Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Catatan Hari Raya Aidilfitri: Sketsa Mat Katerer di sesi katering

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala. Terima kasih kepada semua klien yang menghubungi kami untuk bertanya pakej sajian di Aidilfitri dan meminta sebut harga. Insya-Allah, kami telah dan akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi setiap permintaan, justeru kami Raikan Citarasa.

Dua kisah untuk kami kongsikan. Semoga terus ceria di Hari Raya Aidilfitri yang masih hangat diraikan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sketsa Mat Katerer di sesi katering selama tiga hari di Nilai, Negeri Sembilan. Tiga hari tim aku berkampung di Nilai dengan jumlah pax pesanan keseluruhan 1,500. Aku merangkap pemandu, 'body guard' dan penyeri majlis (baca: penyibuk). Aku berulang-alik dari Ampang ke Nilai tiga kali sehari.

Pada hari kedua, sahabat pramusaji berkata kepada Cef Hana, "Kak! Abang bawa kereta laju, hanya 15 minit, kita orang sudah sampai di Nilai."

Aku membantah sambil tersengih, "Mana ada! 30 minitlah!”

Pada hari ketiga ada sajian sate ayam dan daging, dibakar di lokasi, dan turut hadir ialah cef VIP Cef Wan (sebagai tetamu khas untuk sesi memasak). Aku dan Cef Hana mengambil kesempatan berbual mesra dengan beliau dan berfoto sebelum sesi beliau bermula. Memang Cef Wan suka membebel, tapi meriah dan kelakar. Habis sesi, beliau sudi merasa masakan Cef Hana.

Cef Hana berbisik kepada aku, "Alamak, bang! Cef Wan makan. Dia itu kuat membebel." Aku hanya mengangguk dan berdoa agar semua okey.

Pada suatu saat Cef Wan bertanya, "Siapa masak?" Aku pun tunjuk kepada Cef Hana, sambil menggamit datang ke meja Cef Wan. Cef Hana agak cuak (mengikut pemerhatian aku).

Cef Wan berkata, "Awak masak?"

Cef Hana mengangguk. Cef Wan berkata, "Sedap!", sambil menunjuk tanda bagus.

Fuh! Lega aku!

@@@@@@@

Mengapa skeptikal dengan warna hijau? Mat Katerer secara peribadi suka dengan gabungan warna hijau dan putih, misalnya untuk hiasan skalop kanopi, alas meja bufet dan makan, dan sarung kerusi bersama riben hijau. Cantik dan sedap mata memandang.

Pada suatu sesi katering di majlis acara sukan (sudah lama juga, aku tak ingat bila tarikhnya), pihak Mat Kateter gunakan piring kuih bewarna hijau gelap, siap ada corak daun pisang lagi. Adalah seorang tetamu (atau mungkin pegawai di situ) bertanya, “Mengapa guna warna hijau?”

Aku menjawab, “Cantik, tuan. Piring berbentuk daun pisang.”

Aku tak tahu sama ada dia terasa atau tidak dengan jawapan aku itu. Dia tidak senyum dan tidak membalas jawapan aku itu.

Kemudian dia berkata kepada rakannya, “Macam askar pula.” Aku terdengar dan tersenyum.

Okey, itu dua kisah yang kami kongsikan. Semoga tersenyum. Untuk melihat pakej menu dan sajian cadangan Hari Raya Aidilfitri 2014, mohon klik di sini.

** Foto-foto salah satu sesi katering terawal tahun 2014 di kawasan perindustrian Hicom Glenmarie, Shah Alam.

No comments:

Cerita terkini