Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Katering pembukaan tapak KLIA2 PV02 District Cooling Plant Project, Sepang

26 Rejab 1432H - Alhamdulillah. Selesai satu sesi katering berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Sepang, pada 16 Jun 2011.

Majlis tersebut ialah pembukaan pejabat tapak KLIA2 PV02 District Cooling Plant Project. Penyediaan Lusiana Catering termasuk pemasangan kanopi, penyediaan meja VIP berdome, servis bufet dan kambing golek. Terima kasih teman-teman yang mendoakan. Ianya sukses. Allahu-akhbar!


Acara perasmian bermula jam 12.00 tengah hari. Saya dan tim tiba sekitar 10.45 pagi. Tim kambing bakar tiba lebih awal. Semasa tuan pengerusi majlis menjemput VIP dan para tetamu menjamu selera sekitar 12.45 tengah hari beliau menyebut, "Sajian disediakan olef Cef Hana dari Lusiana Catering." Saya teruja. Sesungguhnya semua itu terkandung hikmah.


Foto-foto dirakamkan di sekitar majlis pembukaan rasmi tapak tersebut.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.