Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Housewarming: Nostalgia katering dari warga Singapura, penuh ukhuwah

Pihak saya menerima e-mel pertanyaan servis katering lebih kurang seminggu sebelum cuti Kristmas 2011. Justeru agak sibuk dengan sesi katering lain, dan minda saya dan Chef Hana dalam keadaan mood ingin bercuti panjang, maka maklum balas agak lewat diberikan.

Maha benarlah kata Allah bahawa:

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka (umatku), ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10 – 12)
Satu lagi ayat-ayat Allah dalam al-Quran ialah:
"Katakanlah, 'Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?' Katakanlah, 'Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata'" (Surah Saba’, ayat 24).
Pihak saya menghubungi kembali klien perseorangan itu sekembali daripada percutian hampir empat hari di Taiping, Perak. Perbincangan berlangsung serius, dan disusuli dengan mengemelkan sebut harga. Sesungguhnya rezeki adalah anugerah Allah, berkat usaha, doa dan tawakal.

Tanpa banyak karenah, Puan Mazanah dan Tuan Didi dari Singapura, mengesahkan senarai menu dan lain-lain servis pada 29 Disember 2011 untuk majlis keraian memasuki rumah baharu (housewarming)

Chef Hana berkunjung ke lokasi majlis pada suatu hari, bertemu dan berbincang dengan Puan Mazanah yang baik hati dan tinggi pekerti. Lokasi perumahan moden yang mewah bernama Embassy View di Jalan Ampang, Kuala Lumpur menjadi saksi pertemuan mesra tersebut.


Sehari sebelum majlis berlangsung, pihak Lusiana Catering mendirikan kanopi dan menyediakan lain-lain keperluan. Walaupun pada mulanya ada sedikit ‘gangguan’ mis-communi
cation diterima daripada pihak keselamatan kondo mewah tersebut, berkat kesabaran Puan Mazanah dan Tuan Didi, akhirnya segala urusan dapat diselesaikan dengan baik.

Pada hari majlis bertarikh 22 Januari 2012, pihak saya tiba di Embassy View tanpa halangan sebelumnya. Alhamdulillah, segala persiapan sajian siap sedia untuk dijamah oleh para tetamu sekitar jam 3.25 pm.

Pelbagai juadah utama dan pencuci mulut disantap oleh hampir 200 tetamu dari Singapura dan Malaysia. Sikap baik dan berhemah tinggi kedua-dua warga Melayu Singapura, Puan Mazanah dan Tuan Didi, begitu tersemat di dalam lubuk sanubari saya dan Chef Hana. Walaupun hujan mencurahkan air dengan lebatnya dari langit dunia pada suku terakhir
majlis, namun majlis terus menerima kunjungan ratusan taulan dan sahabat handai pasangan sejoli dari Singapura dan Malaysia.

Majlis terus bersambung sebaik solat Maghrib ditunaikan. Kedua-dua pasangan terus meraikan tetamu yang baru tiba. Segala-galanya selesai menjelang 10.00 malam.


Sememangnya nostalgia buat saya dan Chef Hana. Salah satu sesi katering yang banyak kenangan manis bagi saya dan isteri. Alhamdulillah.

Mesej e-mel dari Puan Mazanah sehari selepasnya, "Kami di sini amat
berbesar hati kerana majlis berjalan dengan lancar walaupun tetamu yang hadir diluar jangkaan. Semoga kita dapat bekerjasama sekali lagi di majlis yang lain pula, insya-Allah."

Foto-foto di sekitar majlis. Jutaan terima kasih dan sejambak kasih untuk Tuan Didi, Puan Mazanah dan sanak saudara justeru memberikan kepada tim Lusiana Catering satu sesi yang mentautkan ukhuwah. Terima kasih juga atas kiriman foto-foto yang diabadikan dalam majlis tersebut.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

1 comment:

Web Sutera said...

Komen dari Puan Mazanah, "Hana & Hizam, I've seen the website and impressed! By the way you put on your post so eloquently!"

SUMAYYA FOODS & CATERING.