Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hewlett-Packard, Cyberjaya, 21 Sept. 2011

Lusiana Catering diberi tanggungjawab oleh sebuah syarikat PR bagi mengendalikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 klien mereka - Hewlett-Packard Malaysia. Menu mudah untuk sajian sebanyak 700 pax syarikat multinasional di Cyberjaya itu adalah seperti berikut:

- Nasi impit

- Lemang

- Bihun goreng

- Mee goreng

- Kuah lontong (lodeh)

- Kuah kacang
- Rendang ayam

- Sate ayam + aksesori standard


Pencuci mulut:

- Kek butter + jem

- Samosa kentang & wantan (Chinese) spring roll
- Kuih talam suji
& talam cendol
- Pelbagai hirisan buah-buahan

- Pelbagai rasa dan jenis biskut Aidilfitri (buatan Lusiana Catering)

- Minuman: Sirap ros, teh o ais limau & teh tarik


Selain senarai menu di atas, pihak kami juga menyediakan alas meja damask dan tiga barisan meja bufet. Foto-foto di sekitar majlis.

Nota: Kami menyediakan servis katering majlis keraian Hari Raya Aidilfitri bagi badan / jabatan kerajaan, syarikat korporat dan orang perseorangan. Bagi orang perseorangan, pesanan minima ialah 100 pax. Manakala bagi acara korporat pesanan minima ialah 100 pax juga dengan pakej yang berbeza,
iaitu membabitkan perbezaan harga, jenis servis dan senarai menu.

Menu seperti yang ditawarkan kepada Hewlett-Packard di atas adalah satu contoh menu mudah. Pelbagai sajian boleh kami sediakan, tertakluk kepada bajet dan kaedah sambutan yang diinginkan. Insya-Allah, pihak kami bersedia memenuhi sebarang permintaan.

Permintaan untuk katering majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dibuka bermula sekarang sehingga akhir bulan Ramadhan tahun 2012 Masihi. Walaupun demikian, tarikh akhir sebenar tempahan yang boleh kami terima tertakluk kepada masa dan tarikh yang masih lagi kosong.

Sila hubungi kami melalui nombor telefon dan alamat e-mel yang dinyatakan dalam blog ini. Pihak Lusiana Catering berbesar hati bagi mengemukakan cadangan senarai menu dan sebut harga. Servis kami juga turut merangkumi sajian dan servis VIP serta konsep gerai (stall).

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

1 comment:

Shish kebab said...

Makkah Market is a Middle East grocery shop, offers services to meet the demand of customers and make profits by supplying Halal Food, Islamic Clothing, Islamic Books, and many more.
Halal Meat Philadelphia

SUMAYYA FOODS & CATERING.