Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Raikan Cinta di Meru, Klang, 17 Jun 2012 - Ini bukan cubaan, tetapi betul-betul!

Setelah memperoleh kebenaran dari tuan empunya diri, maka saya paparkan foto-foto ini. Geng Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC), kalian memang berhak terkejut. Segala persoalan, sila ajukan kepada tuan empunya diri. Saya dan isteri tidak bertanggungjawab, walaupun kami menjadi saksi.

Tahniah untuk Tuan Zonan Villa dan isteri. Ingat pesan saya, Tuan Abang Long dan Tuan Ramlee Awang Murshid, jangan abaikan Ibad Farhan itu. Saya dan isteri mendoakan kebahagiaan kamu berdua.


Saya dan Chef Hana ke sebuah kampung di Meru, Klang bagi meraikan mempelai yang mengikat janji setia cinta berpaksi dan berjanji dengan nama Allah pada 17 Jun 2012.

Info: Lusiana Catering menyediakan pakej-pakej tertentu untuk majlis perkahwinan. Insya-Allah, pakej yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan. Sila klik Pakej Kahwin untuk info lanjut.

Photobucket

Pada hari Sabtu 16 Jun sebelumnya, saya menghadiri bengkel penulisan buku non-fiksyen anjuran penerbit Must Read Sdn. Bhd. di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun mata berasa berat terutamanya dari jam 3.00 - 5.00 pm lantaran belum tidur dek penangan EURO2012, saya gagahkan jua.

Alhamdulillah, sebuah bengkel penulisan yang membuka horizon minda saya. Terima kasih, Tuan Zamri Mohamad dan Must Read Sdn. Bhd. Insya-Allah, saya dan rakan-rakan penulis akan memeriahkan dunia perbukuan negara.

Pada hari yang sama (16 Jun) Chef Hana bersama seorang pembantu mengendalikan sesi katering acara korporat di Segambut. Ia adalah sajian minum petang (hi-tea) yang turut menggunakan servis kanopi dari Lusiana Catering.

Salah satu sajian ialah kambing golek bersama tiga jenis sos dan salad.

Sukses dan semua berjalan lancar. Dua hari dengan acara yang berbeza. Izin Allah juga atas kelancaran dengan cinta-Nya yang Agung.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.