Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

MASAKAN ORANG MINANG



Seorang wanita bersama anaknya sedang membelek-belek buku. Kemudian dia bertanya, “Saya cari buku motivasi,” sambil memegang buku Berfikir Gaya Champion.

Saya menjawab sambil tersenyum, “Insya-Allah, betul dah tu yang puan pegang. Saya tulis.”

“Oh, ye ke? Apa isi kandungannya?”

Saya angguk dan bercerita serba ringkas isi kandungan buku itu. Sebaik usai, saya hulur buku kedua – 50 Sup Champion Resipi Rasulullah, dan berkata, “Insya-Allah, isinya kesinambungan buku Berfikir Gaya Champion.”

Bualan menjadi panjang. Akhirnya dia bertanya, “Buat bisnes apa selain menulis?”

“Katering, bersama isteri. Namanya Lusiana. Pelik, kan?”

“Oh! Isteri orang mana?”

“Orang Minang.”

Dia berkata lanjut, “Patutlah. Orang Minang memang nama agak pelik. Saya pun orang Minang, dan orang Minang memang suka berniaga dan masak. Bagi nombor telefon.”

Puan ini memberi tahu namanya, tapi saya sudah lupa. Saya autograf kedua-dua buku yang dibeli untuk anak perempuannya, Siti Syafiqah.

Nota: Kini katering kami bernama SUMAYYA FOODS & CATERING. Boleh hubungi kami andai servis katering diperlukan. Insya-Allah benda boleh bincang.

********************

Setiap nikmat hidup di dunia yang diperlukan manusia bagi meneruskan hidup dan menunaikan kewajipan yang ditaklifkan Allah, tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada dunia yang dicela dan ditolak. Justeru setiap perkara yang menyibukkan kita dengan Allah, atau menolong kita mendekati-Nya, maka ia termasuk perkara agama.
-- Syeikh al-Buthi hafizhahullah

Kegembiraan adalah kerangka pemikiran yang kita pilih. Begitu juga mood tidak ceria pada suatu ketika, ia berupa segmen irama yang boleh digubah. Gubah melalui minda, bahawa kita ada Tuhan Yang Maha Merancang. Yakin pada Dia, nescaya hati jadi tenang.

SUMAYYA FOODS & CATERING RATING BERBINTANG

Rating 4.5 bintang daripada 5 untuk SUMAYYA FOODS & CATERING di sebuah portal. Juga testimoni dari portal yang sama.

SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 8 tahun.

Nombor untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.

Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.

Hubungi untuk pertanyaan dan tempahan: WhatsApp, Telegram atau e-mel. Kami pengendali Melayu-Islam di Mantin, Negeri Sembilan/Beranang, Selangor.

KATERING HALAL, KISAH MASJID

Kisah seekor kucing jantan di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam. Ia sering dibelai dan diberi makan oleh seorang jemaah, dan tok siak juga berikan ia makan. Selalu saya lihat ia berlegar-legar di ruang solat utama masjid tanpa diganggu.

Masjid ini mengadakan sesi mengaji al-Quran bersama imam setiap kali usai solat Subuh, kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Kisahnya ialah kucing itu sering saya lihat bersama baring/duduk dekat jemaah tatkala al-Quran dibaca, dan pagi ini berhampiran saya.

Masya-Allah!
**********
Cerita seorang teman di lantai masjid sementara menunggu solat Maghrib. Dia berhenti mengaji sebaik saya usai solat sunat Tahiyatul Masjid.

Teman itu: “Allah bagi second change kat aku, Zam.”

Saya: “Kisahnya?”

“Aku bawa lori. Susun barang... kemudian aku undur dari atas lori. Alih-alih aku terjatuh ke jalan raya sambil terduduk. Langsung tak perasan. Sengal pinggang aku. Selama sebulan aku tak boleh buat kerja.”

Saya menunjuk pinggangnya. Dia angguk. Saya menatap muka dan matanya. Dia angguk dan cerita lagi.

Teman itu: “Sekarang pun masih ada rasa sakit itu semasa rukuk dan sujud. Tapi semuanya syukur ke hadrat Allah.”

Saya: “Itulah, bang. Bukan semua orang ada second change. Kerana Allah sayanglah, Dia bagi peluang kedua. Kalau Allah benci... itu yang sangat saya takut, bang.”

Dia mengangguk. Saya terasa. Saya tersentuh.

Teman itu: “Dulu aku tak solat di masjid, cuma hari Jumaat jer. Kini... kalau terlepas Maghrib di masjid, aku rasa tak sedap hati. Rasa terkilan.”

“Kita serupa, bang.” Saya berkata sebelum azan Maghrib berkumandang, dan kemudian tertunduk ke permaidani masjid. Masya-Allah. Tabarakallah.
Patutlah saya sering melihat dia membaca al-Quran sambil duduk di atas kerusi saban ketika menunggu Asar dan Maghrib. Peluang kedua bukan semua Allah bagi. Kalau Allah bagi, okey... masya-Allah. Tapi kalau Allah tak bagi?

Usah ikut kami dulu-dulu. Maut datang bukannya faktor usia.

IKLAN HALAL | SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 8 tahun.

Nombor untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.

Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.

Hubungi untuk pertanyaan & tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876

Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.

Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.

SUMAYYA FOODS & CATERING.