Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Showing posts with label Catering. Show all posts
Showing posts with label Catering. Show all posts

Kelana katering; Kuala Lumpur, Putrajaya, Jinjang dan Shah Alam

Pada minggu terakhir sebelum cuti persekolah hujung tahun 2008, saya menerima empat tempahan katering. Saya dan chef ‘berkelana’ lagi. Bermula di suatu lokasi di pusat bandar metropolitan Kuala Lumpur, ke Putrajaya kemudian ke Jinjang dan berakhir di rumah klien berlokasi di Subang, Shah Alam.

Jika ke Putrajaya, saya sudah biasa. Ke Jinjang pun boleh diagak laluannya. Tetapi saya dan chef mengalami keadaan ‘sesat’ dalam perjalanan ke Taman Subang Impian, Shah Alam. Sesatnya kami bukan sekali, malah dua kali; ketika pergi untuk menghidangkan makanan dan ketika pergi buat kali kedua untuk mengambil barang-barang pada sebelah malamnya.


Memang melucukan! Pada sebelah siang, saya menggunakan Lebuhraya Per
sekutuan untuk ke taman perumahan tersebut. Saya terlepas selekoh ke lapangan terbang lama Subang, jadi terpaksa saya melakukan pusingan U selepas tol Shah Alam. Dari situ saya mengambil Lebuhraya Guthrie. Terkulat-kulat saya dan chef mencari jalan ke Taman Subang Impian. Terasa perjalanan jauh. Nasib baik kami sudah merancang sela waktu seandaiya sesat. Memang sesat pun!

Perjalanan sebelah malam pula, saya menggunakan jalan ke lapangan terbang lama Su
bang yang terlepas pandang siang tadi. Subhanallah, sesat lagi! Angin juga lantaran badan saya pun kurang sihat, sudah dua hari demam. Alhamdulillah, selepas chef membuat panggilan beberapa kali di beberapa selekoh, akhirnya kami sampai ke rumah klien buat kali kedua.

Tuan rumah tersenyum bila saya katakan, “Hari ini dua kali kami sesat.
Siang tadi guna jalan lain, malam ini pula guna jalan lain.”

(Gambar: Jamuan perpisahan murid darjah 6, Sek. Keb. La Salle 1 Jinjang)


** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis & keramaian. Pesanan minima ialah 50 paxs (tetamu). Saya bersedia menerima tempahan bagi Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Bentong dan Karak di Pahang). Pelbagai masakan Melayu, India dan Cina boleh disediakan, insyaallah.

Pesanan katering mengejut

Dalam menjalani kehidupan seharian, baik dalam urusan rutin atau pun dalam bidang kerjaya yang kita ceburi, kadang-kadang (malah mungkin selalu) kita menerima kejutan. Saya juga tidak terlepas. Beberapa peristiwa yang tidak disangka-sangka terjadi semasa mengendalikan bisnes katering ini.

Pesanan dari universiti


Saya menerima panggilan di telefon bimbit, “Hello, assalamualaikum. Boleh bercakap dengan encik Hizam?”


Saya menjawab,”Waalaikumsalam, saya bercakap.”


“Saya Ishak dari Universiti XYZ. Encik Hizam menyediakan perkhidmatan katering, bukan?”, tanya pemanggil tersebut.


“Ya, boleh saya tolong encik Ishak?”, Tanya saya kembali.


“Pihak kami memerlukan perkhidmatan katering untuk makan malam tahunan di premis kami, pada 12 Januari,” terang encik Ishak.


“Majlis itu lusa, tidak sampai tiga hari lagi. Mengapa lambat membuat pesanan?”, saya mencelah. “Tidak mengapa, kita boleh bincang, insyaallah sempat lagi andai pihak encik boleh pastikan bahawa pihak saya yang dapat projek ini.”


Perbicangan diteruskan melalui telefon. Kata putus dinoktahkan. Saya memberi syarat supaya pihak universiti tersebut menyediakan wang tunai deposit 50 peratus sebagai tanda setuju hari itu juga. Ini adalah sebagai langkah keselamatan bagi pihak katerer.


Pada petang hari sebelum majlis bermula, semasa sibuk menyiapkan meja, sudu-garfu dan lain-lain peralatan untuk majlis makan malam yang akan dihadiri oleh 400 tetamu, saya bertanya kepada host apakah perkara sebenar yang telah terjadi. Persoalan muncul dalam benak saya mesti ada kes tertentu yang membuatkan pihak universiti itu memberi notis agak tergesa-gesa kepada saya. Makan malam tersebut agak besar dan prestij, tambahan pula disediakan empat buah meja VIP dan satu meja VVIP.


Rupanya katerer yang sudah berjanji untuk menyediakan perkhidmatan katering tidak dapat memenuhi permintaan klien di saat-saat akhir lantaran sebab-sebab tertentu. Tidak silap lagi jangkaan saya. Lagi pun sudah rezeki saya dari Tuhan.


