Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Sarapan pagi dan makan tengah hari di sambutan ulang tahun ke-70 Mastika, Taman Tasik Permaisuri, Cheras

11 Syaaban 1432H - Lusiana Catering diberi tanggungjawab menyediakan servis sajian makanan di majlis anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd. pada 26 Jun 2011 bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Acara Fiesta Memancing sempena sambutan ulang tahun ke-70 majalah paling p
opular Malaysia, Mastika, berlangsung dalam suasana santai penuh meriah. Saya melihat ramai kaki pancing datang mencuba nasib. Hasilnya ialah seperti foto tiga ekor ikan yang menduduki tangga pertama hingga ketiga. Pemenang dirangkul oleh seorang kaki pancing yang berjaya menaikkan seekor ikan patin seberat 20 Kilogram. Hadiah utama ialah wang tunai bernilai RM10,000.00.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Johar dari Utusan Karya justeru menggunakan servis katering kami dalam menyerikan majlis tersebut. Menu disediakan untuk dua sesi; sarapan pagi dan makan tengah hari. Menurut Tuan Johar, info servis Lusiana Catering diambil dari majalah SAJI isu Julai 2011 yang turut diterbitikan oleh Utusan Karya.

Ya, sila dapatkan majalah SAJI isu Julai yang sudah berada di pasaran dan isu Ogos 2011 yang turut memuatkan resipi-resipi sumbangan dari Cef Hana Lusiana Catering. Isu Ogos 2011 memuatkan resipi Hari Raya Aidilfitri, insya-Allah.

Di antara menu makan tengah hari seperti berikut:


- Nasi putih

- Ayam masak lemak cili padi

- Ikan goreng sambal

- Sambal tempe + kentang goreng rampai

- Sayur kacang + hati ayam

- Ulam-ulaman + sambal belacan

- Bubur pulut hitam


Foto-foto di sekitar majlis yang turut dihadiri oleh beberapa orang artis tempatan, termasuk artis rock kapak Tuan Ali Terrarosa (bekas vokalis XPDC) dan penyanyi kumpulan Utopia. Saya melihat Tuan Ali berulang kali menyenduk bubur pulut hitam. Enjoy secara berhemah.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.