23 Rabiulawwal 1432H - Pada tanggal 7 Januari 2009 lalu, saya ada satu sesi katering di Jobstreet.com Sdn. Bhd. Sajian minum petang itu adalah untuk sesi latihan bagi klien syarikat itu. Menu yang disajikan ialah karipap, sandwich telur, kuih keria, mafin coklat, teh tarik dan kopi O.
Sementara menunggu tetamu selesai makan dan sesi latihan tamat, saya membuat kunjungan ke kedai buku Pustaka Mukmin, Minerva dan Saba Media yang terletak di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada tarikh 23 Januari pula, sekali lagi saya ke Jobstreet.com dengan tujuan yang sama. Dan sekali lagi kaki ini melangkah laju ke Pustaka Mukmin. Hiruk pikuk jalan raya tidak saya hiraukan. Tarikan deretan kedai mamak dan kedai makan lain di sebelah kiri juga saya persetankan. Saya jalan terus, jitu ke satu lokasi.
Di kedua-dua sesi katering tersebut, saya membeli tiga buah buku seperti berikut:
Novel Rahsia Agenda Alam Hitam II: VAMPRHA oleh saudara Zehannur Rakhee; buku Hidayah (Siri kuliah tafsir al-Quran) oleh Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat; dan novel Mantera Hitam oleh saudara Serunai Faqir.
Sementara menunggu tetamu selesai makan dan sesi latihan tamat, saya membuat kunjungan ke kedai buku Pustaka Mukmin, Minerva dan Saba Media yang terletak di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada tarikh 23 Januari pula, sekali lagi saya ke Jobstreet.com dengan tujuan yang sama. Dan sekali lagi kaki ini melangkah laju ke Pustaka Mukmin. Hiruk pikuk jalan raya tidak saya hiraukan. Tarikan deretan kedai mamak dan kedai makan lain di sebelah kiri juga saya persetankan. Saya jalan terus, jitu ke satu lokasi.
Di kedua-dua sesi katering tersebut, saya membeli tiga buah buku seperti berikut:
Novel Rahsia Agenda Alam Hitam II: VAMPRHA oleh saudara Zehann
No comments:
Post a Comment