Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Showing posts with label Corporate clients. Show all posts
Showing posts with label Corporate clients. Show all posts

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hewlett-Packard, Cyberjaya, 21 Sept. 2011

Lusiana Catering diberi tanggungjawab oleh sebuah syarikat PR bagi mengendalikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 klien mereka - Hewlett-Packard Malaysia. Menu mudah untuk sajian sebanyak 700 pax syarikat multinasional di Cyberjaya itu adalah seperti berikut:

- Nasi impit

- Lemang

- Bihun goreng

- Mee goreng

- Kuah lontong (lodeh)

- Kuah kacang
- Rendang ayam

- Sate ayam + aksesori standard


Pencuci mulut:

- Kek butter + jem

- Samosa kentang & wantan (Chinese) spring roll
- Kuih talam suji
& talam cendol
- Pelbagai hirisan buah-buahan

- Pelbagai rasa dan jenis biskut Aidilfitri (buatan Lusiana Catering)

- Minuman: Sirap ros, teh o ais limau & teh tarik


Selain senarai menu di atas, pihak kami juga menyediakan alas meja damask dan tiga barisan meja bufet. Foto-foto di sekitar majlis.

Nota: Kami menyediakan servis katering majlis keraian Hari Raya Aidilfitri bagi badan / jabatan kerajaan, syarikat korporat dan orang perseorangan. Bagi orang perseorangan, pesanan minima ialah 100 pax. Manakala bagi acara korporat pesanan minima ialah 100 pax juga dengan pakej yang berbeza,
iaitu membabitkan perbezaan harga, jenis servis dan senarai menu.

Menu seperti yang ditawarkan kepada Hewlett-Packard di atas adalah satu contoh menu mudah. Pelbagai sajian boleh kami sediakan, tertakluk kepada bajet dan kaedah sambutan yang diinginkan. Insya-Allah, pihak kami bersedia memenuhi sebarang permintaan.

Permintaan untuk katering majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dibuka bermula sekarang sehingga akhir bulan Ramadhan tahun 2012 Masihi. Walaupun demikian, tarikh akhir sebenar tempahan yang boleh kami terima tertakluk kepada masa dan tarikh yang masih lagi kosong.

Sila hubungi kami melalui nombor telefon dan alamat e-mel yang dinyatakan dalam blog ini. Pihak Lusiana Catering berbesar hati bagi mengemukakan cadangan senarai menu dan sebut harga. Servis kami juga turut merangkumi sajian dan servis VIP serta konsep gerai (stall).

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sajian ala-Barat di Kolej PTPL, Shah Alam

Pada 22 Jun 2009, Lusiana Catering menerima tempahan dari Kolej PTPL (Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan), Shah Alam. Majlis yang berkonsepkan minum petang taman musim luruh (spring garden hi-tea) memerlukan menu ala-Barat. Justeru itu pihak saya menyediakan dua set menu; pertama untuk tetamu VIP (70 pax) dan keduanya bagi para pelajar dan lain-lain tetamu (700 pax).

MENU TETAMU


Seafood macaroni

Mushroom soup

Garlic bread

Potato samosa
Mango pudding

Assorted fruits cutlet

Beverage: Ice lemon tea


MENU (VIP)


Spaghetti bolognese

Mushroom soup

Garlic bread

Chicken wing BBQ

Apple pie

Assorted fruits cutlet

Beverages: Ice lemon tea and hot tea


Majlis diserikan dengan banyak dekorasi bunga, pakaian serba putih dan linta
san helikopter yang menaburkan bunga-bunga pelbagai warna. Lihatlah kumpulan foto yang disertakan di sini.
Photobucket
Photobucket

(Nota: Semua foto adalah Hakcipta Lusiana Catering)

Rumah terbuka Aidilfitri Khairi Consult di akhir Syawal 1430 Hijrah

Di majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat Khairi Consult Sdn. Bhd. pada 19 Oktober 2009, pihak Lusiana Catering menyediakan sajian bagi tiga stesen bufet.

Stesen bufet yang pertama menyajikan nasi beryiani, ayam goreng berempah, rendang daging, sambal tumis udang, dalca sayur, nenas bombay dan popadum. Stesen bufet kedua bermenukan laksa Johor, mee dan bihun soto, lemang, lontong, rendang ayam dan kuah kacang.


Manakala bagi stesen bufet ketiga pula disajikan kuih bakar kemboja, kuih koci, kuih seri muka, pelbagai kek, baulu, hirisan pelbagai buah-buahan, cendol, air batu campur serta kordial oren, teh tarik dan kopi ‘O’.


