Tindakan bersatu nelayan Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak mogok tidak turun ke laut bakal menjejaskan bekalan ikan negara. Seperti yang kita semua tahu, hukum asas ekonomi ialah kekurangan bekalan akan menaikkan harga ikan, sekaligus membebankan pengguna umum.
Saya kira bahawa rungutan mereka ada asasnya. Justeru itu saya sangat berharap kerajaan dapat memberi perhatian sewajarnya dan rayuan mereka didengar. Baca laporan Malaysiakini seterusnya.
Kira-kira 20,000 nelayan menyertai boikot terbesar tidak ke laut bermula hari ini (12 Dis. 2008) bagi mendesak kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM1. Boikot yang melibatkan 5,000 bot itu akan mengurangkan separuh bekalan ikan negara, lapor Sin Chew Online.
Boikot anjuran Persatuan Nelayan Selangor dan Perak turut disertai nelayan-nelayan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis danSarawak .
Nelayan membuat tuntutan itu kerana harga diesel tahun ini telah turun sebanyak enam kali, tetapi nelayan masih membayar harga yang sama iaitu RM1.43 seliter. Harga diesel di pasaran sekarang dijual RM1.80 seliter.
Selasa lalu (9 Dis. 2008), 143 bot di Kota Kinabalu enggan turun ke laut bagi membuat desakan yang sama. Nelayan-nelayan diSabah mendakwa mereka mengalami kerugian akibat harga diesel dan hasil tangkapan ikan merosot.
Dua pemilik kapal berkenaan Cheong Eng Tiang dan Mu Ven Kong dilaporkan berkata mereka mengalami kerugian antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan sejak enam bulan lepas.
Akhir bulan lepas, anggota parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung empat tuntutan nelayan. Usul itu bagaimanapun ditolak oleh yang dipertua dewan.
Selain menurunkan harga minyak subsidi kepada RM1.00 seliter, 20,000 nelayan itu mendesak kerajaan mengurangkan pencerobohan nelayan asing, menyegerakan elaun sara hidup RM200 sebulan dan membuka zon A dan zon B perikanan kepada nelayan asing. (Gambar: Asam pedas ikan pari)
Saya kira bahawa rungutan mereka ada asasnya. Justeru itu saya sangat berharap kerajaan dapat memberi perhatian sewajarnya dan rayuan mereka didengar. Baca laporan Malaysiakini seterusnya.
Kira-kira 20,000 nelayan menyertai boikot terbesar tidak ke laut bermula hari ini (12 Dis. 2008) bagi mendesak kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM1. Boikot yang melibatkan 5,000 bot itu akan mengurangkan separuh bekalan ikan negara, lapor Sin Chew Online.
Boikot anjuran Persatuan Nelayan Selangor dan Perak turut disertai nelayan-nelayan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan
Nelayan membuat tuntutan itu kerana harga diesel tahun ini telah turun sebanyak enam kali, tetapi nelayan masih membayar harga yang sama iaitu RM1.43 seliter. Harga diesel di pasaran sekarang dijual RM1.80 seliter.
Selasa lalu (9 Dis. 2008), 143 bot di Kota Kinabalu enggan turun ke laut bagi membuat desakan yang sama. Nelayan-nelayan di
Dua pemilik kapal berkenaan Cheong Eng Tiang dan Mu Ven Kong dilaporkan berkata mereka mengalami kerugian antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan sejak enam bulan lepas.
Akhir bulan lepas, anggota parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung empat tuntutan nelayan. Usul itu bagaimanapun ditolak oleh yang dipertua dewan.
Selain menurunkan harga minyak subsidi kepada RM1.00 seliter, 20,000 nelayan itu mendesak kerajaan mengurangkan pencerobohan nelayan asing, menyegerakan elaun sara hidup RM200 sebulan dan membuka zon A dan zon B perikanan kepada nelayan asing. (Gambar: Asam pedas ikan pari)
No comments:
Post a Comment