Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Masakan Melayu Kelantan di Suria KLCC, mengapa dianaktirikan?

Saya baru menyedari bahawa restoran Kelantan Delights yang beroperasi di Suria KLCC sudah ditutup apabila membaca satu laporan di internet. Laporan itu pun sudah lama, iaitu pada tarikh 21 Ogos 2007. Saya pernah menjamu selera di sana semasa berkerja di Jalan Kia Peng.

Menurut laporan, “Mulai 23hb Ogos berakhirlah riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ.” (Gambar kiri: Nasi beryiani)


Saya agak terkejut dan mungkin terkilan lantaran satu-satunya restoran yang diusahakan oleh orang Melayu ditutup setelah b
eroperasi selama 10 tahun. Satu tempoh yang cukup untuk mencipta brand dan kesetiaan klien.

Penyebab utama dikatakan ialah isu kadar sewa yang dinaikkan dari RM30,000 sebu
lan kepada RM44,000 sebulan. Tuan punya Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah dan isteri dikatakan tidak mahu membayar jumlah sewa sebesar itu.

Juhaidi dipetik sebagai berkata masalahnya bukan kadar sewa yang dikenakan, tetapi sikap pengurusan yang agak bongkak seolah-olah memberikan kata dua kepadanya tanpa mahu berunding. (Gambar kanan: Acar jelatah)


Di sini timbul persoalan adakah masakan Melayu tidak layak menduduki gedung Suria KLCC? Adakah masakan Melayu hanya menjadi sajian kelas kedua di negara sendiri, lebi
h-lebih lagi di kota metropolitan yang megah dengan KLCCnya? Masakan Melayu hanya sesuai untuk dihidangkan di food court sahaja? Bodoh betul tanggapan pengurusan Suria KLCC.

Walau apa pun, saya kira pihak pengurusan tidak patut bertindak dengan menaikkan kadar sewa yang sudah cukup tinggi. Perbincangan masih boleh dibuat. Lagipun menurut sumber, kadar sewa kedai-kedai berdekatan dirahsiakan oleh pihak pengurusan Suria KLCC.


Masakan Melayu dihambat keluar dari Suria KLCC. Satu tindakan yang tidak patut sama sekali. Padahal sajian masakan Melayu Kelantan mendapat permintaan dari para pelanggan tempatan dan pelancung luar negara.
(Gambar bawah: Nasi lemak & acar buah)

Photobucket

5 comments:

Anonymous said...

x tau laks ader kes camni papa web ... tapi tiap kali masuk kat sklcc tu, mmg kitaorang lepak kat ffood nyer rstrnt jew ...

tapi kalau hal mcm ni jadik ... wah, kes berat ... kena wat smthin nih. xpasal2 berkubur plak makanan melayu di bumi sendirix ... (kalau papa web wat ader kamben' panggang ... sure masyukkkkk) muhehehe

Salam Keikhlasan
-KuTungguJandaMu-

Anonymous said...

Frodo,

Itulah ceritanya. Kena peka, sahabat..hehehhe..

Anonymous said...

pemilik kedai tu dah buka restoran baru di The Gardens kan? lebih ekslusif dari KLCC

Anonymous said...

Hello! Kathleen Ducharme . payday loans

Anonymous said...

payday loans toronto This website is the best I appreciated it a whole lot
AAA Toronto Payday Loans 1172 Bay St #101, Toronto, ON M5S 2B4 (416) 477-2817

SUMAYYA FOODS & CATERING.