Kanopi yang dihiasi dengan dua lapis scallop berwarna merah dan biru menyaksikan kehadiran kemuncak tetamu dari jam 12.45 tengah hari hingga 2.30 petang. Cuaca yang agak membahang disejukkan dengan kanopi redup dan sajian air batu campur serta cendol. Air kordial oren bagaikan sentiasa ditagih tetamu.


Berlokasi di Taman Sri Gombak, Selangor, majlis keraian Aidilfitri Khairi Consult di hari terakhir bulan Syawal itu meriah dan penuh kemesraan. Saya, chef Hana dan petugas keletihan dalam suasana penuh kesyukuran.


Photobucket

Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Delphax, pengeluar produk perubatan


Apakah Delphax? Semasa sesi katering rumah terbuka syarikat Delphax Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam pada 9 Oktober 2009 lalu, saya bertanya kepada salah seorang stafnya. “Encik, apa produk syarikat ini?”.

Saudara budiman itu menjawab bahawa Delphax membuat skru. Saya melihat-lihat info di sekitar kilang itu, dan ternyata bahawa antara yang saya nampak ialah rupa bentuk skru gigi palsu. Bila diselidiki dengan lebih lanjut, Delphax mengeluarkan bermacam jenis skru yang dimasukkan atau digunakan dalam pembedahan. Pastinya skru untuk tulang juga


Namun bila membaca laman webnya, ternyata produk syarikat ini lebih banyak lagi, bukan setakat skru. Dari laman web, kumpulan Delphax merupakan:

As one of the region's fastest-growing medical technology Groups, Delphax specializes in the research, design, manufacture and sale of a range of medical products and services with the aim of providing comprehensive solutions to enhance the quality of life of orthopaedic patients, and be valuable partners to our healthcare providers.
Photobucket
Saya paparkan beberapa gambar foto di rumah terbuka Aidilfitri Delphax Sdn. Bhd. Majlis bermula jam 4.00 petang dan berakhir sekitar 10.00 malam. Meriah dengan kehadiran pelbagai kaum, walaupun hujan agak lebat sebelumnya. Kanopi pula dihiasi dengan scallop dan alas meja bufet berwarna biru tua

Doa selamat dan tazkirah di kilang Foresight Industries

Beberapa hari sebelum Ramadhan 1430 Hijrah, Foresight Industries Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar produk pakai buang perubatan dan pembedahan, mengadakan majlis doa selamat, solat hajat dan tazkirah. Majlis berlangsung di kilangnya di Taman Industrial Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Klien korporat terkini Lusiana Catering ini dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera/Melayu Islam dan mempunyai pekerja pelbagai kaum. Saya sertakan dua gambar foto yang dirakam.

Photobucket

Hidangan istimewa udang harimau goreng mentega dan spaghetti bolognese

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sahabat dan klien yang dihormati. Maaf sudah agak lama saya tidak kemaskini blog katering ini. Banyak perkara yang dilakukan. Okey, untuk tempoh tiga minggu terakhir ini, selain sesi katering, saya juga mengisi masa dengan membaca buku. Buku yang terus digeluti waktu ini ialah Salju Sakinah dan Numbered Account.

Dalam tempoh tersebut saya dapat memenuhi beberapa permintaan perkhidmatan katering dari klien korporat terbaharu, iaitu SP Setia Berhad (26 Jun), Kolej PTPL Shah Alam (22 Jun), Berjaya College University of Hospitality, Kuala Lumpur (1 Julai) dan Jaring Communications Sdn. Bhd (14 – 15 Julai).

Dalam tempoh tersebut juga, ada tiga sesi katering orang perseorangan. Chef Lusiana Catering turut meluangkan masa untuk terus belajar dalam seni penyediaan dekorasi coklat.

Okey untuk kali ini, saya sertakan beberapa gambar bagi katering di SP Setia Berhad bertempat di Setia Alam, Shah Alam pada 26 Jun 2009. Menu seperti berikut:

Spaghetti Bolognese (chicken)
Chinese fried rice
Cauli flower + japanese bean curd
Fish fillet with lemon sauce
Udang harimau goreng mentega
Satey (400 chicken & 100 beef)
One whole lamb roast with dressing and fresh salad

Desserts:
Sandwich tuna & egg (2-layer)
Kuih bakar kemboja
Kuih cara berlauk
Assorted fruits cutlet
Beverages: Cordial (cold), black coffee and teh tarik
Photobucket

Face-to-face electronic trading forum at Kuala Lumpur, 21 May 2009

The FIXGlobal Journal has successfully conducted The Electronic Trading Forum, Kuala Lumpur 2009 held at Bursa Malaysia on 21 May 2009. The FIXGlobal Journal is the FIX Protocol's official journal and key information/educational initiative for the global institutional electronic trading industry.

