Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Ibadah haji, menu Hari Raya Aidil Adha dan korban lembu 1431 Hijrah

11 Zulhijjah 1431H - Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat seluruh Malaysia. Chef Hana berasa sedih beraya tanpa ibu dan ayah yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Arab Saudi. Kami di Lusiana Catering mendoakan semoga mereka tabah dalam menjalani ibadah suci tersebut.

Walau apa pun, menu Hari Raya Aidil Adha tetap ada iaitu soto ayam, nasi impit, rendang daging dan kek lapis Sarawak (segar dari dapur Chef Hana). Saya pula turun membantu melapah daging dan memangkas tulang lembu korban jiran-jiran berhampiran kediaman. Alhamdulillah, semua selamat.


Saya, Chef Hana, anak-anak, anak-anak saudara dan dua pasangan ipar sempat berhari raya di Kampung Pasir, Ulu Klang dan Sijangkang, Kelang.

Photobucket
Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.