Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Keraian perkahwinan duduk serentak di Dewan Konvensyen Nilai, Negeri Sembilan

16 Rabiulakhir 1432H - Selepas katering majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah rumah di Kota Seri Emas, Nilai, Negeri Sembilan, pada 21 Januari 2011 lalu, Lusiana Catering meneruskan servis bagi keraian perkahwinan pula. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Konvensyen Nilai pada malam 22 Januari 2011.

Majlis makan malam duduk serentak (one-time-sitting) atau konsep banquet ini menggunakan peralatan dome sepenuhnya. Sebanyak 80 set dome digunakan dan seramai 28 orang pramusaji beruniform memberikan servis yang memuaskan. Penyediaan meja tetamu semuanya dalam tatacara penyediaan meja VIP. Tugas Lusiana Catering juga turut menyediakan sajian meja utama pengantin.


Para tetamu seramai 800 jemputan dari pelbagai latar belakang pekerjaan dan taraf kehidupan memenuhi dewan yang gemilang itu sekitar jam 8.30 malam. Ada tetamu bergelar Datuk dan Tan Sri. Pelbagai bangsa memeriahkannya. Majlis berakhir sepenuhnya sekitar jam 12.00 tengah malam.


Dua orang tetamu ialah rakan lama semasa saya bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Pasangan suami isteri tersebut berkata, “Wah! Tidak aku sangka kau boleh buat majlis sebegini. Memang bagus dan berprestij.”


Saya sertakan sekumpulan foto yang dirakamkan di majlis malam tersebut.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Mungkin berkaitan: Testimoni buku Buat Duit dengan Katering oleh Tuan MBA

Perkahwinan di dewan Precint 9, Putrajaya pada 11 Jun 2010

24 Rejab 1431 Hijrah - Majlis perkahwinan kendalian Lusiana Catering pada 11 Jun 2010 bertemakan rona unggu dan biru. Penglibatan kami ialah dari penyediaan kerusi dan meja makan tetamu, meja santapan utama mempelai, sajian raja sehari dan sajian para tetamu. Lusiana Catering juga menyediakan pintu gerbang dan karpet merah bagi meraikan pasangan sejoli ini.

Majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Precint 9, Putrajaya itu menerima ketibaan ahli keluarga kedua-dua mempelai dari negara jiran Singapura seawal jam 10.00 pagi.

Oleh kerana tarikh tersebut banyak majlis keraian perkahwinan di merata lokasi, maka ada tetamu yang harus bersegera beredar. Justeru itu, meja bufet dibuka untuk tetamu seawal jam 11.00 pagi lagi, walaupun majlis dirancang bermula dari 12.00 tengah hari.

Persediaan awal dari tim Lusiana Catering tidak menghadapi sebarang rintangan bagi memenuhi permintaan tersebut.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Di akhir majlis, saya memperoleh ucapan terima kasih dan tahniah dari sanak-saudara mempelai lelaki. Lebih kurang 50 bungkus nasi beryiani beserta tiga lauk utama dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang oleh kerabat terdekat. Foto-foto disertakan untuk kenangan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

1 Mei 2010: Perkahwinan di Hari Buruh 2010, Taman Tasik Tambahan, Ampang

Pada 1 Mei 2010, Lusiana Catering bekerja, tidak bercuti. Begitu juga kedua-dua mempelai, ibu-bapa dan sanak saudara. Ya, tarikh bersejarah bagi mempelai perempuan menerima kunjungan suami dan sanak saudara suami yang dicintai.

Bertempat di Taman Tasik Tambahan, Ampang, Selangor suasana meriah dan penuh persaudaraan. Lusiana Catering yang menjadi peneraju utama dalam menyediakan juadah untuk pasangan pengantin baru dan para tetamu dengan gembiranya bekerja tanpa lelah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Terima kasih sekalung budi Lusiana Catering ucapkan kepada pakcik Mokhtar dan isteri atas kesudian menerima perkhidmatan kami bagi meraikan kenduri perkahwinan anak perempuan mereka berdua. Untuk saudara Attokz Dikulgai dan isterinya puan Faizzah, sejambak sayang dan penghargaan Lusiana Catering hulurkan di atas rekemendasi perkhidmatan katering kami kepada keluarga.

