Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Sesi food testing untuk majlis perkahwinan

Katering untuk majlis perkahwinan merupakan antara sesi katering yang besar. Ianya melibatkan tetamu bermula dari paling sedikit 300 orang sehingga 2,000 orang. Sebelum memutuskan katerer mana yang bakal diambil oleh pasangan mempelai atau keluarga mempelai, biasanya klien memerlukan sesi food testing. Ini diminta oleh klien terutamanya untuk majlis perkahwinan yang melibatkan jumlah tetamu melebih 800 orang.

Saya menyediakan sesi food testing ini. Hidangan yang disediakan adalah bagi menu utama. Sebagai contoh seperti berikut:


- Nasi tomato / beryiani dan nasi putih

- Ayam masak mer
ah / goreng rempah / masak kurma
- Rendang daging / daging masak hitam / masak kurma
- Acar buah / jelatah / pajeri bombay
- Dalca sayur

- Buah oren dan
kuih bakar kemboja
- Minuman:
Kordial oren dan/atau teh tarik

Jika menu adalah seperti di
atas, maka hidangan food testing ialah untuk nasi beryiani, ayam masak merah, rendang daging, dalca sayur dan/atau acar buah.

Food testing
ini disediakan untuk lima orang sehingga ke maksima sepuluh orang. Pastinya tanpa bayaran.

Photobucket

(Gambar: Sesi katering di malam retro bertempat di Seremban, Negeri Sembilan, 30 Ogos 2008)

2 comments:

Linda Amri said...

Wah, web hebatnya katering u nih. Lepas nih klu RAMFC nak buat gathering gunakan perkhidmatan web bolehlah kan, hrga jgnlah tinggi sgt yg sedang2 saja sepadan dgn menu dia. Saya tumpang berbanggalah untuk u dan saya doakan semoga katering u nih berkembang lagi, amiiinnnn.

Anonymous said...

Terima kasih sdr Linda. Ya, kita boleh uruskan utk RAM FC dengan harga istimewa, insyaallah.

Segala rezeki adalah datang dari Allah & justeru itu, segala pujian juga saya kembalikan kepadaNya. Alhamdulillah.

SUMAYYA FOODS & CATERING.