Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Keraian Aidilfitri dan sambutan ulang tahun kelahiran yang terlewat

Pada 1 November 2008, saya mengadakan majlis keraian Aidilfitri dan sambutan ulang tahun pertama anak bongsu, Rayyan Hisyam. Justeru kerana sepanjang bulan Syawal saya sibuk dengan urusan katering dan majlis Aidilfitri klien di banyak lokasi, maka tiada kesempatan. Ulang tahun pertama Rayyan pun agak terlewat diraikan.

Walau apapun, majlis yang diadakan di sebelah malam berjalan dengan seadanya. Ramai juga sahabat dan ahli keluarga yang sudi datang. Segala puji saya kembalikan kepada Allah.


Saya dan chef berbesar hati kerana novelis thriller nombor wahid Malaysia, saudara Ramlee Awang Murshid, sudi memenuhi undangan saya ke rumah.
Ramlee antara tetamu yang paling awal tiba ke teratak saya. Beliau tidak pernah tidak membawa isteri dan anak tersayang bersama-sama. Alhamdulillah, sajian makanan chef mendapat perhatian dari Ramlee, Puan Dayang Aminah dan adik Aizuddin.
Photobucket

Tidak ketinggalan juga sahabat saya dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd iaitu saudara Ahmad Kamil (pengurus penerbitan) dan Razlan Mohamed Noor (editor) menjamah sajian yang chef hidangkan. Saya mempertemukan Ramlee dengan mereka berdua, lantas bualan mereka menjadi panjang menyentuh pelbagai isu dalam dunia penerbitan dan perbukuan Malaysia. Saya tumpang sekaki.

Photobucket

Kepada Elle dari Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid bersama rakan Aisyah, terima kasih sahabat kerana mampir ke teratak saya walaupun jam sudah mencacak ke angka 12.00 tengah malam. Sahabat berdua ini membawa balik beberapa bungkus makanan yang dihidangkan.

Photobucket

Walaupun beberapa sahabat tidak dapat hadir lantaran faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, saya gembira dan bersyukur ke hadrat Allah justeru kerana majlis berjalan dalam suasana harmoni.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran beberapa ahli keluarga dari sebelah chef.
Suasana menjadi bingit sebentar apabila masing-masing membuka cerita dan khabar dalam bahasa Minang.
Photobucket

Antara sajian yang disediakan untuk majlis pada 1 November 2008 itu ialah nasi beryiani, ayam masak merah, rendang ayam dan daging, rojak mamak, nasi impit, mee, bihun dan kuew tiew goreng, lemang, sambal sotong, roti jala, sate serta pelbagai pencuci mulut.

4 comments:

akimsensei said...

abg web, kek tu mcm sedap je.. haha.. ruginya xdtg.. my feveret food tu.. haaaaaa....

Anonymous said...

Akim, ko mmg rugi tak datang. Tapi tidak mengapa. Tahun depan ada lagi, insyaallah.

Anonymous said...

wah ... kek cekelet!!!

yang kamben' panggang tu yg tak tahan ..... sodap gilossss!!! tahniah papa web. semoga rezeki akan sentiasa melimpah. amin ...

Salam Keikhlasan

SemutMan Bin Tikusman

Anonymous said...

salam,
cantik n nampak sedap cake..boleh tahu kat mana order cake tu??

sara

SUMAYYA FOODS & CATERING.