Di malam sehari selepas majlis keraian perkahwinan tersebut, pakcik Mokhtar, isteri dan kedua-dua mempelai bertandang ke rumah saya bagi menyerahkan baki bayaran perkhidmatan katering. Jadilah ianya suatu kenangan buat saya dan isteri kerana ceritanya menjadi panjang dan penuh ramah mesra.

Pakcik Mokhtar, isteri dan chef Lusiana Catering saling bertukar rahsia dalam bisnes. Rupa-rupanya kedua orang tua pengantin perempuan terlibat dalam bisnes membuat kuih-muih Hari Raya Aidilfitri. Sepasang insan tua yang sarat dengan cinta. Subhanallah!

Saya sertakan foto-foto di sekitar majlis meraikan perkahwinan di Taman Tasik Tambahan, Ampang tersebut. Semoga bermanfaat untuk semua, insyaAllah.
Photobucket
Photobucket

Pengendalian katering perkahwinan perlukan daya usaha dan kreativiti

Katering perkahwinan memerlukan modal yang agak besar, bergantung kepada jumlah tetamu yang hadir dan bagaimana penyediaan yang dikehendaki oleh pihak klien. Peralatan katering yang digunakan juga banyak. Setakat pengalaman saya, kehadiran tetamu yang paling sedikit ialah 200 orang dan yang paling ramai ialah 1,500 tetamu.

Majlis perkahwinan ini mungkin diadakan di rumah pengantin, dewan serbaguna atau di suatu premis khusus seperti kelab dan ruang dewan mewah yang disediakan oleh bangunan tertentu di bandar-bandar besar. Majlis juga mungkin diadakan di waktu yang berlainan dalam satu hari, iaitu makan tengah hari dan makan malam.


Jika saudara memperoleh pesanan katering yang kehadiran tetamu melebihi 600 orang dan melibatkan dua masa yang berbeza, saudara perlu membuat perancangan yang teliti. Banyak masa, tenaga dan wang terpaksa dilaburkan. Walaupun majlis hanya dalam masa beberapa jam, namun persediaan yang
saudara harus buat memakan masa paling kurang tiga hari, iaitu sehari sebelum, hari majlis dan selepas majlis keesokan harinya.

Di sini saudara sebagai katerer perlu mengenakan syarat ketat kepada pihak pengantin, terutamanya dalam perkara bayaran.
Saudara mesti mendapatkan wang deposit paling kurang pun 50 peratus dalam tempoh paling kurang satu bulan atau hendak lebih selamat dua bulan sebelum majlis berlangsung.

Antara syarat lain ialah jika majlis terpaksa dibatalkan dalam tempoh tertentu, misalnya satu minggu, wang deposit boleh dikembalikan dalam jumlah tertentu, katakan hanya 50 peratus sahaja. Jika majlis dibatalkan dalam tempoh masa kurang dari 24 jam, wang deposit tidak dikembalikan. Ini adalah adil kepada kateter yang pastinya sudah membeli bahan-bahan mentah, menyediakan peralatan sewaan, mengubah bunga dan hiasan lain, dan mencari staf sambilan untuk majlis ini.


Photobucket
Suatu majlis perkahwinan melibatkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu makanan tetamu, makanan meja pengantin, persediaan dan makanan meja VIP (jika ada), staf memasak, staf di premis majlis, staf yang menjadi pelayan meja VIP dan pakaian staf semasa majlis berlangsung.

Majlis ini memerlukan banyak alat-alat yang merangkumi pinggan-mangkuk, bekas makanan, bekas makanan meja VIP (set dome), sudu garfu, bekas air, cawan dan gelas, dan bahan dekorasi. Sekiranya saudara tidak mempunyai peralatan makanan yang mencukupi, jangan risau dan panik. Banyak entiti yang boleh menyewakan peralatan tersebut.


