Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Aneka Biskut Hari Raya Aidilfitri 2010 (1431 Hijrah) dari Lusiana Catering

Ini ialah pengumuman dari Lusiana Catering. Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 (Syawal 1431 Hijrah), Lusiana Catering mengusahakan penyediaan biskut pelbagai rasa dan bentuk. Ini adalah tawaran Lusiana Catering yang terbaharu. Saya sebagai wakilnya, sukacita menyatakan tempahan sudah dibuka.

Saya tidak menawarkan suatu rasa yang penuh pesona. Juga tidak menjanjikan sejuta impian citarasa yang penuh khayalan. Dengan rasa rendah diri, saya berjanji apa yang Lusiana Catering sediakan ialah suatu idea, citarasa dan variasi bi
skut yang disalut dengan rasa kasih sayang dan cintakan kelainan. Saya sebagai wakil ingin menyatakan bahawa penyediaan biskut sempena Hari Raya Aidilfitri ini dicipta khas bagi meraikan Syawal yang ceria.

Hasil idea, kreativiti, air tangan dan cinta chef Hana, dengan izin Allah, akan berbaloi dengan wang yang tuan-tuan dan puan-puan laburkan. Aneka biskut ini diadun dengan resepi rahsia, bersih dan halal dari dapur chef Hana.


Pertanyaan dan tempahan kini dibuka. Terma dan syarat, lokasi pengambilan/pertemuan, jumlah minima pesanan, tarikh akhir pesanan dan lain-lain info yang berkaitan, akan saya umumkan di blog ini di lain ketika. Namun andai tuan-tuan dan puan-puan ingin bertanya, sila hubu
ngi Lusiana Catering melalui telefon atau emel yang disediakan.

Di bawah saya senaraikan jenis-jenis biskut yang boleh dipesan.
-Nestum crunches (Nestum rangup)
-Suji berkacang
-Orange almond (Almond oren)

-Dark chocolate oat (Oat bercoklat hitam)

-Semolina

-Almond london

-Chocolate chip (Cip coklat)

-Rich chocolate almond (Almond sarat coklat)

Andai ada sahabat dan rakan yang mengenali saya dan chef Hana, Lusiana Catering juga menawarkan tuan-tuan dan puan-puan sebagai agen-agen pemasaran dengan margin yang berpatutan. Sila hubungi Lusiana Catering untuk info lanjut.

Maklumat seterusnya:
Maklumat Penting Berkenaan Biskut Hari Raya Aidilfitri 2010

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.