Tanggal 18 Julai 2009, saya kembali lagi ke kampung halaman tanah rancangan Felda di Jerantut, Pahang. Pada mulanya saya mengajak rakan-rakan rapat turut serta, tetapi alih-alih saya sendirian memandu. Isteri dan anak-anak menemani emak mertua saya ke Kuala Selangor untuk berubat sakit lututnya.
Rumahlima bilik tinggalan aruah ayah dan mak sunyi sepi sebaik sahaja tiba setengah jam sebelum waktu Maghrib. Adik entah ke mana merayau. Ya, adik bongsu saya menjadi penjaga rumah itu, untuk seketika. Setelah menelefon adik supaya cepat balik ke rumah, saya membersihkan lantai mozaik depan rumah yang agak kotor dengan tahi cicak dan sampah sarap lain. “Ei, budak ini, malas betul hendak menyapu,” runggut saya sendirian.
Kedai minum yang diusahakan jiran di hadapan sebelah kanan rumah terdengar riuh para makcik bersantai. Entah apa yang diborakkan, riuh macam murai. Teringin juga untuk saya meneguk air batu campur di situ, tetapi mengikut perkiraan saya kedai sudah ditutup kerana waktu Maghrib semakin hampir. “Tidak mengapalah, esok sahaja aku kesana ,” saya bermonolog.
Sebaik sahaja adik muncul, saya terus mengalas beg sandang menuju dapur rumah. Gelap. Lampu kalimantang dibuka. Melilau saya menyorot sekitar dapur yang luas itu.Ada tiga bahagian dapur yang sudah diubahsuai oleh aruah mak. Bahagian paling depan dinaikkan sedikit sebagai tempat berehat dan menonton TV. Susunan mozaik tersusun indah. Bahagian bawah pula beralaskan tikar getah, dan bahagian ketiga menempatkan dua buah bilik untuk dua orang adik setiap seorang.
Ubahsuai yang agak besar yang diselengarakan oleh aruah mak memang cantik. Seingat saya, kamilima beradik sempat menggunakan ruang dapur itu bersama aruah mak semasa sambutan Aidilfitri terakhir tahun lepas. Memang meriah. Tatkala itu semua adik, ipar dan anak-anak saudara ada. Itulah kali terakhir kami meraikan Aidilfitri bersama mak.
Tujuan utama saya ziarah rumah peninggalan orang tua ialah bagi mengutip buah-buahan yang menjadi tahun ini. Rambutan, dokong, manggis dan raja buah, durian. Saya minta tolong adik bongsu supaya kumpul buah durian yang gugur di kebun kecil depan rumah. Dalam masa yang sama, saya ingin membawa adik keKuala Lumpur . Kemudiannya pula dia akan dibawa ke Kuala Selangor bagi mengikuti kursus kemahiran jangka pendek di sana . Saya tidak ingat apa nama pusat kemahiran tersebut.
Setelah dua malam saya menginap di rumah agam itu, esoknya saya dan adik mengumpul durian, mengait dan mencantas dahan/ranting rambutan untuk diambil buahnya, memanjat pokon dokong dan memetik manggis serta cempedak. Ditambah dengan pemberian jiran, bonet kereta Proton Waja hanya mampu dimuat dengan anika bentuk dan rasa durian sahaja. Tiga guni sendat dengan empat jenis buah berwarna merah itu. Saya terpaksa letakkan guni-guni rambutan di tempat duduk belakang. Buah-buahan lain saya aturkan supaya tidak rosak.
Memang sendat kereta saya dengan buah-buahan. Bau? Tidak usah cakaplah! Sepanjang perjalanan lebih kurang 3 jam dari Kota Gelanggi Satu, melalui Bandar Tun Abdul Razak (dulu Bandar Pusat Jengka), merentas Temerloh, sehinggalah tiba ke rumah di Ampang, dua tingkap belakang sentiasa terbuka. Fuh! Bau durian dalam kereta mana boleh tahan! Semerbak!
Selepas seminggu ketika entri ini ditulis, ruang dalam kereta Waja itu masih berbau durian. Hahaha!! Memang kau raja buah, wahai durian.
Malam itu juga sebaik sahaja tiba di rumah, saya dan isteri membahagi-bahagikan buah-buah itu kepada jiran-jiran terdekat. Esoknya sambung lagi untuk jiran yang belum dapat. Adik ipar, suaminya, bapa mertua dan anak-anak menggasak durian malam itu juga.
