Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Maklumat Penting Berkenaan Biskut Hari Raya Aidilfitri 2010

Seperti yang diumumkan sebelum ini (klik sini) berkenaan tempahan biskut Hari Raya Aidilfitri 2010 (1431 Hijrah), di sini saya sertakan terperincinya.

Semua biskut yang Lusiana Catering sediakan dibuat dengan adunan 100 peratus butter tulen. Proses pembuatan dijalankan secara homemade-cookies, tanpa melibatkan sebarang mesin, kecuali oven.
Tempahan sudah dibuka dan tarikh akhir penerimaan tempahan ialah pada 18 Ogos 2010.

Lokasi pengambilan / pertemuan ialah di ruang parkir stesen minyak Petronas, Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), di hadapan pasaraya Tesco Ampang. Sebarang cadangan lokasi lain juga diterima andai memudahkan kedua-dua pihak.




Senarai Biskut Hari Raya Aidilfitri

  • Snow Chocolate
  • Sweet Pandan
  • Almond Lemon
  • Almond London
  • Peanut Sugee
  • Nestum
  • Chocolate Chip
  • Dark Chocolate Oat
  • Semolina
Kuantiti biskut dalam setiap balang kedap udara ialah dalam lingkungan 50 biji/unit (+). (Foto kanan)

Tawaran Harga dan Terma Pembayaran

- Harga setiap balang: RM25.00. Andai tuan-tuan dan puan-puan membeli sebarang 10 balang biskut, kami hadiahkan 1 balang percuma. Jenis biskut percuma ini boleh dipilih.

- Sebaik sahaja tuan-tuan dan puan-puan bersetuju untuk mendapatkan biskut-biskut yang kami tawarkan, deposit 50% mesti dijelaskan dari harga total. Kaedah bayaran ialah melalui akaun bank yang akan kami beritahu kemudian.

- Bayaran bagi baki 50% lagi dijelaskan sebaik sahaja menerima/mengambil biskut yang dipesan.


Membeli Untuk Menyumbang

Tempahan juga dibuka bagi tuan-tuan dan puan-puan yang ingin menderma atau menghadiahkan biskut Aidilfitri ini ke rumah-rumah kebajikan. Pesanan minima bagi tujuan murni ini ialah 10 balang, bersamaan dengan nilai RM250.00. Kos penghantaran percuma. Pihak Lusiana Catering akan menguruskan penghantaran ke rumah kebajikan tersebut dalam masa seminggu sebelum munculnya hari kemenangan Aidilfitri 2010.

Senarai rumah-rumah kebajikan seperti di bawah:
  1. Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Kg. Baru, Batu 5, Jalan Ipoh, 52000 Kuala Lumpur.
  2. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Batu 4, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
  3. Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Tmn. Tun Dr. Ismail, No. 2, Jalan 5/71B, Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.
  4. Asrama Damai Anak Yatim Kuang, KM. 28.5, Lorong Teratai, Kg. Damai Kuang, 48050 Kuang, Selangor.
  5. Rumah Bakti, KM. 11, Jalan Ulu Klang, 68000 Ampang, Selamgor.
  6. Atau mana-mana rumah kebajikan lain yang dicadangkan, sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.
Berkaitan: Aneka biskut Hari Raya Aidilfitri 2010 (1431 Hijrah) dari Lusiana Catering

Photobucket
PhotobucketPhotobucket
Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.