Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Katering dan majlis ulang tahun perkahwinan ke-28 pasangan Singapura


Pada Sabtu 23 Februari 2013, saya, isteri dan anak-anak ke Greenwood, Gombak. Sesi katering Tahun Baharu Cina di Shah Alam saya serahkan kepada tim Tuan Mohd Azlan Satar.

Kami ke Greenwood justeru meraikan majlis sambutan ulang tahun ke-28 perkahwinan pasangan Champion Puan Mazanah Mohamad dan Tuan Zubaidi dari Singapura.

Majoriti keluarga pasangan mempelai ini datang dari negara jiran kita. Sebahagian kecil lagi dari Malaysia. Saya sekeluarga bagaikan keluarga bagi pasangan ini. Tautan ukhuwah terasa kukuh.

Saya disorong copong untuk berucap. Antara ucapan saya ialah, "Saya dan isteri doakan agar Abang DD, Kak Mazanah dan anak-anak berbahagia sehingga ke akhir hayat, dan sehingga ke syurga. Amin ya Allah."

Dalam buku motivasi addin berjudul 50 SupChampion Resipi Rasulullah, saya nukilkan secebis kisah berkenaan mereka. Saya masih menyimpan hasrat untuk membukukan kisah pasangan Champion ini. Ada masa dan upaya, insya-Allah, saya rancang. 

Warkah Champion | Ketika berlaku perselisihan di antara Ali bin Abi Talib dengan Mu’awiyah bin Abu Sufian, Empayar Byzantine menawarkan bantuan kepada Mu’awiyah untuk menentang Ali dengan harapan mendapat manfaat jangka panjang.

Tawaran tersebut ditolak secara tegas oleh Mu’awiyah, bahkan secara keras beliau memberi amaran kepada pemerintah Byzantine, "Jangan terpedaya kerana perbezaan kami. Jika kamu berhasrat menentang umat Islam, aku akan menjadi tentera Ali yang pertama untuk menentang kamu."

Aku akui, aku insan kerdil, bahkan amat kerdil dalam ruang ilmu Allah yang Maha Berilmu.
Aku insan yang tidak petah, malah patah lidah, namun dengan hasrat ingin bermadah jua.
 
Justeru aku menata aksara dalam menyuara rasa.
Bukan berniat mencari bala, tidak terlahir mencipta petaka dalam bercitra.

Fana ini menjadi penyedar bahawa aku harus tetap bersuara.
Di sebalik hijab tabir yang Maha Esa, yang aku berikrar sejak di alam roh.

@@@@@@@ 

Katering perkahwinan di Keramat, Julai 2012 

Foto-foto yang dipaparkan ialah persediaan menyambut ketibaan pasangan mempelai dan tetamu pada 8 Julai 2012. Dekorasi mudah seperti mana yang diminta oleh keluarga pengantin perempuan, di sebuah dewan di Keramat, Kuala Lumpur. 

Saya dan Cef Hana sering bertemu mereka. Kini sedang menunggu cahaya mata pertama.

Photobucket

Yee sang atau lou sang halal dari Lusiana Catering

Yee sang atau lou sang adalah menu istimewa untuk Tahun Baharu Cina. Sejak tahun 2011, pihak kami mula menerima pertanyaan bagi sediaan menu yee sang halal mengikut prosedur Islam. Justeru Cef Hana mengambil inisiatif untuk belajar sajian khas ini. 

Versi atau kandungan yee sang atau lou sang ini banyak, mengikut kreativiti seseorang tukang masak atau cef yang menyediakannya.

Ketika satu sesi katering Tahun Baharu Cina 2013 (yang masih hangat berlangsung), seorang tetamu bertanya kepada sahabatnya, lebih kurang begini, “Kandungan sayur ini adakah?” Beliau menunjuk jenis sayur tersebut.

Rakannya itu menjawab, “Tidak kisah. Janji ia sayur. Ikut kreativiti masing-masing.”

Dari info yang saya peroleh, sajian ini dikatakan berasal dari negara China. Namun versi kontemporari dihasilkan dan dipopularkan pada era 1960-an di kalangan komuniti bangsa Cina di beberapa tempat. Paling menarik ialah hari perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura sering dikaitkan dengan menu istimewa ini.

