Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Harga makanan katering

Faktor harga memainkan peranan penting dalam menentukan margin keuntungan bisnes anda. Tidak usah memasuki dunia bisnes sekiranya margin keuntungan tidak setimpal dengan modal dan usaha yang dilaburkan.

Harga makanan dan minuman bagi perkhidmatan katering adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di restoran. Antara faktor mengapa harga lebih tinggi ialah kerana penyediaan khusus sesuatu makanan, kos penghantaran dan perkhidmatan lain yang diperlukan semasa hidangan disiapkan. Gambar kiri: Makaroni goreng, Akademi Sains Malaysia, 19 Jun 2008: 200 tetamu.

Sebagai katerer anda akan menempuhi situasi klien yang tidak begitu mengerti perjalanan bisnes ini, dan mereka akan membandingkan harga makanan anda dengan harga yang sudah biasa mereka makan di restoran.
Photobucket
(Katering untuk 400 tetamu)

Sebagai contoh, nasi beryiani yang dimakan di kedai dengan lauk ayam masak merah, dalca dan acar jelatah, harganya ialah sekitar RM4.50 (tidak termasuk minuman). Harga set nasi beryiani perkhidmatan katering tidak boleh serendah ini kerana lauk-pauk lain yang disediakan seperti ayam masak merah dan rendang daging bersama minuman, kuih dan hirisan buah. Harga yang harus ditawarkan ialah sekitar RM12.00 sehingga RM15.00 seorang, bergantung kepada jumlah tetamu. Harga ini termasuk kos penghantaran.
Photobucket
Katering untuk 80 tetamu)

Dalam menentukan harga seorang atau satu kepala bagi setiap pesanan katering, faktor bilangan tetamu juga mengambil peranan yang signifikan. Sebagai contoh, harga RM10.00 seorang makan untuk bilangan tetamu 50 orang akan menjadi lebih rendah jika dimakan oleh 200 tetamu.

Di sini untuk 200 orang, mungkin harga seorang ialah RM7.00 hingga RM9.00. Mengapa begini? Ini adalah kerana semakin tinggi bilangan tetamu, margin keuntungan katerer untuk keseluruhan tetamu akan menjadi lebih besar.

Photobucket
(Yang ini untuk berapa orang makan?)

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.