Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Simple, but nice - Katering di Kepong, Seri Kembangan dan Kuala Lumpur

Minggu ke-3 bulan Julai 2008, saya mulakan sesi katering di Kepong pada hari Sabtu, 12 Julai. Kemudian selama dua hari saya berkampung di premis Cyber Security Malaysia, Seri Kembangan, Selangor. Untuk dua hari tersebut (14 & 15 Julai), chef menyediakan menu untuk makan pagi (2 sesi), makan tengah hari dan minum petang bagi latihan kesedaran keselamatan (gambar kiri).

Pada keesokan harinya pihak saya menyediakan makan pagi dan makan tengah hari bagi satu seminar di Akademi Sains Malaysia, di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Pada hari yang sama, di sebelah malam pula, satu katering untuk majlis tertutup di Rumah Melaka, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.


Menu bagi seminar di Akademi Sains seperti berikut:


Makan pagi:
Sandwich tuna & telur, karipap & kuih bakar kemboja, serta kopi & teh

Makan tengah hari:
Nasi goreng cina, spaghetti bolognese, chicken chop bersama sos lada hitam, hash brown, buah oren & tembikai. Minuman ialah kopi, teh & kordial mangga.

Semasa mamantau makanan makan tengah hari, saya terdengar seorang tetamu berkata, Simple, but nice!


(Gambar-gambar di bawah : Katering di pejabat Akademi Sains Malaysia, Kuala Lumpur)

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.