Jangan terkejut jika saya katakan bahawa ada entiti bisnes yang berasaskan sewaan peralatan katering dengan harga yang tidak membebankan katerer. Malah kadang-kadang ianya lebih mudah cara sebegini kerana saudara tidak perlu menyimpan stok yang banyak.


Peralatan dekorasi seperti hiasan bunga, pintu gerbang dan lain-lain memang mudah didapati.
Banyak kedai menyediakan bahan dekorasi ini. Cuma saudara perlu pandai mencari dan membuat tawar menawar mengenai harga. Dekorasi bunga boleh didapati dalam bentuk bunga hidup atau plastik. Jika bunga plastik saudara boleh menyimpannya untuk kegunaan di lain masa. Pintu gerbang boleh disewa atau jika perlu saudara beli kerana ianya boleh digunakan semula. Untuk menjimatkan kos, buat sendiri dekorasi bunga dan pintu gerbang. Saudara hanya perlu mendapatkan bentuk atau jenis bunga sahaja. Penjimatan cara sebegini boleh mencapai 100 peratus.

Photobucket
Ada kalanya klien suka kepada konsep sehenti, iaitu semuanya diberikan kepada saudara untuk diuruskan dari perancangan perkahwinan sehinggalah hidangan makanan. Dalam kes ini, sekiranya bidang saudara hanyalah dalam penyediaan makanan, saudara boleh mencari rakan bisnes yang melibatkan diri dalam perkara lain.

Saudara boleh cari perancang perkahwinan, juru foto dan video, perkhidmatan kanopi, perkhidmatan sistem audio-video dan pemain muzik secara langsung (tradisional dan moden). Di sini mungkin saudara boleh mendapatkan sedikit margin keuntungan berdasarkan jumlah masa dan usaha yang digunakan, dan bergantung kepada kreativiti saudara dalam proses rundingcara
.

Photobucket
(Foto: Beberapa sesi katering perkahwinan kendalian Lusiana Catering)

Kampung Melayu Kepong, 20 Dis 2009: Tahniah Azmah dan Ajak

Photobucket

Tahniah Lusiana Catering ucapkan kepada pasangan mempelai yang melangsungkan majlis perkahwinan pada 20 Disember 2009; Cik Nor Azmah binti Haji Mohamad Nor dan Encik Razak bin Yaakob. BRAVO!


Photobucket
Photobucket

Perkahwinan 13 Disember 2009 di Kota Damansara



Pada minggu ke-2 bulan Disember 2009, Lusiana Catering memperoleh rezeki dari tiga sesi katering. Majlis pertama doa selamat berlangsung di Kajang, yang kedua katering perkahwinan di Kota Damansara dan yang ketiga makan pagi di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Di sini saya menyorot katering majlis keraian perkahwinan saudara Nurul Ashikin yang berlangsung pada 13 Disember di sebuah dewan di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Majlis diserikan dengan warna tema hijau daun pisang. Tahniah untuk saudara Nurul dan suami. Kami di Lusiana Catering mendoakan kebahagiaan saudara berdua sehingga ke syurga. Amin!

Untuk majlis perkahwinan 2010, kami sudah buka tempahan sekarang. InsyaAllah, ada beberapa pakej dengan pilihan menu tertentu disediakan. Pakej merangkumi perkahwinan di rumah, dewan ataupun di hotel.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Akad nikah dan meraikan mempelai di Taman Sri Rampai, Setapak

Terima kasih diucapkan kepada pengantin perempuan, saudara Nor Khaizan, dan ayahnya pakcik Anuar di atas kesudian menggunakan perkhidmatan katering kami untuk majlis akad nikah dan keraian perkahwinan pada 21 dan 22 November 2009.

