Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Sesi food testing untuk majlis perkahwinan

Katering untuk majlis perkahwinan merupakan antara sesi katering yang besar. Ianya melibatkan tetamu bermula dari paling sedikit 300 orang sehingga 2,000 orang. Sebelum memutuskan katerer mana yang bakal diambil oleh pasangan mempelai atau keluarga mempelai, biasanya klien memerlukan sesi food testing. Ini diminta oleh klien terutamanya untuk majlis perkahwinan yang melibatkan jumlah tetamu melebih 800 orang.

Saya menyediakan sesi food testing ini. Hidangan yang disediakan adalah bagi menu utama. Sebagai contoh seperti berikut:


- Nasi tomato / beryiani dan nasi putih

- Ayam masak mer
ah / goreng rempah / masak kurma
- Rendang daging / daging masak hitam / masak kurma
- Acar buah / jelatah / pajeri bombay
- Dalca sayur

- Buah oren dan
kuih bakar kemboja
- Minuman:
Kordial oren dan/atau teh tarik

Jika menu adalah seperti di
atas, maka hidangan food testing ialah untuk nasi beryiani, ayam masak merah, rendang daging, dalca sayur dan/atau acar buah.

Food testing
ini disediakan untuk lima orang sehingga ke maksima sepuluh orang. Pastinya tanpa bayaran.

Photobucket

(Gambar: Sesi katering di malam retro bertempat di Seremban, Negeri Sembilan, 30 Ogos 2008)

Katering di Ramadhan 1429H, cukup satu pesanan seminggu

Sebelum Ramadhan, saya dan chef mengharapkan pesanan katering yang tidak berapa kerap. Kami berkata bahawa cukup satu pesanan untuk setiap minggu. Alhamdulillah, doa dan harapan kami tertunai. Saya dan chef inginkan rehat di samping peluang bagi lebih mendekatkan diri kepada Allah di sepanjang bulan mulia ini.

Memang ada lebih kurang sepuluh sebut harga yang kami hantar kepada klien di sepanjang tiga minggu di bulan penuh berkat ini. Sekali lagi syukur saya panjatkan ke hadrat Tuhan Yang Maha Agung justeru kerana masih tetap dilimpahkan kurniaNya.


Di sini saya ingin menyorot dua sesi katering; iaitu pada 16 September di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor, Shah Alam dan pada 20 September di Masjid Nurul Ehsan, Kg. Medan, Petaling Jaya.


Majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan merupakan program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Negeri Selangor.
Aturcara bermula dengan sesi bimbingan smart solat, diikuti tazkirah Ramadhan dan bertadarus. Sebelum waktu berbuka puasa, majlis diakhiri dengan sesi khatam al-Quran dan tahlil.

Terima kasih kepada Cik Norazrin Mohamat Jani dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dan Encik Badrulhisham Hj. Badaruddin, Pengerusi Gerakan Belia 4B, Kawasan Petaling Jaya Selatan atas pesanan katering tersebut.


Kedua-dua majlis berbuka puasa berjalan lancar. Di sini saya sertakan gambar-gambar yang sempat dirakam.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Ayam dan rendang daging untuk 1,000 tetamu

Dalam beberapa sesi katering, saya merajinkan diri untuk turut serta dalam aktiviti masakan yang diketuai oleh chef. Dua daripada aktiviti yang saya libatkan diri secara langsung ialah bagi katering program Malaysia Prihatin di Klebang, Melaka (17 & 19 Ogos 2008) dan katering perkahwinan di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor (23 Ogos 2008).

Pada malam 18 Ogos, saya bersama seorang pembantu melakukan ‘operasi’ menggoreng ketulan-ketulan ayam untuk 1,000 tetamu yang hadir di majlis pelancaran Malaysia Prihatin pada keesokan hari. Operasi bermula sebaik selepas Maghrib, dan berakhir sekitar 2.00 pagi.

Untuk katering perkahwinan pula, saya bersama pembantu menggoreng ketulan ayam bagi dimakan oleh 900 tetamu. Aktiviti bermula dari jam 3.00 pagi, selesai sekitar 6.30 pagi.

Sebelum itu, ketulan ayam tersebut sudah disediakan oleh chef, dengan segala rempah ratus telah diadun sebaiknya. Ayam goreng tersebut adalah untuk menu ayam masak merah. Kuah masak merah juga disediakan oleh chef.

Bagi kedua-dua sesi memasak tersebut, chef sibuk dengan tugas-tugas lain, termasuk mengacau dan memantau rendang daging di dapur. Rendang daging perlu dipantau dengan teliti, kerana proses pengeringan mengambil masa yang panjang, apatah lagi jika masakan disediakan untuk 900 dan 1,000 tetamu. Tahukah saudara berapa lama masa yang diambil supaya rendang benar-benar kering sesuai untuk dimakan? Memang lama masanya.

Penat, tetapi seronok!

Salam Ramadan untuk semua. Tingkatkan amalan sunat baca al-Quran. Maaf gambar makanan di bulan ini. Diharap kuatkan iman, hihihi.

SUMAYYA FOODS & CATERING.