Akhirnya klien gembira dengan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh krew saya. Syukur kepada Tuhan.


Notis tidak sampai empat jam


Pada suatu hari, seperti biasa saya bangun pagi walaupun tidak ada pesanan katering pagi itu. Usai solat Subuh, saya bersantai dengan mambaca buku sambil mendengar alunan merdu lagu nasyid dari komputer riba. Alih-alih saya tertidur.


“Bang, ada panggilan telefon dari syarikat ABC. Dia mahu bercakap dengan abang,” kejut cef sambil menghulurkan telefon bimbit kepada saya.


“Assalamualaikum, Hizam bercakap. Boleh saya bantu”, kata saya sebaik sahaja melekapkan telefon ke telinga, sambil menoleh jam di dinding; hampir pukul 10.00 pagi.


“Saya Zetty dari syarikat ABC hendak membuat pesanan makan tengah hari, hari ini. Sempat kah untuk sediakan?” pemanggil menyuarakan hasratnya.


Saya berbincang dengan cef sebentar, bertanya samada sempat untuk memasak. Cef memberi idea, lalu saya kembali bercakap dengan cik Zetty. “Beginilah, pihak saya boleh sediakan menu nasi tomato bersama lauk-lauk, hirisan buah dan air kordial oren. Kalau pihak cik Zetty setuju, saya boleh hantarkan.”


Pihak saya terus memesan ayam, daging, beberapa rempah ratus, buah dan sayur-sayuran yang tidak ada dalam stok dari kedai runcit berdekatan. Cef terus ke dapur untuk menyiapkan apa yang patut.


Lebih kurang 40 minit sebelum makan tengah hari, saya sampai di premis pejabat syarikat ABC. Masa yang cukup untuk saya persiapkan meja dan hidangan. Untuk rekod, ini adalah pesanan kedua dari syarikat yang sama dengan notis terlalu suntuk, iaitu tidak sampai empat jam. Kali pertama saya terpaksa menolak dengan baik lantaran sudah ada pesanan yang mesti saya siapkan.


Akhirnya klien mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat memenuhi pesanan tersebut dan memohon maaf di atas notis yang sangat singkat. Sebenarnya pada hari yang sama, saya memang sudah ada satu pesanan katering makan malam di suatu premis perniagaan bertempat di Jalan Pinang, Kuala Lumpur. Sekali lagi, kalau memang sudah rezeki, tidak ke mana.


Apa yang dapat disimpulkan ialah bagaimana kita mengendalikan masa dan mengawal operasi bisnes secara baik. Seandainya memang tidak boleh memenuhi permintaan klien, katakan secara terus terang dan berhemah. Jangan buat sesuatu sambil lewa bagai melepas batuk di tangga.


Situasi mengejut bagini akan kerap terjadi, sedar atau tidak. Operasi mesti pantas dan tuntas. Adakan perbincangan dengan cef dan buat keputusan yang tidak menyusahkan semua pihak – katerer (dalam kes ini, saya) dan klien. Jangan sekali-kali berani menerima pesanan dari klien, tetapi tidak dapat memenuhi piawai mutu perkhidmatan ketering, seperti makanan disediakan secara tidak sepatutnya dan sampai lewat di premis klien.

Jenis-jenis katering

Ada pelbagai jenis katering. Ada tertumpu pada masakan sahaja, atau hanya menerima tempahan kuih sahaja, tanpa melibatkan penghantaran atau penyajian di premis pelanggan yang memesan. Ada bisnes katering yang menyediakan makanan berbungkus sahaja, misalnya seribu bungkus nasi beriani dihantar ke majlis keramaian bersama wakil rakyat.

Nota: Jika anda perlukan perkhidmatan katering, sila hubungi saya.


Terdapat bisnes katering yang turut menyediakan khidmat pemasangan khemah, kerusi dan meja. Ada bisnes katering pula tidak menyediakan khidmat pemasangan khemah. Namun katerer itu menggunakan khidmat pihak lain apabila ada permintaan dari pelanggan untuk khemah, kerusi dan meja. Paling maju katerer menyediakan semua; masakan, sajian, penghantaran dan khidmat pemasangan khemah

Jangan lupa, ada bisnes katering halal dan ada yang haram. Kategori halal kerana katerer menyediakan makanan dan minuman halal menurut ciri-ciri Islam, sedangkan kategori haram melibatkan makanan dan minuman haram, seperti arak. Oleh sebab itu, di Malaysia, banyak bisnes katering diceburi oleh orang-orang Islam, terutamanya bangsa Melayu. Terdapat juga bisnes katering yang diusahakan oleh kaum Cina, tetapi menggunakan pekerja atau cef Islam dalam penyediaan makanan.

Katering boleh diselenggarakan dari rumah sahaja atau menyewa ruang kedai. Sekiranya anda bercadang memproses makanan dari rumah, pastikan ruang dapur bisnes katering diasingkan dari dapur peribadi untuk ahli keluarga. Lagipun melaksanakan bisnes katering dari rumah tidak perlukan modal tambahan bagi menyewa kedai. Namun ada juga katerer yang mempunyai restoran dan menyediakan khidmat katering sekaligus. Ikut selera dan fokus masing-masing, juga modal.

