Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Resipi Ramadhan dan Aidilfitri: Memikat di meja hidangan


Serikan meja hidangan dengan pelbagai pilihan menu serta peralatan kutleri istimewa. Tradisi menyajikan nasi dan lauk yang membangkit selera serta dekorasi memikat bisa menambat hati sesiapa sahaja yang melirikkan matanya, sekali gus menambah keceriaan suasana.

Lusiana Catering berkongsi rasa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Dari melaksanakan tugas mengurus pengendalian penyediaan sajian acara sehinggalah kepada servis pramusaji di meja utama raja sehari, majlis tertentu dan keraian Hari Raya Aidilfitri, Lusiana Catering sedia berkhidmat mengikut selera dan bajet tuan dan puan.

Saya sertakan tiga halaman yang diambil dari majalah Seni Hias keluaran Ogos 2010. Halaman ini memuatkan beberapa resipi sajian Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri berserta foto-foto makanan berkaitan. Ianya sumbangan Cef Hana dari Lusiana Catering.


Senarai resipi ialah nasi beriani, rendang daging, ayam kampung goreng berempah, dalca sayur, acar buah berbijan dan filet ikan masam manis.


Sila klik gambar untuk dibesarkan dan kemudian cetak (jika mahu).
Semoga bermanfaat.

Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.