Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Ramadan 1432 Hijrah: Kami bersedia menerima tempahan berbuka puasa

6 Syaaban 1432H - Kami di Lusiana Catering bersedia menerima tempahan menu untuk berbuka puasa yang merangkumi:

(1) Menu berbuka puasa

(2) Menu makan selepas solat Maghrib
(3) Menu moreh selepas solat sunat Terawih

Palbagai pilihan boleh dicadangkan oleh pihak tuan puan atau pihak ka
mi yang memberi cadangan menu. Di antara contohnya seperti di bawah.

- Nasi putih
- Mee goreng mamak

- Ikan cencaru bakar + air asam
- Daging dendeng berlada + nanas (foto)
- Ayam kurma

- Sambal tumis udang harimau
- Sayur campur
- Ulam-ulam + sambal belacan

Pencuci mulut:

- Kurma
- Kuih bakar kemboja

- Samosa kentang
- Pengat pisang
- Sira labu
- Hirisan pelbagai buah-buahan
- Minuman: Kordial sirap + oren dan teh tarik

Walaupun begitu, ianya tertakluk kepada Terma dan Syarat kami yang akan diberitahu, terutamanya bilangan minima pesanan (bilangan pax).

(Foto 1: Meja VIP satu majlis berbuka puasa kendalian Lusiana Catering. Foto 2: Daging dendeng berlada + nanas)


Ilmu: Dalam kitab Al-Targhib wal-Tarhib, Imam Mundziri menyampaikan hadis-hadis yang menunjukkan bulan Syaaban adalah bulan yang agung dan dicintai oleh Rasulullah. Berikut adalah hadis mengenai kelebihan bulan Syaaban.

Allah mengumumkan pengampunan-Nya pada bulan Syaaban. Mu'az bin Jabal melaporkan Rasulullah berkata,


"Pada malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), Allah mengumumkan kepada sekalian manusia bahawa Dia akan mengampunkan orang yang mahu meminta keampunan-Nya, kecuali kepada orang yang menyekutukan Dia, juga orang yang suka mengadu domba (menciptakan api permusuhan) sesama saudara muslim." (Hadis direkodkan al-Thabrani dan Ibnu Hibban)
- Artikel dipetik daripada buku Senangnya Puasa Bagi Orang Sibuk oleh Gus Ariffin.

Ramadan breaking fast catering is one of the most tiring events. This is because all crews fasting as well, but it’s considered a noble function, and we feel honored in preparing foods for breaking fast. Picture is the VIP setting during one of the breaking fast catering sessions.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.