Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Ramadhan dan Syawal 1435 Hijrah – Muhasabah untuk semua


Ramadhan dan Syawal 1435 Hijrah sudah berlalu. Alhamdulillah, dua bulan yang menyaksikan banyak konflik kuasa politik dunia dan Malaysia; mehnah untuk Gaza, Malaysia dan umat Islam; dan tidak kurang untuk diri ini.

Semuanya dari Allah untuk saya dan kita berfikir, bahawa kasih sayang dan cinta Allah itu sewajibnya dilihat dari pelbagai sudut. Saya pernah menulis bahawa rakyat Palestin, khususnya di Gaza lebih beruntung kerana memperoleh ujian Allah berupa kesusahan (baca di sini).

Pesanan katering Hari Raya Aidilfitri agak banyak. Syukur. Sungguh saya sangat bersyukur ke hadrat Allah Taala. Anugerah rezeki dari-Nya dengan mesej amat penting: “Engkau wahai Web Sutera! Rezeki itu dari Allah bukan untuk kau seorang. Ingat itu!”

Penghargaan dan rasa cinta ini saya sampaikan untuk isteri tersayang, Cef Lusiana Adnin. Saya melihat dia dapat mengawal semua gerak-kerja dan ‘kelam-kabut’ operasi di dapur, memesan bahan-bahan mentah, urusan logistik dan penyediaan staf dapur gaya wanita besi. Dalam masa yang sama, urusan staf pramusaji dan rakan bisnes penyedia servis berkaitan turut lancar.

Nikmat itu Allah berikan untuk ditanggunghisab di Mahkamah Maha Agung di dunia Akhirat. Ya Allah!

** Foto-foto sesi katering Hari Raya Aidilfitri 1435H di International Islamic College, Batu Caves, Selangor, 22 Ogos 2014.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.