Mengapa saya menceburi bisnes katering (2)?

Sejak boleh berfikir secara matang, memang saya berhasrat untuk memulakan bisnes. Semasa saya masih bekerja di JARING pun, saya sudah memulakan bisnes secara kecil-kecilan dengan diusahakan oleh isteri. Mungkin masa itu bukan rezeki saya lagi untuk berjaya, semua bisnes tersebut tidak menampakkan kejayaan yang diharapkan. Justeru, saya terpaksa menghentikannya.

Kegagalan demi kegagalan bukan faktor untuk saya berputus asa kerana saya tetap teguh mempercayai bahawa rezeki Tuhan ada di mana-mana. Prinsip yang saya pegang ialah usaha, doa dan tawakkal, insyaAllah kejayaan itu akan menampakkan dirinya juga.

Kita manusia kadang-kadang terlupa bahawa setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi. Pada mulanya mungkin kita tidak nampak. Namun apabila masa berlalu, pasti kita akan menghargai apa jua kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Sebagai hamba Tuhan kita mestilah sentiasa bersangka baik kepada Allah yang telah menjadikan kita sedemikian. Setiap musibah dan cubaan itu adalah sebagai tanda bahawa Allah sayangkan kita, supaya kita dapat mengubah nasib diri sendiri kepada yang lebih baik.

Berbalik kepada kejadian yang menyebabkan saya berhenti bekerja di JARING. Memang banyak dugaan dan cubaan yang menimpa saya sepanjang kerjaya di sana. Pada saat akhir saya di JARING, bukan sedikit saya dihina seumpama ‘bloody stupid’, ‘you deaf or what’, dan lain-lain lagi. Tidak termasuk lagi ada pihak yang suka mengadu domba dan menikam dari belakang. Namun semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjaya.

Peristiwa yang menjadi sejarah mengapa saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja makan gaji ialah begini:
“Kamu ke mana tadi?”, tanya seorang hamba Allah dengan suara tinggi.
“Saya ke surau, solat”, jawab saya penuh yakin.
“Takkan sembahyang sampai setengah jam”, tempelak hamba Allah. “Kau tahu atau tidak, gaji yang kau ambil itu haram. Aku tidak payah mengingatkan kau berkenaan hal ini”, tambah hamba Allah itu lagi.

Saya terkedu tidak berkata apa-apa. Malas untuk melayan hamba Allah itu. Kalau saya jawab, banyak yang boleh saya bongkarkan dan berhujah. Saya mengambil masa setengah jam ke surau kerana terlebih dahulu saya buang air besar, ambil wujud, kemudian solat. Selepas solat saya berwirid. Memang akan mengambil masa setengah jam. Lagipun masa solat itulah saya dapat tenangkan fikiran dengan berdialog dengan Tuhan. Itu pun salah kah?

Saat itu datang ilham dari Allah; sudah tiba masanya untuk saya meneruskan niat memulakan bisnes sepenuh masa. Keesokan harinya saya mengemukakan surat perletakan jawatan.

Saya menyesal? Tidak sama sekali. Kejadian itu walaupun pahit, namun mempunyai hikmah yang besar. Kalau tidak, saya tidak tahu bilakah masanya untuk saya menceburi bisnes sepenuh masa. Saya berkata dalam hati, “Rezeki Allah ada di mana-mana. Rezeki seseorang bukan manusia yang tentukan, tetapi Allah.”

Bersambung…..

Barbeque catering

Photobucket
For the past few weeks, I always have barbeque (BBQ) catering order. Lately, I already did four BBQ sessions, mostly for birthday party. Anybody needs BBQ for any occasion, do let me know.

(Pics): Mix satey (chicken, meat, prawn, chicken sosej, etc) & assorted of fish.

Cameroon’s National Day

Cameroon is a Central African nation on the Gulf of Guinea, bordered by Nigeria, Chad, the Central African Republic, the Republic of Congo, Equatorial Guinea, and Gabon. Mount Cameroon (13,350 ft; 4,069 m), near the coast, is the highest elevation in the country. The main rivers are the Benue, Nyong, and Sanaga.

After a 1972 plebiscite, a unitary republic was formed out of East and West Cameroon to replace the former federal republic.


Bantu speakers were among the first groups to settle Cameroon, followed by the Muslim Fulani in the 18th and 19th centuries. The land escaped colonial rule until 1884, when treaties with tribal chiefs brought the area under German domination. After World War I, the League of Nations gave the French a mandate over 80% of the area, and the British 20% adjacent to Nigeria.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

* Pictures taken during catering session at the Cameroon's National Day celebration on May 20, 2007 at Kuala Lumpur.

SUMAYYA FOODS & CATERING.