daging goreng berhalia bawang
Sayur campur

Pencuci mulut:
Kuih bakar kemboja
Kuih talam suji
Kek butter mini
Bubur kacang hijau
Minuman: Kordial oren

Menu Meja VVIP & VIP

Nasi putih
Ayam masak kung pao
Daging berlada hitam bersama asparagus
Ikan selmon berlemon
Shrimp masam manis
Broccoli + black braised mushroom

Pencuci mulut:
Bubur kacang
Kuih bakar kemboja
Hirisan buah-buahan
Minuman: Teh tarik, kopi O dan fruits punch

Semasa sesi bertemu bual bersama Encik Badrul, beliau mengucapkan terima kasih. Beliau berpuas hati dengan servis yang diberikan Lusiana Catering pada Festival Chap Goh Meh Peringkat Negeri Selangor bersempena Tahun Baru Cina 2011 di sebuah padang di Petaling Jaya Selatan, Selangor.

Photobucket

(Meja VVIP Perdana Menteri Malaysia)

Photobucket

(Meja VVIP Perdana Menteri Malaysia)

Photobucket

(Antara menu meja VIP/VVIP)

Photobucket
Photobucket

(Antara para tetamu yang hadir)

Photobucket

(Antara meja bufet yang disediakan. Sebanyak 8 meja bufet semuanya)

Photobucket

(Cef Hana bersama sebahagian dari krew yang kepenatan, tetapi ceria)

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.