Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
23 Rabiulawwal 1432H - Pada tanggal 7 Januari 2009 lalu, saya ada satu sesi katering di Jobstreet.com Sdn. Bhd. Sajian minum petang itu adalah untuk sesi latihan bagi klien syarikat itu. Menu yang disajikan ialah karipap, sandwich telur, kuih keria, mafin coklat, teh tarik dan kopi O.
Sementara menunggu tetamu selesai makan dan sesi latihan tamat, saya membuat kunjungan ke kedai buku Pustaka Mukmin, Minerva dan Saba Media yang terletak di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada tarikh 23 Januari pula, sekali lagi saya ke Jobstreet.com dengan tujuan yang sama. Dan sekali lagi kaki ini melangkah laju ke Pustaka Mukmin. Hiruk pikuk jalan raya tidak saya hiraukan. Tarikan deretan kedai mamak dan kedai makan lain di sebelah kiri juga saya persetankan. Saya jalan terus, jitu ke satu lokasi.
Di kedua-dua sesi katering tersebut, saya membeli tiga buah buku seperti berikut:
Novel Rahsia Agenda Alam Hitam II: VAMPRHA oleh saudara Zehann ur Rakhee; buku Hidayah (Siri kuliah tafsir al-Quran) oleh Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat; dan novel Mantera Hitam oleh saudara Serunai Faqir.
17 Rabiulawwal 1432H - Tuan Hizamnuddin Awang adalah seorang peminat buku dan pembaca tegar. Sebab itulah beliau hadir di hari pelancaran program Baca@LRT. Semasa hari pelancaran program Baca@LRT yang pertama itu, saya telah mencabar Tuan Hizamnuddin Awang supaya dia menulis buku mengenai katering.
Beliau adalah antara usahawan katering yang sedang meningkat maju, maklumlah sudah lama beliau berkecimpung dalam bisnes itu.
Pada mulanya beliau tersenyum dan tertawa mendengar cadangan atau cabaran saya itu. Namun beliau mendapati cadangan itu bukan setakat gurauan, lebih-lebih lagi setelah saya menawarkan diri untuk menjadi co-writer beliau.
Akhirnya, tidak lama lagi impian saya melihat buku pertama Tuan Hizamnuddin Awang akan menjadi kenyataan. Buku kami yang membawa judul Buat Duit Dengan Katering terbitan PTS Professional akan berada di pasaran.
Tahniah Tuan Hizamnuddin Awang. Syabas tim PTS Professional! Blog Tuan Hizamnuddin Awang boleh dikunjungi DI SINI.
Untuk entri mengenai buku kami di laman PTS, tuan boleh baca DI SINUN.
*** Rencana asal dari Tuan Imran Yusuf.
15 Rabiulawwal 1432H - Menu yang disajikan ialah nasi putih bersama lauk-pauk kampung, termasuk sambal belacan dan sambal tempoyak. Para kerabat terdekat membungkus kedua-dua jenis sambal itu dibawa pulang!
Kanopi lutsinar bukannya disediakan oleh pihak Lusiana Catering. Saya tidak pasti siapakah pembekal servis kanopi ini. Komen saya ialah ianya amat menarik dengan hiasan lampu seumpama hamparan bintang yang tersusun di langit malam.
Perjalanan dari Kg. Pandan, Kuala Lumpur ke Kota Seri Emas, Nilai, Negeri Sembilan dipermudahkan Allah seeloknya. Saya dan tim memulakan perjalanan ke sana sekitar jam 4.45 petang. Sesungguhnya Allah itu Maha Pembuka dan Maha Memahami.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Abdul Razak dan Puan Zuraida di atas pernikahan anak perempuan beliau.
Foto-foto dirakam di majlis makan selepas ijab kabul kedua mempelai selesai sekitar jam 10.30 malam.
Mahu mengetahui apakah sajian masakan kampung tersebut? Jangan malu-malu menghubungi pihak Lusiana Catering. Saya sedia membantu, insyaAllah.

Buku
Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh.
