Pada
Sabtu 23 Februari 2013, saya, isteri dan anak-anak ke Greenwood, Gombak. Sesi
katering Tahun Baharu Cina di Shah Alam saya serahkan kepada tim Tuan Mohd
Azlan Satar.
Kami
ke Greenwood justeru meraikan majlis sambutan ulang tahun ke-28 perkahwinan
pasangan Champion Puan Mazanah
Mohamad dan Tuan Zubaidi dari Singapura.
Majoriti keluarga pasangan
mempelai ini datang dari negara jiran kita. Sebahagian kecil
lagi dari Malaysia. Saya sekeluarga bagaikan keluarga bagi pasangan ini. Tautan
ukhuwah terasa kukuh.
Saya
disorong copong untuk berucap. Antara ucapan saya ialah, "Saya dan isteri
doakan agar Abang DD, Kak Mazanah dan anak-anak berbahagia sehingga ke akhir
hayat, dan sehingga ke syurga. Amin ya Allah."
Dalam
buku motivasi addin berjudul 50 SupChampion Resipi Rasulullah, saya nukilkan secebis kisah berkenaan mereka. Saya
masih menyimpan hasrat untuk membukukan kisah pasangan Champion ini. Ada masa
dan upaya, insya-Allah, saya rancang.
Warkah
Champion | Ketika berlaku perselisihan di antara Ali bin Abi Talib dengan
Mu’awiyah bin Abu Sufian, Empayar Byzantine menawarkan bantuan kepada Mu’awiyah
untuk menentang Ali dengan harapan mendapat manfaat jangka panjang.
Tawaran
tersebut ditolak secara tegas oleh Mu’awiyah, bahkan secara keras beliau
memberi amaran kepada pemerintah Byzantine, "Jangan terpedaya kerana
perbezaan kami. Jika kamu berhasrat menentang umat Islam, aku akan menjadi
tentera Ali yang pertama untuk menentang kamu."
Aku
akui, aku insan kerdil, bahkan amat kerdil dalam ruang ilmu Allah yang Maha
Berilmu.
Aku insan yang tidak petah, malah patah lidah, namun dengan hasrat ingin bermadah jua.
Aku insan yang tidak petah, malah patah lidah, namun dengan hasrat ingin bermadah jua.
Justeru
aku menata aksara dalam menyuara rasa.
Bukan
berniat mencari bala, tidak terlahir mencipta petaka dalam bercitra.
Fana
ini menjadi penyedar bahawa aku harus tetap bersuara.
Di
sebalik hijab tabir yang Maha Esa, yang aku berikrar sejak di alam roh.
@@@@@@@
Katering perkahwinan di Keramat, Julai
2012
Foto-foto
yang dipaparkan ialah persediaan menyambut ketibaan pasangan mempelai dan
tetamu pada 8 Julai 2012. Dekorasi mudah seperti mana yang diminta oleh
keluarga pengantin perempuan, di sebuah dewan di Keramat, Kuala Lumpur.
Saya dan Cef Hana sering bertemu mereka. Kini sedang menunggu cahaya mata pertama.
Saya dan Cef Hana sering bertemu mereka. Kini sedang menunggu cahaya mata pertama.
2 comments:
Beautiful Arrangement as well as the ambiance of this event. Thanks for sharing this info!
---> Viviene @ catering quezon city
One of the BEST Catering In Greensboro was left off this list! . New Orleans Bar & Grill Catering. I’ve used this caterer over 2 times this year and each time it has been better and better.
Post a Comment