Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur, 18 Mei 2012

Salah satu daripada dua meja bufet yang disediakan di sesi katering di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 18 Mei 2012.

Ia melibatkan dua sajian; makan pagi dan makan tengah hari; bagi tetamu berjumlah 180 orang. Turut diselia ialah dua penyediaan dan layanan meja VIP.

Walaupun perjalanan di sebelah pagi agak sesak, namun semuanya sukses dan tiba tepat pada masanya. Alhamdulillah.

Fakta Katering: Setiap pesanan katering memberikan pulangan pelaburan tinggi dan menyeronokkan, walaupun di banyak ketika keletihan.

Pelbagai peristiwa di setiap sesi katering - sama ada untuk katering doa selamat 50 pax, sambutan hari lahir kanak-kanak atau sebuah majlis perkahwinan 1,500 pax dan acara korporat 500 pax – menghasilkan banyak pengalaman bersama tetamu. Ia adalah satu wisata atau travelog kehidupan dan cabaran berdepan dengan kumpulan tetamu baharu.

Kami di Lusiana Catering, insya-Allah, meraikan citarasa bagi pelbagai majlis halal lagi berkat. Sila hubungi pihak kami untuk servis konsultansi.

Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.