Berkaitan: April dan Mei 2009 yang berbeza
Rumah
Kedai minum yang diusahakan jiran di hadapan sebelah kanan rumah terdengar riuh para makcik bersantai. Entah apa yang diborakkan, riuh macam murai. Teringin juga untuk saya meneguk air batu campur di situ, tetapi mengikut perkiraan saya kedai sudah ditutup kerana waktu Maghrib semakin hampir. “Tidak mengapalah, esok sahaja aku ke
Sebaik sahaja adik muncul, saya terus mengalas beg sandang menuju dapur rumah. Gelap. Lampu kalimantang dibuka. Melilau saya menyorot sekitar dapur yang luas itu.
Ubahsuai yang agak besar yang diselengarakan oleh aruah mak memang cantik. Seingat saya, kami
Tujuan utama saya ziarah rumah peninggalan orang tua ialah bagi mengutip buah-buahan yang menjadi tahun ini. Rambutan, dokong, manggis dan raja buah, durian. Saya minta tolong adik bongsu supaya kumpul buah durian yang gugur di kebun kecil depan rumah. Dalam masa yang sama, saya ingin membawa adik ke
Setelah dua malam saya menginap di rumah agam itu, esoknya saya dan adik mengumpul durian, mengait dan mencantas dahan/ranting rambutan untuk diambil buahnya, memanjat pokon dokong dan memetik manggis serta cempedak. Ditambah dengan pemberian jiran, bonet kereta Proton Waja hanya mampu dimuat dengan anika bentuk dan rasa durian sahaja. Tiga guni sendat dengan empat jenis buah berwarna merah itu. Saya terpaksa letakkan guni-guni rambutan di tempat duduk belakang. Buah-buahan lain saya aturkan supaya tidak rosak.
Memang sendat kereta saya dengan buah-buahan. Bau? Tidak usah cakaplah! Sepanjang perjalanan lebih kurang 3 jam dari Kota Gelanggi Satu, melalui Bandar Tun Abdul Razak (dulu Bandar Pusat Jengka), merentas Temerloh, sehinggalah tiba ke rumah di Ampang, dua tingkap belakang sentiasa terbuka. Fuh! Bau durian dalam kereta mana boleh tahan! Semerbak!
Selepas seminggu ketika entri ini ditulis, ruang dalam kereta Waja itu masih berbau durian. Hahaha!! Memang kau raja buah, wahai durian.
Malam itu juga sebaik sahaja tiba di rumah, saya dan isteri membahagi-bahagikan buah-buah itu kepada jiran-jiran terdekat. Esoknya sambung lagi untuk jiran yang belum dapat. Adik ipar, suaminya, bapa mertua dan anak-anak menggasak durian malam itu juga.
Berkaitan: April dan Mei 2009 yang berbeza
6 comments:
Salam wahai Saudaraku.
Abang long telah kirimkan emel beberapa minggu lepas, ada terima ?
Kenapa tak cakap nak balik kampong ? ... boleh temankan ... sementara tak ada kerja ...
Ya Allah, Abg Long! Emel itu saya dapat. Maaf terleka sedikit. Nanti saya bantu iklankan di blog saya.
Maaf sekali lagi sahabat. Lain kali saya akan hubungi Abg Long.
Aisay bila tenguk durian tu meleleh air liyok... durian kampung memang sedap kena pulak durian tembaga atau yang D24, dan D..D.. lain. Kalau hang kata takde member boleh aku teman kan... kalau kereta tak cukup lori aku tadahkan,... hahaha
Sahabat Rani MIMOS, kalau bawa lori itu bukannya hendak makan, tetapi mahu dijual hahahha...
Rakan-rakan di MIMOS & Jaringlah yang saya ajak ada saja alasan. Memang rugi woo..
waalaikumusslam abg web..
hauhauhaauah.whoaaaaaaaaaaa!!pohpalih le abg web..balik kmpong bukan nk ajak rq..
kalo tak, blh singgah mancing umah rq.hauhauahuaua
sodapt tu doyan ngn rambutan..saya nak jugak ..bg la saya ckit..tingin..mngidam dah ni..rq busy tk smpt balik umah lg..sedihhhh
nak doyan tu..nak doyan tu.nak mangs ..nak rambutan...pos la kat rq..ek?ek?
Wahai Pokok SemaLu yang malu-malu, durian sudah habis. Kulit pun sudah jadi tanah.
Jadi bagaimana? :-)
Post a Comment