Halal yee sang and menu lists for Chinese New Year 2019. Contact us immediately via WhatApps or e-mail.
Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
Showing posts with label Chinese New Year. Show all posts
Showing posts with label Chinese New Year. Show all posts
Pesanan Tahun Baharu Cina 2019 pertama di Kajang
Sumayya Foods & Catering mendapat pesanan pertama bagi Tahun Baharu Cina 2019 untuk meraikan warga Persatuan Rumah Caring Kajang, Jalan Sungai Chua, Kajang, Selangor pada 12 Januari 2019.
Antara sajian istimewa ialah yee sang. Yusheng, yee sang atau lou sang atau memantulkan kemakmuran, adalah salad ikan mentah gaya Teochew. Ia biasanya terdiri daripada beberapa kepingan/cebisan ikan mentah (paling biasa salmon). Antara bahan-bahan lain, ia dicampur dengan sayur-sayuran yang dicincang dan pelbagai sos dan perasa.
Testimoni dari Cik Hani, orang yang bertanggungjawab untuk sesi ini:
*********"Thank you very much Puan Lusiana for being part of our humble event today. Please extend our gratitude to your daughter too. You’ve provided such great service to us and happiness to the charity home residents. Take care."
SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 9 tahun.
Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.
Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.
Hubungi untuk pertanyaan dan tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876. Atau e-mel Raikan.Citarasa@gmail.com.
Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.
Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.
>> CHINESE NEW YEAR MENU HERE!
>> CHINESE NEW YEAR MENU HERE!
Labels:
Chinese,
Chinese dishes,
Chinese New Year
Halal Nian Gao dan Yee Sang di Tahun Baharu Cina 2014
Alhamdulillah. Kami di
Lusiana Catering meraikan citarasa di Tahun Baharu Cina 2014. Citarasa
diraikan, semangat persaudaraan dipupuk, dan perayaan kaum di Malaysia yang
harmoni dimeriahkan.
Susahkah andai kita
hidup aman dan saling mempercayai? Islam tidak mengajar permusuhan antara bangsa
berbeza. Beza warna kulit, bahasa dan bangsa adalah rahmat Allah untuk kita,
termasuk di Malaysia.
Dua foto ialah sajian
khas sempena tahun kuda ini di premis klien AmLife Insurance Berhad, Kuala
Lumpur, 10 Februari 2014.
Istimewa dari dapur Cef Hana, Lusiana Catering, kami persembahkan:
1) Nian gao (CNY
traditional cake).
2) Yee sang atau lou
sang.
Labels:
Chinese,
Chinese dishes,
Chinese New Year
Yee sang atau lou sang halal dari Lusiana Catering
Yee sang atau lou
sang adalah menu istimewa untuk Tahun Baharu Cina. Sejak tahun 2011, pihak kami
mula menerima pertanyaan bagi sediaan menu yee sang halal mengikut prosedur
Islam. Justeru Cef Hana mengambil inisiatif untuk belajar sajian khas ini.
Versi atau kandungan
yee sang atau lou sang ini banyak, mengikut kreativiti seseorang tukang masak
atau cef yang menyediakannya.
Ketika satu sesi katering
Tahun Baharu Cina 2013 (yang masih hangat berlangsung), seorang tetamu bertanya
kepada sahabatnya, lebih kurang begini, “Kandungan sayur ini adakah?” Beliau
menunjuk jenis sayur tersebut.
Rakannya itu
menjawab, “Tidak kisah. Janji ia sayur. Ikut kreativiti masing-masing.”
Dari info yang saya
peroleh, sajian ini dikatakan berasal dari negara China. Namun versi kontemporari
dihasilkan dan dipopularkan pada era 1960-an di kalangan komuniti bangsa Cina di beberapa tempat.
Paling menarik ialah hari perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia, Indonesia dan
Singapura sering dikaitkan dengan menu istimewa ini.
Sepanjang pengalaman
Lusiana Catering, pihak syarikat dan komuniti bangsa Cina di Kuala Lumpur dan
Selangor tidak sah sekiranya sajian ini tidak disediakan di majlis sambutan
Tahun Baharu Cina. Ia sebagai simbolik kemakmuran, justeru sajian ini juga
disebut sebagai yee sang salmon kemakmuran (prosperity
salmon yee sang).
Dalam laman web Wikipedia,
ada tertulis, “Yusheng, yee sang or lou sang or prosperity toss,
is a Teochew-style raw fish salad. It usually consists of strips of raw fish
(most commonly salmon), mixed with shredded vegetables and a variety of sauces
and condiments, among other ingredients."
Di Malaysia, Indonesia dan Singapura, ikan salmon menjadi jenis ikan yang paling terkenal sebagai elemen kemakmuran dalam penyediaan yee sang.