Sepanjang pengalaman Lusiana Catering, pihak syarikat dan komuniti bangsa Cina di Kuala Lumpur dan Selangor tidak sah sekiranya sajian ini tidak disediakan di majlis sambutan Tahun Baharu Cina. Ia sebagai simbolik kemakmuran, justeru sajian ini juga disebut sebagai yee sang salmon kemakmuran (prosperity salmon yee sang).

Dalam laman web Wikipedia, ada tertulis, Yusheng, yee sang or lou sang or prosperity toss, is a Teochew-style raw fish salad. It usually consists of strips of raw fish (most commonly salmon), mixed with shredded vegetables and a variety of sauces and condiments, among other ingredients."

Photobucket

Di Malaysia, Indonesia dan Singapura, ikan salmon menjadi jenis ikan yang paling terkenal sebagai elemen kemakmuran dalam penyediaan yee sang.

Lusiana Catering berbangga dengan pesanan saban tahun, sejak 2011, terhadap sajian istimewa kaum Cina ini. Kami belajar dan mahu terus belajar, justeru makanan yang pelbagai ini adalah anugerah Allah untuk umat manusia.

Photobucket
Photobucket

Doa selamat, bacaan Yasin dan solat Hajat di Zelan Berhad, 21 Jan. 2013

Menu istimewa daging salai masak lemak cili padi ini sudah dua kali dipesan oleh Zelan Berhad. CEOnya berkata, "Sedap masakannya, tapi saya tidak boleh makan banyak.”

Saya hanya tersenyum. Alhamdulillah.

Senarai menu penuh seperti di bawah:

- Nasi putih
- Daging salai masak lemak cili api + belimbing buluh
- Ayam goreng berempah
- Sambal tumis sotong
- Sayur campur + cendawan
- Telur masin
- Ulam-ulaman + sambal belacan
- Hirisan buah-buahan (pelbagai Jenis)

Pencuci mulut:
- Bubur kacang hijau
- Kek coklat mini
- Kuih bakar kemboja
- Minuman: Kopi o & teh o ais lemon

Apakah bidang bisnes syarikat besar ini? Dari laman webnya, bisnes utama Zelan ialah, “Zelan's growth will be driven principally by its two main strategic business units in engineering and construction, and  property and development. 

“Management team at Zelan has to date successfully completed the construction of 16 power plants mostly on design and build (EPC) basis, 14 of which are located through Malaysia, one each in Singapore and India. Zelan's expertise also includes the design and construction of airports, highways and interchanges as well as commercial and industrial buildings."

Hijrah Champion | Memang berniaga mahu untung. Namun sebagai Muslim, harus berfikir gaya Champion wawasan Rasulullah. Dalam sebuah buku tulisan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, beliau menulis (saya ubah sedikit), "Untung berniaga tidak semestinya dalam ukuran duit semata-mata. Ihsan dan timbang rasa adalah untung juga bagi peniaga Mukmin."

Di sisi lain, untung berniaga juga adalah berasa cukup dengan rezeki titipan Allah, tenang dalam bermuamalat dan beribadat.
Photobucket

Chinese New Year 2013 Dinner: Hotel Hari-Hari, Taman Maluri, 2 Feb. 2013

Majlis keraian Tahun Baharu Cina 2013 yang pertama kendalian Lusiana Catering. Selain sajian masakan ala-Cina, kami juga sediakan seekor kambing golek dan 1,000 cucuk sate. Alhamdulillah, persembahan dan sajian yang menggamit selera tetamu.

Dekorasi meja bufet juga diseliakan oleh Chef Lusiana Adnin.

Senarai menu lengkap seperti di bawah:

- Chinese fried rice
- Hokkien fried mee
- Wantan (Chinese) spring roll
- Spicy fried chicken
- Garlic butter prawn
- Fish fillet sweet & sour
- Mixed vegetables
- Yong tau foo
Desserts:
- Kuih talam nyonya
- Mini chocolate cake
- Potato samosa
- Assorted fruits cutlet
- Beverages: Orange cordial and teh tarik

- 1 whole roasted (BBQ) lamb + 3 sauces and salad
- Chicken sate (1,000 sticks) + standard accessories

Photobucket
Photobucket

SUMAYYA FOODS & CATERING.