The forum, called FIXGlobal Face2Face, is designed by the buy- and sell-side communities to bring participants the very latest information on electronic trading, FIX, technologies and the trading issues.

FIXGlobal Face2Face forums feature lively debate between experts, sharing ideas and insight on implementing an effective electronic trading strategy, from choosing an OMS, through to exploiting DMA, and what it means to the buy-side and the markets themselves.


What is FIX? FIX is the Financial Information eXchange (FIX) Protocol, a series of messaging specifications for the electronic communication of trade-related messages. It has been developed through the collaboration of banks, broker-dealers, exchanges, industry utilities and associations, institutional investors, and information technology providers from around the world. These market participants share a vision of a common, global language for the automated trading of financial instruments.


For the event at Kuala Lumpur, the Plus Concept’s event team from Hong Kong came down to Kuala Lumpur to monitor all matters pertaining to the event, including catering services. Lusiana Catering has been invited to cater for this highly compact 1-day event.


Miss Barbara Law, the event manager, send me a message via email:

“Just want to say thank you for your help! I think the event went well on the day. Thank you for your assistance! Stay in touch. I look forward to working with your team again in the near future!”


My team has a great time there serving all the delegates. See some pictures above.

Sajian makanan untuk majlis Basf Asia Pasifik

Photobucket
Pada 26 Februari yang lalu Lusiana Catering telah dijemput untuk menyajikan makanan bagi suatu majlis bagi cabang perkhidmatan kewangan syarikat Basf.com Asia Pasifik di Menara TM, Kuala Lumpur. Hidangan berbentuk hi-tea.

BASF is the world's leading chemical company. With over 95,000 employees they serve customers and partners in almost all countries of the world.

The company regional divisions
contribute to the local development of BASF’s business and help to exploit market potential. These divisions are also responsible for optimizing the regional infrastructure. For reporting purposes, the divisions are grouped into the following four regions: Europe; North America; Asia Pacific and South America, Africa, Middle East.

Saya sertakan beberapa gambar di majlis berkenaan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Our lists of corporate clients

Our 1st corporate clients: MIMOS Bhd (www.mimos.my), JARING Communications Sdn Bhd (www.jaring.my) & Halliburton Energy Services (M) Sdn Bhd.

Other corporate clients: NISER or Cyber Security Malaysia (www.cybersecurity.my), Bank Muamalat (www.muamalat.com.my), AmBank (www.ambg.com.my), Asia Experience, MARA (www.mara.gov.my), Kementerian Belia & Sukan (www.kbs.gov.my), Jabatan Belia & Sukan Labuan, Malaysian Airport Niaga (http://eraman-malaysia.klia.com.my), Technology Park Malaysia College (www.tpmcollege.edu.my), Bolton Berhad (www.bolton.com.my).


Commerce Dot Com Sdn Bhd (www.commercedc.com.my)., Kelab Ukay, International Islamic University of Malaysia (www.iium.edu.my), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (www.karangkraf.com.my), MEPS (www.meps.com.my), Shell Information Technology International Sdn Bhd, Wisma Putra (www.kln.gov.my), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (www.islam.gov.my).


Lexmart Sdn Bhd, The Pest Control Association of Malaysia, PDI Design & Associate Sdn Bhd (www.pdidesign.com.my), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (www.kpdnhep.gov.my), Jobstreet.com (www.jobstreet.com.my), Courts Mammoth Sdn Bhd (www.courts.com.my), Akademi Sains Malaysia (www.akademisains.gov.my), Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my) & Kerajaan Negeri Melaka (www.melaka.gov.my).


Latest list are as follows: Majlis Belia Selangor, Tenaga Switchgear Sdn. Bhd (http://www.mytsg.com.my), Pertubuhan Perancang Malaysia (www.mip.org.my), International Air Transport Association (www.iata.org), Aquadam (M) Sdn Bhd, & APM Automotive Holdings Berhad.

Commerce Dot Com unveils its new ePerolehan Centre

Petaling Jaya 16 January 2009, Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB) the operator of ePerolehan (eP) system for the Federal Government today officially unveiled its newly-renovated branch operations at its headquarters in Petaling Jaya, Selangor.

The launch was officiated by Syed Azmin Mohd Nursin @ Syed Nor, Executive Chairman of CDCSB Group and Datuk Azizan Ayob, Chief Executive Officer, CDCSB.