Lusiana Catering berbangga dengan pesanan saban tahun, sejak 2011, terhadap sajian istimewa kaum Cina ini. Kami belajar dan mahu terus belajar, justeru makanan yang pelbagai ini adalah anugerah Allah untuk umat manusia.
Di Malaysia, Indonesia dan Singapura, ikan salmon menjadi jenis ikan yang paling terkenal sebagai elemen kemakmuran dalam penyediaan yee sang.
Lusiana Catering berbangga dengan pesanan saban tahun, sejak 2011, terhadap sajian istimewa kaum Cina ini. Kami belajar dan mahu terus belajar, justeru makanan yang pelbagai ini adalah anugerah Allah untuk umat manusia.
Labels:
Chinese dishes,
Chinese New Year
Makan Malam Tahun Baharu Cina, 4 Feb. 2012, Ampang Permai
Puan Kath Lee berkata semasa tetamu sedang menjamu selera, "Betullah apa yang awak cakap dalam blog. Memang makanan sedap-sedap."Senyuman beliau terpamer sambil melayan tetamunya. Semua merah. Servis penyediaan meja tetamu dihias dengan skirting. Sajian kambing golek juga ada.
Menu yang terdiri daripada nasi goreng Cina, bihun Singapura, sate ayam, air batu campur (ABC), teh tarik, kuih-muih, dan juadah lainnya disantap tanpa jemu oleh para tetamu yang berjumlah sekitar 200 orang.
Selain itu, masakan ayam dan ikan juga dicicip mesra oleh tetamu Cina, Melayu dan warga asing lainnya. Kemeriahan, borak santai dan sekali sekala riuh meligari suasana. Di akhir majlis, bunyi mercun mengejutkan sang anjing yang dirantai.
Tahun Baharu Cina 2012, Lexis Nexis, PJ, meriah
Tetamu tersenyum, saya juga tersenyum. Adakah tuan dan puan turut tersenyum? Keraian Tahun Baharu Cina 2012 di Lexis Nexis pada 3 Februari 2012 kendalian LUSIANA CATERING. Saya sempat meneliti kumpulan empat buah buku yang berharga RM23,500.00! Agak terkejut juga.Senarai menu seperti di bawah:
- Chinese fried rice (70% normal, 30% vegetarian)
- Fried Singapore bihun (vegetarian style, separate the shredded egg)
- Fish filet sweet and sour
- Chicken dumpling
- Kapitan chicken curry
- Mixed vegetable + black braised mushroom (vegetarian)
- Tofu with vege oyster sauce (Vegetarian)
- Kuih bakar kemboja & potato samosa
- Bubur pulut hitam
- Beverages: Ice lemon tea & teh tarik
Berkaitan: Sajian Prosperity Salmon Yee Sang, Tahun Baharu Cina 2012, Kuala Lumpur
Dekorasi meja untuk Tahun Baharu Cina 2012 di Rawang
Meraikan tahun harimau 2010: Tahun Baru Cina di Ampang Hilir
Sajian Prosperity Salmon Yee Sang, Tahun Baharu Cina 2012, Kuala Lumpur
Ini merupakan sesi katering ketiga di tahun naga Tahun Baharu Cina 2012 kendalian Lusiana Catering. Majlis ini berlangsung di premis PM Securities, Jalan Changkat Ceylon, Kuala Lumpur.Makan tengah hari ini diserikan dengan penyediaan sajian yee sang salmon kemakmuran (prosperity salmon yee sang) sebagai menu khas sempena tahun lunar 2012 mengikut kalender orang-orang Cina. Yee sang disediakan oleh Chef Hana bersama seorang pembantu di premis klien.
Sebelum yee sang digaul oleh pihak pengurusan utama dan sekumpulan staf PM Securities, persembahan tarian singa dimulakan.
Untuk pertama kalinya saya menyaksikan tarian singa ditarikan oleh empat pemuda Melayu dan India. Sementara seorang Sifu berbangsa India memantau persembahan. Memang menarik tarian hampir sejam tersebut. Ada kisah di sebalik ‘dua ekor singa’ yang meriuhkan suasana.
Penyediaan yee sang menerima ucapan tahniah daripada beberapa orang staf Cina dan Melayu. Sambutan pada 31 Januari 2012 berjalan l
ancar, dengan kerjasama cukup manis oleh pihak sekuriti bangunan.
