Kami bersama sekumpulan rakan pembaca tegar karya novelis Tuan Ramlee Awang Murshid pada petang Sabtu, 23 Jun 2012 di suatu lokasi di Wangsa Maju. Majlis santai sambutan ulang tahun penubuhan RAMFC ke-5 diraikan meriah dalam tautan ukhuwah.
Kesempatan juga diambil mempromosi novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Terima kasih, geng pentaksub tegar karya novelis thriller terbaik kita. Kek cawan berjumlah 48 unit khas dihasilkan oleh Chef Lusiana Adnin dari Lusiana Catering. Sokongan kami tidak berbelah bahagi, insya-Allah.
Terima kasih atas komen-komen terhadap kek cawan (cupcakes) yang disediakan oleh Chef Lusiana Adnin. Kalian memang brutal, namun senang berbicara.
Komen Puan Norlela Md Sideh, "Cupcake yang sedap. Macam-macam yang ada di dalamnya.Terima kasih, Lusiana Adnin."
Manakala Puan Shimah Basri menyatakan, "Apa yang ada di dalamnya? Saya rasa ada kacang, mungkin dicampur lobak (carrot) di dalamnya. Yang pastinya memang mantop rasa dia. Suka!"
Komen Cikpuan Rosni Ciut Ciut, "Cupcake yang sangat sedap. Terima kasih.
Insya-Allah, sila hubungi Chef Lusiana bagi berkongsi resipi. Selamat menyambut ulang tahun ke-5 penubuhan RAMFC. Saya dan Lusiana Catering tetap bersama dan menyokong kalian.

No comments:
Post a Comment