Located at Jalan Tandang, Wisma AMTEK Petaling Jaya, the new branch offers a brand new customer service experience for ePerolehan users and as part of its efforts to kick start its branch operations enhancements nationwide. The exterior of ePerolehan Centre now features bold and contemporary look and feel with cosy interior and exclusive lounge area equipped with personal computers and Wi-Fi services. These are complemented by well-trained and knowledgeable staff to promote all ePerolehan related services.


During the event, the company also feted its staff on its 2008 achievements of reaching the RM6 billion worth of procurement value through the ePerolehan system. Syed Azmin congratulated the staff and lead the cake-cutting appreciation to mark the success.


I’m proud to be the caterer at this auspicious moment. Congrats CDC! Do call us again.

Photobucket
Photobucket
PhotobucketPhotobucket

(Pictures @ the event)

Majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear berwarna peach

Photobucket
Assalamualaikum sahabat, teman dan pengunjung blog katering ini. Syawal masih bersisa, jadi salam Aidilfitri saya ucapkan. Alhamdulillah, harga minyak turun lagi, ringan sedikit beban kita di Malaysia. Saya sebagai katerer lega kerana tidak lagi perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos perkhidmatan katering ekoran kenaikan mendadak harga bahan bakar sedikit masa dahulu. Namun begitu, tidak dinafikan harga bahan-bahan mentah sektor makanan masih lagi agak tinggi lantaran beberapa faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan.

Bulan Syawal ini saya dan chef kurang rehat. Sebaik seminggu lebih bercuti, banyak permintaan sebut harga untuk rumah terbuka katering Aidilfitri, sama ada di rumah klien perseorangan atau
korporat.

Dari lebih sedozen sebut harga yang d
ihantar, saya memperoleh beberapa sesi katering. Salah satu klien korporat terkini ialah Tenaga Switchgear Sdn. Bhd, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad.

Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear Sdn. Bhd diadakan di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor pada 18 Oktober 2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang dihidangkan pelbagai, antaranya ialah nasi beryiani, lemang,
mee dan bihun soto, laksa johor, spaghetti bolognese, sate, kepak ayam bakar, kuih muih raya, ais krim, ABC dan cendol, dan lain-lain.

Photobucket
Tetamu tiba seawal 11.00 pagi. Tenaga petugas seramai lima belas orang berjaya memberikan komitmen yang baik kepada saya dan melayani semua keperluan tetamu secara profesional. Tetamu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu tetamu VIP, staf syarikat dan para jemputan.
Photobucket
Katering saya menyediakan enam gerai atau meja bagi enam kelompok menu yang berlainan. Suasana meriah diserikan lagi dengan kanopi arabian dan hiasan scallop serta hiasan meja/gerai berwarna peach.
Photobucket
Antara tetamu VIP yang hadir ialah Pengerusi Tenaga Switchgear, YB Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, Pengarah Urusan Tuan Haji Mohammad Nor bin Mohd Sidin dan pelakon saudara Azli dari kumpulan Senario.
Photobucket
Saya mendapat ucapan terima kasih khusus dari Tuan Haji Mohammad Nor semasa beliau berjalan menuju ke kereta. Di waktu itu saya sedang berehat bersama seorang petugas. Segala puji saya kembalikan kepada Allah atas kelancaran majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear yang berlangsung selama lebih empat jam.

Photobucket

(Gambar di sekitar majlis)

Majlis ramah mesra Aidilfitri Majlis Belia Selangor

Alhamdulillah, tanggal 12 Oktober 2008, bersamaan 12 Syawal 1429 Hijrah, saya selamat menyajikan makanan untuk majlis ramah mesra Aidilfitri Majlis Belia Selangor. Majlis yang dihadiri oleh lebih 500 tetamu diraikan dalam suasana penuh meriah dan semangat persaudaraan Islam bertempat di suatu lokasi di Petaling Jaya Selatan, Selangor.

Chef menyediakan pelbagai sajian yang, alhamdulillah, habis dijamah oleh tetamu yang hadir. Walaupun sajian yang agak ringan disediakan, tetapi beberapa tetamu memuji masakan chef, terutamanya mee soto dan rendang ayam.


Majlis Belia Selangor merupaka
n klien pertubuhan/korporat yang terkini yang mengambil perkhidmatan katering yang saya sediakan. Sebelum ini di bulan Ramadhan, saya mendapat tempahan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor, Shah Alam. Segala pujian dan syukur saya kembalikan kepada Allah, Tuhan yang maha pembuka jalan.