Senarai menu seperti di bawah:
** Chinese fried rice
** Seafood fried noodle (bihun)
** Mamak fried mee
** Roti jala
** Chicken curry
** Fish fillet sweet & sour
** Spiced fried chicken
** Garlic butter prawn
** Sotong crispy
** Mixed vegetables + black braised mushroom
** Potato samosa
** Assorted kuih talam Nyonya (3 types)
** Kuih bakar kemboja
** Assorted fruits cutlet
** 600 sticks chicken sate + ketupat + kuah kacang & standard accessories
** Beverages: Ice lemon tea, orange cordial & teh tarik
Dekorasi meja untuk Tahun Baharu Cina 2012 di Rawang

Malam 20 Januari 2012, berlangsungnya projek katering meraikan Tahun Baharu Cina 2012 pertama kendalian Lusiana Katering. Majlis makan malam itu diadakan di sebuah kilang besi di Rawang.
Antara menu yang disediakan ialah air batu campur (ABC). Foto di sebelah kiri dan kanan ialah gubahan bunga dekorasi meja bufet disediakan oleh Chef Lusiana Adnin.
Di bawah ialah contoh menu yang kami tawarkan. Walaupun begitu, masih banyak lagi senarai menu yang ada. Sila hubungi pihak Lusiana Catering.
Antara menu yang disediakan ialah air batu campur (ABC). Foto di sebelah kiri dan kanan ialah gubahan bunga dekorasi meja bufet disediakan oleh Chef Lusiana Adnin.
Di bawah ialah contoh menu yang kami tawarkan. Walaupun begitu, masih banyak lagi senarai menu yang ada. Sila hubungi pihak Lusiana Catering.
- Siamese fried rice
- Special fried bihun
- Kapitan chicken curry
- Garlic butter prawn
- Fried chicken dumpling
- Steam tofu in oyster sauce
- Kuih bakar kemboja
- Potato curry puff
- Bubur pulut hitam
- Beverages: Ice lemon tea & teh tarik
Meraikan tahun harimau 2010: Tahun Baru Cina di Ampang Hilir
Saya senaraikan menu untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina 2010 di sebuah syarikat membekal produk perubatan di Ampang Hilir, Selangor.
- Deep fried spring roll
- Deep fried chicken dumpling
- Fried fish fillet with mixed fruit and thousand island sauce
- Fried tiger prawns with spicy sauce
- Braised black mushrooms with gluten and vegetables
- Pak choy with oyster sauce
- House special fried noodle (bihun)
- Chinese fried rice
- Fried chicken with bbq sauce
- Sotong goreng tepung
- Deep fried bean curd
- Chilled mixed fruit and sea coconut
- French pastries
Menu yang disenaraikan merupakan campuran masakan Melayu, Cina dan Barat. Termasuk juga seekor kambing golek. Foto di sekitar majlis pada 21 Februari 2010 tersebut.
Labels:
Chinese,
Chinese dishes,
Chinese New Year,
Open house
Kek cawan (cup cakes) untuk tahun harimau di Tahun Baru Cina 2010
Bukan baru mengenali Lusiana Catering ini, khidmatnya memang tip-top. Pernah berurusan semasa berkhidmat di KPT beberapa tahun lepas. Malah Lusiana Catering menjadi favourite YB Datuk Idris Haron (klik sini) dan angkatannya sepanjang menerajui kementerian tersebut.
Menurut Kak Ana, deko kek cawan itu menjadi perhatian tetamu-tetamu kliennya semasa majlis. Buat Lusiana Catering, moga bisnes bertambah maju, jangan segan-segan pesan ya! Thanks...
(Catatan ini saya salin dari blog pembekal kek cawan, Sedap Kek. Memang Lusiana Catering menempah kek cawan untuk satu majlis keraian Tahun Baru Cina 2010 di Ampang Hilir, Selangor pada 21 Februari 2010)
Subscribe to:
Posts (Atom)
SUMAYYA FOODS & CATERING.
Cakes, Food / Cooking & Other Business
Variety of cakes: Lynn Hassan Sweet n Spicy Bake Freshly Memori Daun Pisang Izzah Maze Homemade MamaBakers The BoxHouseStudio chocmoistcake Mutiara Cupcakes Sedap Kek Sweet Suri.
Food & Cooking: Satay Q Perantau Kitchen Norzailina Ponderings BBQ kambing
Other business: Qistina's Collections Shita Food DuniaHerba Ikan Keli Jubah Lovers Mangosteen Cure Buku Masakan Domain/Web Hosting Perfum Munif Hijjaz Puding & Kesihatan
Food & Cooking: Satay Q Perantau Kitchen Norzailina Ponderings BBQ kambing
Other business: Qistina's Collections Shita Food DuniaHerba Ikan Keli Jubah Lovers Mangosteen Cure Buku Masakan Domain/Web Hosting Perfum Munif Hijjaz Puding & Kesihatan









