
Tugas saya bermula dari jam 7.30 pagi memandu ke sana. Saya persiapkan meja bufet seadanya, menyusun cawan-cawan, sudu dan garfu, dan pinggan serta piring yang bersesuaian. Chef menyusul ke sana kemudian bagi menghantar menu makan tengah hari dan kuih-muih minum petang. Setelah selesai menyusun sajian makan tengah hari, chef akan pulang ke rumah. Tinggallah saya sehingga jam 5.00 petang.
Sebagai info, untuk suatu sesi latihan sebegini, pihak saya boleh menerima tempahan minima sebanyak 30 pax. Namun andai lebih, lagi baik. Harga pakej latihan tertakluk kepada jumlah pax pesanan, jarak perjalanan dan jenis sajian yang dipersetujui bersama. Bagi melihat contoh menu, sila muat turun dari sini.

(Keterangan foto: Tiga sesi latihan/seminar di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya)
No comments:
Post a Comment