3 Jamadilakhir 1432H - Sutera Bidadari adalah sebuah novel fantasi-thriller garapan idea dari minda Tuan Ramlee Awang Murshid, Novelis Thriller No. 1 Malaysia. Satu majlis pelancaran novel ini telah dijayakan pada tanggal 30 April 2011 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) di PWTC, Kuala Lumpur.
Saya sebagai peminat setia dan pembaca tegar semua karya Tuan Ramlee tidak melepaskan peluang meraikan majlis tersebut, pastinya. Novel Sutera Bidadari diluncurkan ke pasaran selepas hampir setengah tahun judul Rayyan Fantasi diraikan di toko buku MPH, Alamanda, Putrajaya pada 4 Disember 2010.
Pada sebelah malam sehari sebelum tarikh 30 April, Cef Hana Lusiana Catering meluahkan hasrat untuk menyediakan kek baldu merah (red velvet). Sebelum saat fajar menyingsing tanggal 30 April, Cef Hana dengan cekatan mengadun resepi rahsia dan seterusnya memasukkan kek ke dalam oven.
Sejujurnya kek ini tiada dalam perancangan panitia AJK pelancaran Sutera Bidadari. Justeru saya tidak membocorkan sebarang khabar kepada geng AJK yang terlibat. Dua insan pertama yang mengetahuinya ialah saudara Zonan Villa dan saudara Abang Long (Presiden Kelab Peminat Alaf 21) di pagi 30 April tatkala sahabat berdua itu mampir ke teratak saya untuk bersama-sama ke PBAKL 2011.
Pada mulanya saya membisikkan kepada saudara Mie Long, presiden Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) tatkala berkumpul di PWTC supaya memasukkan aturcara memotong kek di majlis pelancaran Sutera Bidadari. Namun di saat-saat akhir hajat saya tidak kesampaian justeru kepadatan pengunjung PBAKL 2011 dan situasi amat sendat dalam dewan Grup Buku Karangkraf. Kek tidak dapat dibawa masuk.
Kek baldu merah seberat hampir 4 Kilogram tersebut akhirnya dipotong dan dibahagi-bahagikan kepada semua AJK dan geng RAMFC yang terlibat di satu sudut dalam bangunan PWTC. Nyanyian ‘Allah Selamatkan Kamu’ bergema tanpa segan sebelum insan yang diraikan, Tuan Ramlee Awang Murshid, memotong kek hasil idea, kreativiti dan air tangan Cef Hana itu.
Terima kasih dan syabas untuk Cef Hana kerana usahanya menambah seri keriangan di majlis Pelancaran Sutera Bidadari yang pasti menjadi nostalgia khas teman-teman panitia AJK dan geng ‘berbaju hitam’.
Saya memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan rasa dan kecacatan deria nubari. Ini salah satu manifestasi daripada Lusiana Catering dan Cef Hana dalam memberikan sokongan kepada karya-karya Tuan Ramlee Awang Murshid dan geng RAMFC. Tahniah dan bravo untuk semua!
Saya sertakan beberapa rakaman peristiwa di majlis penuh ukhuwah tersebut. Kredit foto untuk Cikpuan Elle Syila, Puan Sempoii Morrok dan RAMFC.

3 comments:
sedap betol kek yg dibuat khas utk RAM,..dpt jugak merasa masa launching tuh,...
Saya bagi pihak Lusiana Catering menyusun jari memohon maaf untuk geng RAMFC yang tidak dapat merasa kek tersebut.
Terima kasih sdr. Mar. Alhamdulillah.
Sedap kek ini..teringat lagi rasanya.
Post a Comment