24 Jamadilawal 1432H - Awan mendung di petang Jumaat 22 April 2011. Saya dan Cef Hana kerisauan akan turunnya hujan di majlis pelancaran Karnival Sukan JARING 2011 di pejabat JARING Communications Sdn. Bhd. bertempat di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Berkat doa dan mengharap bantuan Allah, awan hitam berarak perlahan-lahan ditiup sang angin menuju ke selatan. Akhirnya suasana redup dan nyaman menyelimuti suasana di meja bufet dan persekitaran berlangsungnya acara pelancaran karnival sukan yang dimulai dengan senamrobik dan berakhir dengan tarik tali.
Pastinya karnival sukan JARING ini akan berlangsung berbulan-bulan lamanya sehingga setiap acara sukan yang dipertandingkan bakal menobatkan juaranya. Setiap tim mengemukakan kaedah persembahan masing-masing yang penuh warna! Syarikat penyedia servis Internet (ISP) tertua negara ini membuka langkah gagah di tahun 2011 dengan CEO baru, Tuan Nik Abdul Aziz bin Nik Yaacob.
Lusiana Catering menyediakan menu mudah di hari pelancaran Karnival Sukan JARING 2011 tersebut, bermula 3.30pm dan berakhir hampir 7.00pm. Foto-foto di hari pelancaran

No comments:
Post a Comment