Bagi majlis akad nikah, sajian utama yang disediakan ialah nasi putih bersama ikan keli dan cencaru bersambal, ikan kurau masak lemak cili api campur nenas, ayam goreng berempah, sayur campur serta ulam-ulaman bersama sa
mbal belacan.

Manakala untuk majlis meraikan mempelai pula, Lusiana Catering menyediakan nasi beryiani, rendang daging, ayam goreng berempah, acar buah, dalca dan popadum. Bagi kedua-dua majlis yang berturutan dua hari itu, sajian juga diserikan dengan pencuci mulut.


Majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Taman Sri Rampai itu dihiasi dengan dua kanopi berscallop peach, kerusi bersarung sepenuhnya dalam dewan, dua meja VIP, dan meja utama mempelai juga berwarna peach.


Sejambak terima kasih dipersembahkan kepada saudara blogger Epelhijau atas bantuan merekemenkan servis katering saya kepada saudara Nor Khaizan. Saya sangat menghargainya. Saya menerima maklumbalas yang baik untuk kedua-dua majlis. Alhamdulillah.


Menu bagi majlis akad nikah mendapat pujian dari salah seorang emak saudara pengantin perempuan. “Masakan sedap,” katanya semasa membungkus lauk-pauk yang berlebihan sambil menunjukkan tanda bagus.


Blogger
Epelhijau menyatakan di kotak borak blognya;
“Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Hari ini kawan-kawan yang pergi majlis semalam juga memuji-muji makanan yang sedap dan mereka sangat menyukai rendang nampaknya. Terlepas saya nak merasa. Tetapi saya sangat menyukai lauk-pauk pada hari Sabtu (majlis akad nikah). Seperti lauk dimasak di rumah. Tahniah untuk Tuan dan Puan Web Sutera.”

Saya sertakan beberapa foto yang dirakam di kedua-dua majlis tersebut.


Photobucket

Katering perkahwinan Islam, ada pakej disediakan

Saya menyediakan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah atau di dewan. Pihak saya ada pakej yang termasuk makanan untuk tetamu, menu pengantin, penyediaan meja VIP, kanopi dan lain-lain hiasan seperti pintu gerbang dan ukiran ais.

Katering di pejabat dan dekorasi sesi perkahwinan

Dalam pakej perkahwinan, turut terangkum bersama ialah dekorasi meja pengantin, meja VIP, pintu gerbang, kek dan ukiran ais. Saya sertakan beberapa gambar di sini.

Saya sertakan juga beberapa keping gambar yang dirakam di dua sesi katering di pejabat. Kedua-dua katering tersebut berlangsung pada bulan Mac tahun ini.


Saya mengusahakan perkhidmatan katering bagi semua majlis.
Saya bersedia menerima pesanan dari pelbagai pihak; orang perseorangan, syarikat korporat, kerajaan pusat dan negeri serta parti politik.

Sila hubungi saya / kami untuk keterangan lanjut melalui emel, ruang borak (chat board), borang pertanyaan atau telefon. Saya sedia berkenalan dan berbincang.


Menu kami fleksibel dan masakan pelbagai. Ada masakan Melayu dan Siam resepi India dan Cina serta barat. Semestinya halal dari sudut syariat Islam. Pelbagai kuih-muih dan bubur turut boleh dipesan.


Senarai klien korporat, sila klik
di sini.


Photobucket
Photobucket

Photobucket

Gambar-gambar katering perkahwinan pada 8 Mac 2009

Di bawah adalah salah satu pakej perkahwinan yang kami sediakan.

Pakej A (RM8.80/pax)

Nasi beryiani / minyak
Nasi putih
Ayam masak merah / goreng berempah
Rendang daging / masak hitam / beryiani
Dalca sayur
Acar buah / acar rampai dan popadum
Buah oren
Minuman: Pilihan kordial
Sajian pengantin (12 paxs):

Ayam golek - 1 set
Udang berhias - 2 set
Ikan bawal masam manis - 2 set
Buah-buahan berhias
Kek 3-tingkat
Pintu gerbang
Penanggah berunifom
Peralatan makanan
Bunga meja bufet - 2 set
Photobucket

Photobucket

Tempahan dari penulis PTS

Photobucket

Untuk cuti persekolahan seminggu dari 16 – 23 Ogos 2008, saya mendapat satu pesanan katering perkahwinan bertempat di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Katering perkahwinan ini sudah ditempah satu bulan yang lalu.

