Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Commerce Dot Com unveils its new ePerolehan Centre

Petaling Jaya 16 January 2009, Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB) the operator of ePerolehan (eP) system for the Federal Government today officially unveiled its newly-renovated branch operations at its headquarters in Petaling Jaya, Selangor.

The launch was officiated by Syed Azmin Mohd Nursin @ Syed Nor, Executive Chairman of CDCSB Group and Datuk Azizan Ayob, Chief Executive Officer, CDCSB.


Located at Jalan Tandang, Wisma AMTEK Petaling Jaya, the new branch offers a brand new customer service experience for ePerolehan users and as part of its efforts to kick start its branch operations enhancements nationwide. The exterior of ePerolehan Centre now features bold and contemporary look and feel with cosy interior and exclusive lounge area equipped with personal computers and Wi-Fi services. These are complemented by well-trained and knowledgeable staff to promote all ePerolehan related services.


During the event, the company also feted its staff on its 2008 achievements of reaching the RM6 billion worth of procurement value through the ePerolehan system. Syed Azmin congratulated the staff and lead the cake-cutting appreciation to mark the success.


I’m proud to be the caterer at this auspicious moment. Congrats CDC! Do call us again.

Photobucket
Photobucket
PhotobucketPhotobucket

(Pictures @ the event)

Kembara katering, mengurus rezeki anugerah Tuhan

Sejak menceburi bisnes perkhidmatan katering ini, kembara saya sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan kian rancak. Lantaran banyak jalan-jalan yang belum biasa dilalui, terutamanya di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara dan Subang, saya sering tersesat. Mujur (nasib baik) saya dan chef sudah mengambil langkah ‘berjaga-jaga’, iaitu kami keluar awal dari biasa untuk lokasi berkenaan.

Kembara katering saya juga turut merangkumi Melaka iaitu Alor Gajah, Pantai Klebang, Cheng dan Teluk Mas.


Jika semasa bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sd. Bhd dahulu, saya acap kali, sekali dalam sebulan, keluar dari Kuala Lumpur untuk bertugas di negeri-negeri lain. Kini lain sekali. Saya keluar juga ke negeri lain, tetapi itu untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.


Salah satu hikmah bagi saya sepanjang menceburi bisnes katering ini ialah masa lebih banyak terluang untuk keluarga. Rezeki pula semakin murah, dan insyaAllah berkat. Dan masa untuk mencari cinta Allah juga turut lapang dan mudah.


Pada peringkat permulaan, emak saya sendiri agak tidak bersetuju apabila saya berhenti bekerja makan gaji. Kini tidak lagi, malah emak sentiasa mendoakan kejayaan saya dan isteri. Alhamdulillah, segala puji saya kembalikan kepada Tuhan.
Photobucket
Setakat entri ini ditulis, untuk bulan Januari 2009, saya sudah menyediakan sajian bagi tiga klien korporat iaitu Jobstreet.com Sdn Bhd, Pest Control Association Malaysia dan Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Saya juga menerima beberapa tempahan bagi klien persorangan.

Photobucket
Selamat Tahun Baru Cina 2009 untuk semua rakan dan klien Cina.
Berkaitan: Kelana katering; Kuala Lumpur, Putrajaya, Jinjang dan Shah Alam

(Gambar: Beberapa sesi katering yang pernah dijayakan)

Bagaimana nasi beryiani disediakan?

Nasi beryiani sering dibayangkan sebagai hidangan nasi yang harum dan berempah. Lazimnya, nasi beryiani dimasak bersama lauknya sekali. Daging lembu, kambing atau ayam menjadikan hidangan nasi beryiani lengkap dan tidak memerlukan lauk-pauk yang lain. Namun begitu, ia menjadi lebih sempurna dengan pilihan acar.

Apakah yang membezakan nasi beryiani dan nasi minyak? Nasi minyak lazimnya berwarna kekuningan. Ia dimasak dengan minyak sapi, minyak, marjerin atau campuran semuanya. Adalah dikatakan bahawa nasi yang dimasak dengan marjerin akan menjadi lebih harum dan kuning. Sedangkan yang dimasak dengan minyak sapi lebih lemak tetapi agak memualkan.


Untuk rasa nasi minyak yang asli, gunakan minyak sapi dan minyak. Jadi, bau minyak sapi kurang ketara. Kunyit serbuk memberikan nasi minyak warna kuning yang asli berbanding dengan pewarna atau esen. Bahan yang mewangikannya pula adalah daun pandan. Ia berbeza dengan nasi beryiani yang menggunakan air mawar sebagai pewangi. Air mawar boleh dibeli di dalam botol dan direnjiskan ke atas nasi setelah ia masak.


Nasi beryiani mesti menggunakan rempah beryiani. Ia boleh dibeli dalam paket, berbentuk serbuk, di kebanyakan pasaraya. Manakala rempah yang dikisar atau dimesin, berbentuk pes, boleh dibeli dari penjual berbangsa India di pasar basah. (Sumber: Blog chef Norzailina Nordin)


*** Perkhidmatan katering saya juga menyediakan set nasi beryiani. Ianya dalam bentuk pakej yang mengandungi menu seperti berikut: nasi beryiani, satu masakan ayam, satu masakan daging / kambing, dalca sayur, acar jelatah / buah, hirisan buah dan minuman sejuk / panas. (Gambar: Daging masak hitam)

JOM BOIKOT DAN JIHAD: Mark and Spencer, Loreal, Tesco, McDonalds, KFC, Nestle, Coke

Sebagai tanda bantahan dan kecaman terhadap Israel, Lajnah Dakwah dan Pembela Islam, Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel secara besar-besaran.

