Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Nasi dagang, tapai pulut dan BBQ di Aidilfitri 1429H

Salam Aidilfitri untuk semua. Semoga ibadah puasa di bulan Ramadhan yang baru berlalu lebih mendekatkan kita kepada Tuhan. Juga Aidilfitri 1429 Hijrah yang telah dan sedang kita raikan akan mempereratkan hubungan baik sesama umat Islam dan semua penduduk di Malaysia. Sesungguhnya Islam itu bersaudara dan tidak mengamalkan sifat benci membenci di kalangan semua bangsa.

Sebelum bercuti di kampung meraikan hari kemenangan tahun ini, saya dan chef sudah membuat sedikit perancangan hidangan apa yang akan disediakan di hari pertama Aidilfitri.


Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah, semua menu yang chef cadangkan berjaya disediakan dengan sebaiknya. Menu tersebut ialah nasi dagang berlaukkan gulai ikan tongkol (ikan haya), tapai pulut, BBQ, laksa johor, nasi lemak serta rendang ayam dan daging, Menu ini dicadangkan oleh chef bagi ‘klien’ yang terdiri dari anak-anak saudara dan adik-beradik (juga ipar) saya seramai 30 orang.


Kami berkampung di sebuah perkampungan Felda di Jerantut, Pahang di mana saya dibesarkan. Saya, chef dan anak-anak berhari raya di sana selama empat hari, tidak termasuk dua hari di bulan Ramadhan.


Nasi dagang, gulai ikan tongkol dan tapai pulut disediakan khusus oleh emak saya. Menu lain seperti rendang ayam dan daging, nasi lemak, laksa johor dan BBQ disediakan oleh chef.


Semua ‘tetamu’ berpuas hati. Alhamdulillah!

Photobucket
Photobucket
(Gambar: Sebahagian 'tetamu' Aidilfitri)

No comments:

Cerita terkini