Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Gula-gula jeli bergelatin najis mughallazah

Chef Norzailina Nordin ada menerbitkan komentar di blognya berkenaan gula-gula jeli. Menurut beliau, lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80% dihasilkan daripada gelatin babi. (Gambar kiri: Chef Lusiana Catering (kiri) bersama isteri novelis Ramlee Awang Murshid, Puan Dayang)

Ini soal yang amat serius kerana
gula-gula terbabit dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat membeli-belah yang dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ikuti tulisan Chef Norzailina Nordin seterusnya:


Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila peng
edar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.

Seorang pegawai di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yakin produk terbabit y
ang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.

Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing da
n tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.

Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran
Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China.


Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, pene
bal, pembuih, pelekat dan pengikat. Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

“Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.


“Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula. Tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau k
ambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

“Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.


“Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari
Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih,” katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan.”

Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing. Masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim. (Sumber: Blog Chef Norzailina Nordin)


(Gambar: Sekitar katering yang telah pihak saya laksanakan)

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.