Menurut pengerusi lajnah tersebut, Ustaz Riduan Mohd Nor, kempen tersebut akan dilancarkan pada 9 Januari ini di setiap peringkat Dewan Pemuda PAS negeri. Katanya, sepanjang kempen tersebut, poster serta risalah akan diedarkan sepanjang kempen tersebut bagi mengajak masyarakat khusunya umat Islam bagi memboikot produk jaringan Israel.


Jelas Riduan, antara produk jaringan Israel yang perlu di pulaukan oleh umat masyarakat ialah barangan keluaran Mark & Spencer, Loreal, pasar raya Tesco, restoran makanan segera McDonalds dan KFC dan Nestle.


"Pemuda Pusat menyahut seruan gerakan Islam sedunia untuk memboikot produk-produk ini. Setiap sen yang kita belanjakan, seolah-olah untuk membunuh saudara kita di Palestin. Sepanjang kempen tersebut, kita akan memupuk kesedaran kepada umat Islam akan betapa pentingnya kita memboikot daripada membeli barangan tersebut.

"Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam,” kata Ustaz Riduan seperti dipetik oleh Harakahdaily.

Dalam pada itu katanya, Lajnah Dakwah dan Pembela Islam turut mengecam sikap kerajaan Mesir yang telah mengkhianati orang Islam di Palestin sejak sekian lama dan antara punca serangan disebabkan mendapat sokongan daripada Mesir.

Jelas Riduan lagi, berdasarkan pengalamannya yang berada di United Kingdom beberapa hari yang lalu, demonstrasi bantahan dijalankan setiap hari serta kempen boikot produk Israel dan Amerika diadakan secara besar-besaran bagi membela nasib umat di Palestin.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad on 5 January 2009 also called for a global boycott of the US dollar and US-made products, including Coca-Cola, in protest over Washington's backing of Israel, reports Malaysiakini.

***
We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Majlis bertunang di Taman Maluri

Majlis pertunangan biasanya dihadiri oleh keluarga terdekat pihak lelaki dan perempuan. Tidak ketinggalan jiran-jiran. Setakat ini, saya menerima tempahan perkhidmatan katering untuk majlis bertunang yang dihadiri oleh 100 sehingga 200 tetamu.

Alhamdulillah, tempahan pertama katering tahun 2009 ialah majlis bertunang yang berlangsung di Villa BAM di Taman Maluri, Kuala Lumpur, pada 3 Januari. Ianya dihadiri oleh 100 tetamu. Tuan rumah sudah mengesahkan pesanan tersebut semasa saya dan keluarga masih dalam percutian di Rantau Panjang, Kelantan.


Menu yang disajikan ialah nasi beryiani dan nasi putih, ayam goreng berempah, daging masak hitam, dalca sayur, acar jelatah dan sambal tumis udang. Pencuci mulut ialah kuih cara, murtabak mini dan hirisan buah-buahan. Manakala minuman pula ialah kordial oren dan teh tarik.


Ahli keluarga sebelah perempuan berpuas hati dengan masakan yang disediakan. Mereka menunjukkan tanda bagus kepada saya. Segala puji saya kembalikan kepada Allah.

PhotobucketPhotobucket

(Gambar semasa majlis makan)

Berkaitan: Akikah, Geng Jurnal dan pertunangan

Resipi laksa Sarawak, chef saya pernah memasaknya

Buku ini menghidangkan 60 resipi yang popular di negeri Bumi Kenyalang. Oleh kerana terdapat banyak suku kaum di negeri ini maka setiap kaum mempunyai masakan istimewa masing-masing. Boleh dikatakan setiap masakan mereka menggunakan lada hitam sebagai bahan rempah untuk memedaskan lauk-pauk. Oleh itu penggunaan cili agak kurang berbanding rempah-ratus.

Antara masakan yang cukup digemari ialah ayam pansuh, laksa sarawak, bubur pedas, midin belacan dan umai udang.
Penggunakan ikan darat, ikan masin, udang dan makanan laut juga cukup popular. Ini kerana mereka gemar mengekalkan masakan yang segar kerana ia lebih berkhasiat dan semulajadi. Kuih-muih yang dikukus juga merupakan hidangan kegemaran mereka.

Antara yang mudah didapati ialah tapai ubi, nasi ruya, kuih jala dan kek lapis sarawak yang terkenal hingga ke peringkat antarabangsa.


Buku Kompilasi Masakan Sarawak ini adalah hasil dari chef Sarji Ramli, berhalaman 64 dan harganya ialah RM7.00. Diterbitkan oleh Alaf21 Sdn. Bhd.


Chef Lusiana Catering juga berkebolehan menyediakan masakan laksa sarawak ini.
Baca di sini untuk majlis yang ada menu ini.

*** Selamat tahun baru Hijrah 1430 dan tahun Masihi 2009. Saya bersedia menerima tempahan katering untuk pelbagai acara.

SUMAYYA FOODS & CATERING.