16 Rabiulakhir 1432H - Selepas katering majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah rumah di Kota Seri Emas, Nilai, Negeri Sembilan, pada 21 Januari 2011 lalu, Lusiana Catering meneruskan servis bagi keraian perkahwinan pula. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Konvensyen Nilai pada malam 22 Januari 2011.
Majlis makan malam duduk serentak (one-time-sitting) atau konsep banquet ini menggunakan peralatan dome sepenuhnya. Sebanyak 80 set dome digunakan dan seramai 28 orang pramusaji beruniform memberikan servis yang memuaskan. Penyediaan meja tetamu semuanya dalam tatacara penyediaan meja VIP. Tugas Lusiana Catering juga turut menyediakan sajian meja utama pengantin.
Para tetamu seramai 800 jemputan dari pelbagai latar belakang pekerjaan dan taraf kehidupan memenuhi dewan yang gemilang itu sekitar jam 8.30 malam. Ada tetamu bergelar Datuk dan Tan Sri. Pelbagai bangsa memeriahkannya. Majlis berakhir sepenuhnya sekitar jam 12.00 tengah malam.
Dua orang tetamu ialah rakan lama semasa saya bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Pasangan suami isteri tersebut berkata, “Wah! Tidak aku sangka kau boleh buat majlis sebegini. Memang bagus dan berprestij.”
Saya sertakan sekumpulan foto yang dirakamkan di majlis malam tersebut.

Mungkin berkaitan: Testimoni buku Buat Duit dengan Katering oleh Tuan MBA
3 comments:
I nak tanya, dewan ni kat mane ye? berapa sewa dewan and kapasiti dewan untuk berapa orang?
Dewan ini terletak di pinggir bandar Nilai, Negeri Sembilan. Menurut hemat saya kapasiti ialah 800 tetamu. Harga sewaan tidak pasti. :-) Sekiranya memerlukan servis katering, sila maklumkan. Insya-Allah, kami sedia membantu.
salam. kalu untuk set dewan fully dome caterer yg mcm gambar ni harga pakej berapa ya?terima kasih.
Post a Comment