Tempahan dibuat oleh Puan Siti Rafidah bt.
Hassan Basri, salah seorang penulis PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Majlis keraian perkahwinan ini diadakan untuk abang beliau.

Puan Rafidah sudah menghasilkan dua buah buku bersama PTS, iaitu
Hadiah Untuk Sufiah dan Dunia Belum Berakhir. Sila klik di sini untuk melawat blog penulis ini.

Puan Rafidah membe
ri komen seperti berikut di blog beliau terhadap perkhidmatan katering yang saya dan chef telah jayakan:
“Semua keluarga dan kebanyakan tetamu yang hadir memuji masakan dan cara kendalian katering dibuat.

"Semua makanan memang sedap sehinggakan ka
mi sekeluarga berulang kali makan dan sehingga kami semua tidak dapat merasa kuih (bakar) kemboja yang disajikan.

"Semoga di lain masa dan ada rezeki kita dapat bertemu lagi dan bekerjasa
ma lagi mungkin di dalam majlis yang lain pula.”
Di akhir majlis, saya dihadiahkan novel Dunia Belum Berakhir, siap ditandatangan oleh penulis. Saya akan baca dan ulas bila ada kelapangan. Terima kasih saya dan chef ucapkan. (Gambar di sekitar majlis)
Photobucket
Photobucket

Majlis pernikahan dan perkahwinan adik ipar saya

Assalamualaikum. Saya dan chef Lusiana Catering menghabiskan masa selama lima hari dalam menguruskan majlis perkahwinan adik ipar saya (adik bongsu cef). Selama lima hari tersebut, masa kami dipenuhkan dengan segala persediaan, termasuk dua hari yang amat penting bagi permulaan kehidupan rumahtangga adik ipar saya, iaitu majlis pernikahan dan persandingan.

Persediaan bermula dari perbincangan jenis masakan dan hidangan yang perlu disediakan selepas majlis akad nikah, malam berinai dan majlis jamuan bagi persandingan. Termasuk juga penyediaan makanan beradab bagi pengantin. Seterusnya berapakah jumlah khemah, meja dan kerusi yang diperlukan turut diputuskan berdasarkan jumlah tetamu yang bakal hadir.


Sementara itu, urusan tempahan perkhidmatan andaman, tempahan kad jemputan perkahwinan dan jurufoto diuruskan sendiri oleh bakal mempelai. Lantaran kesibukan menguruskan majlis pernikahan dan persandingan adik ipar saya itu, beberapa tempahan katering terpaksa saya tolak.

Saya dan cef menumpukan sepenuh masa terhadap majlis yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac 2008 tersebut.Rumah saya menjadi arena bagi semua acara. Penyediaan makanan dan lain-lain hidangan disediakan oleh chef dan krew yang lain. Jemputan yang hadir di majlis persandingan dan jamuan sekitar 800 tetamu.

Sebelum itu, di majlis ijab dan kabul (akad nikah) seramai 100 tetamu hadir, sementara di majlis malam berinai saya menerima kehadiran lebih kurang 150 tetamu.Suasana meriah dan penuh persaudaraan dapat saya rasakan. Ramai ahli keluarga jauh dan dekat meluangkan masa meraikan kedua-dua mempelai. Syukur kepada Tuhan majlis berlangsung dalam situasi damai dan meriah di tengah-tengah kesibukan berkempan dan bahang pilihanraya ke-12 yang bertambah rancak. (Gambar: Sekitar majlis perkahwinan)

SUMAYYA FOODS & CATERING.