Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Salah satu daripada dua meja bufet yang disediakan di sesi katering di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 18 Mei 2012.
Ia melibatkan dua sajian; makan pagi dan makan tengah hari; bagi tetamu berjumlah 180 orang. Turut diselia ialah dua penyediaan dan layanan meja VIP.
Walaupun perjalanan di sebelah pagi agak sesak, namun semuanya sukses dan tiba tepat pada masanya. Alhamdulillah.
Fakta Katering: Setiap pesanan katering memberikan pulangan pelaburan tinggi dan menyeronokkan, walaupun di banyak ketika keletihan.
Pelbagai peristiwa di setiap sesi katering - sama ada untuk katering doa selamat 50 pax, sambutan hari lahir kanak-kanak atau sebuah majlis perkahwinan 1,500 pax dan acara korporat 500 pax – menghasilkan banyak pengalaman bersama tetamu. Ia adalah satu wisata atau travelog kehidupan dan cabaran berdepan dengan kumpulan tetamu baharu.
Kami di Lusiana Catering, insya-Allah, meraikan citarasa bagi pelbagai majlis halal lagi berkat. Sila hubungi pihak kami untuk servis konsultansi.
JEJAK USAHAWAN | Baca kisah pengalaman, Tuan Hizamnuddin Awang, a.k.a. Tuan Web Sutera meninggalkan kerjaya untuk mengharungi dan begelumang dalam dunia bisnes katering. Nostalgia pahit manis yang memukau dan menawan hati.
Pendedahan berani dan terus terang. Langkah demi langkah dalam membina perniagaan bidang penyediaan makanan. Semuanya dalam sebuah buku berjudul Buat Duit dengan Katering.
Tip Katering | Pesanan atau tugasan katering di saat-saat akhir, seperti dalam tempoh dua atau tiga hari bagi jumlah 500 pax ke atas, harus diambil dengan operasi tuntas. Saya banyak kali menghadapi situasi sebegini.
Kuatkan minda dan rancang jadual operasi terbaik kita. Salah satu kebaikan primer ialah klien dapat diyakini bahawa kita boleh melaksanakannya, walaupun di saat-saat akhir. Reputasi bisnes kita akan meningkat, insya-Allah.
Foto-foto: Sesi katering di JARING Communications Sdn. Bhd. pada 15 Mei 2012.
Salah satu daya penarik sajian makanan ialah penyediaan meja bufet yang melengkapi tema tertentu. Ia juga turut merangkumi jenis hidangan. Kita perlu kreatif dan bersedia memenuhi persepsi klien dan tetamu.
Saya paparkan sebahagian kecil persiapan meja bufet yang LUSIANA CATERING sediakan, bersama dekorasi mudah pelbagai tema. Sajian makan tengah hari, makan malam dan minum petang (hi-tea).

Meja bufet makan tengah hari di INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2012

Meja bufet sesi katering akikah di Seri Kembangan, Selangor pada 28 April 2012

Menu ayam goreng berempah di majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2012 di The Otomotif College, Petaling Jaya, Selangor pada 3 Februari 2012

Foto 1: Minum petang di Commerce Dot Com, Petaling Jaya, Selangor pada 16 Januari 2009. Foto 2: Makan tengah hari di Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan pada 8 April 2012

Meja bufet makan malam di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 4 Mac 2009