
Maha benarlah kata Allah bahawa:
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka (umatku), ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10 – 12)Satu lagi ayat-ayat Allah dalam al-Quran ialah:
"Katakanlah, 'Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?' Katakanlah, 'Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata'" (Surah Saba’, ayat 24).Pihak saya menghubungi kembali klien perseorangan itu sekembali daripada percutian hampir empat hari di Taiping, Perak. Perbincangan berlangsung serius, dan disusuli dengan mengemelkan sebut harga. Sesungguhnya rezeki adalah anugerah Allah, berkat usaha, doa dan tawakal.

Chef Hana berkunjung ke lokasi majlis pada suatu hari, bertemu dan berbincang dengan Puan Mazanah yang baik hati dan tinggi pekerti. Lokasi perumahan moden yang mewah bernama Embassy View di Jalan Ampang, Kuala Lumpur menjadi saksi pertemuan mesra tersebut.
Sehari sebelum majlis berlangsung, pihak Lusiana Catering mendirikan kanopi dan menyediakan lain-lain keperluan. Walaupun pada mulanya ada sedikit ‘gangguan’ mis-communication diterima daripada pihak keselamatan kondo mewah tersebut, berkat kesabaran Puan Mazanah dan Tuan Didi, akhirnya segala urusan dapat diselesaikan dengan baik.
Pada hari majlis bertarikh 22 Januari 2012, pihak saya tiba di Embassy View tanpa halangan sebelumnya. Alhamdulillah, segala persiapan sajian siap sedia untuk dijamah oleh para tetamu sekitar jam 3.25 pm.
Pelbagai juadah utama dan pencuci mulut disantap oleh hampir 200 tetamu dari Singapura dan Malaysia. Sikap baik dan berhemah tinggi kedua-dua warga Melayu Singapura, Puan Mazanah dan Tuan Didi, begitu tersemat di dalam lubuk sanubari saya dan Chef Hana. Walaupun hujan mencurahkan air dengan lebatnya dari langit dunia pada suku terakhir majlis, namun majlis terus menerima kunjungan ratusan taulan dan sahabat handai pasangan sejoli dari Singapura dan Malaysia.
Majlis terus bersambung sebaik solat Maghrib ditunaikan. Kedua-dua pasangan terus meraikan tetamu yang baru tiba. Segala-galanya selesai menjelang 10.00 malam.

Mesej e-mel dari Puan Mazanah sehari selepasnya, "Kami di sini amat berbesar hati kerana majlis berjalan dengan lancar walaupun tetamu yang hadir diluar jangkaan. Semoga kita dapat bekerjasama sekali lagi di majlis yang lain pula, insya-Allah."
Foto-foto di sekitar majlis. Jutaan terima kasih dan sejambak kasih untuk Tuan Didi, Puan Mazanah dan sanak saudara justeru memberikan kepada tim Lusiana Catering satu sesi yang mentautkan ukhuwah. Terima kasih juga atas kiriman foto-foto yang diabadikan dalam majlis tersebut.




1 comment:
Komen dari Puan Mazanah, "Hana & Hizam, I've seen the website and impressed! By the way you put on your post so eloquently!"
Post a Comment