Pembaca bakal didedahkan dengan: Jenis-jenis katering - Peralatan-peralatan wajib ada - Cadangan jenis menu dan harga tawaran - Tip-tip mempromosikan dan memasarkan bisnes katering. Bimbingan lengkap dan mudah difahami mampu menjadikan kita seorang pengusaha katering yang berjaya walaupun dengan modal kecil.
Isi Kandungan
Prakata, Pengenalan, Pendaftaran Bisnes, Modal Pelanggan dan Waktu Pesanan Katering, Peralatan, Barang Mentah dan Sumber Bekalan, Jenis Menu dan Harga Tawaran, Promosi dan Pemasaran, Pengurusan Khidmat Katering, Kemahiran, Pengalaman, Kisah Benar, Penutup, dan Lampiran.
Judul: Buku Buat Duit dengan Katering
Penulis: Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN-13: 978-967-369-084-8
Harga: RM 14.00 / RM 16.00
Tarikh Terbit: 21 Feb 2011
Jumlah Muka Surat: 144 halaman
28 Safar 1432H - Saya masih ingat semasa kecil dahulu, setiap kali tiba Tahun Baru Cina, saya akan dapat makan kuih bakul dari peniaga Cina di bandar Jertih, Besut, Terengganu. Kuih bakul yang diperbuat dari tepung dan telur tersebut dibawa balik oleh aruah nenek dan bapa/mak saudara ke rumah. Dan saya, adik serta sepupu akan beribut-rebut memakannya.
Saya turut merasakan kemeriahan sambutan tahun lunar kaum Cina itu. Dan kini saya terkenang nostalgia tersebut. Cuti Tahun Baru Cina 2011 ini saya tidak ke mana-mana.
Lusiana Catering mengucapkan Gong Xi Fa Chai, Kong Hei Fatt Choy kepada semua kaum Cina dan rakyat Malaysia. Semoga di tahun arnab ini Malaysia menjadi bertambah baik dan makmur. Amin ya Allah ya Rabbal 'Alamin.
Pada hari Isnin, 31 Januari 2011, saya ada sesi katering di sebuah kilang di Bukit Beruntung, Rawang. Saya berbual dengan salah seorang tetamu Cina dan bertanyakan berapa lama cuti. Dia menjawab satu minggu lebih.
Kemudian saya katakan, "Tuan tahu atau tidak bahawa sejak hari Ahad (30 Januari 2011) ramai yang sudah balik kampung sempena Tahun Baru Cina 2011 ini? Tetapi yang ramai balik kampung ialah orang Melayu."
Dia mengangguk sambil tersenyum, selajur berkata. "Ya, saya tahu."
Di antara tawaran menu di Tahun Baru Cina 2011 seperti berikut:Chinese fried rice
Cantonese fried mee
Fusilli bake with cheese (Pasta)
Ginger fried chicken
Prawn sambal (tomato)
Nyonya curry mee
Mixed vegetables
Desserts:
Assorted of kuih nyonya
Potato samosa
Assorted of fruits cutlet
Beverages: Choice of cordial & teh tarik
** Inclusive: 1 tray of yee sang
** Terms and Conditions apply.
According to the Chinese Zodiac, the Year of 2011 is the Year of the Golden Rabbit, which begins on February 3, 2011 and ends on January 22, 2012. The Rabbit is the fourth sign of the Chinese Zodiac, which consists of 12 animals signs. The Rabbit is a lucky sign. Rabbits are private individuals and a bit introverted. People born in the Year of the Rabbit are reasonably friendly individuals who enjoy the company of a group of good friends. They are good teachers, counselors and communicators, but also need their own space.
According to Chinese tradition, the Rabbit brings a year in which you can catch your breath and calm your nerves. It is a time for negotiation. Don't try to force issues, because if you do you will ultimately fail. To gain the greatest benefits from this time, focus on home, family, security, diplomacy, and your relationships with women and children. Make it a goal to create a safe, peaceful lifestyle, so you will be able to calmly deal with any problem that may arise. (Source: Here)