Bisnes membuat kek


Saya berkenalan dengan rakan baru di majlis ini. Rakan tersebut menyedi
akan pengat pisang sebagai salah satu menu yang dihidangkan. Bukannya dari katering saya, tetapi diminta bantuan oleh salah seorang pemimpin Belia 4B di situ sebagai menu tambahan.

Antara cerita yang kami kongsi ialah mengenai bisnes katering, dekorasi bunga dan pembuatan kek. Beliau bersama isteri menceburi bisnes menggubah bunga untuk pelbagai keperluan keraian. Salah seorang ahli keluarga beliau pula menceburi bidang pembuatan pelbagai jenis kek, dari kek pengantin sehinggalah kek cawan, termasuk mengusahakan penghasilan krim untuk kek.


Cerita rakan baru itu membangkitkan semangat saya dan chef. Dengan menumpukan bisnes pembuatan kek sahaja, kerabat rakan terse
but berjaya mengubah stail hidup, dari rumah kecil lokasi bisnes beroperasi, berjaya membina sebuah rumah banglo. Menurut beliau, semua ahli keluarga terlibat, termasuk anak-anak. Subhanallah, bisnes keluarga memang boleh berjaya.

(Gambar kek 1:
Lynn Hassan & kek 2: Maz Homemade. Sila kunjungi blog mereka untuk maklumat lanjut. Insyaallah, sedap kerana saya pernah merasainya)

Klien korporat dan kerajaan

Pelanggan korporat

Pelanggan korporat merupakan entiti atau pihak yang paling kerap memerlukan perkhidmatan katering lantaran pelbagai sebab. Biasanya suatu syarikat, sama ada syarikat swasta atau kerajaan, memerlukan m
akanan dan minuman bagi sesi mesyuarat, lawatan pihak luar, sesi perjumpaan staf, atau suatu aktiviti khusus di premis mereka. (Gambar kiri: Katering buka puasa klien korporat)

Pelanggan korporat pertama saya ialah syarikat di mana saya bekerja dahulu. Saya membekalkan kuih-muih dan minuman untuk satu mesyuarat dalaman yang melibatkan 15 orang. Memang tidak banyak, namun ia permulaan yang baik. Dari sini rakan-rakan lama akan mengetahui secara langsung bahawa
memang kita sudah berubah arah dalam kerjaya. Inilah peluang pertama untuk saudara menghulurkan kad bisnes kepada bekas rakan sekerja. Mudah-mudahan mereka akan menjadi agen pemasaran tidak langsung perkhidmatan katering saudara.

Pertemuan bersemuka ini penting sebagai langkah tambahan kepada emel-emel yang saudara hantar sebelum ini kepada rakan-rakan tadi. Jangan berat mulut untuk bercerita kepada mereka, nyatakan apa yang saudara boleh bekalkan.


Jabatan kerajaan


Ketegori ketiga ini juga boleh diambil kira dalam perancangan saudara. Harus diingat bahawa jabatan kerajaan merupakan antara pasaran yang sentiasa boleh dimasukkan dalam senarai klien yang berpotensi. Namun saya suka mengingatkan saudara, urusan dengan jabatan atau kementerian kerajaan memerlukan saudara mengambil langkah yang agak berhati-hati.


Ini kerana bayaran yang akan saudara terima agak mengambil masa, sehingga empat bulan lamanya. Sekiranya saudara tidak mempunyai modal pusingan yang mencukupi, elakkan dulu menerima pesanan katering dari jabatan kerajaan (pusat dan negeri).


Pastinya jabatan kerajaan sentiasa mempunyai acara yang memang perlukan perkhidmatan katering. Kalau bole
h, cuba ambil pesanan yang kecil dahulu, misalnya bagi mesyuarat di waktu pagi. Selalunya pesanan katering dalam linkungan lima belas ke dua puluh orang sudah memadai buat permulaan. Jika saudara selesa dengan terma bayaran dari pihak kerajaan, sila teruskan. (Gambar atas & kiri: Dekorasi meja VIP untuk klien kerajaan)

Saudara
juga kemungkinan boleh mendapatkan pesanan katering dari kerajaan melalui orang tengah. Maksudnya syarikat saudara tidak berurusan secara terus dengan sesuatu pesanan katering tersebut, tetapi ada syarikat lain yang mungkin mendapat projek besar di mana membekalkan makanan sebagai salah satu isi kontrak tersebut. Bayaran perkhidmatan saudara dilunaskan oleh pihak syarikat itu, bukannya jabatan kerajaan.

What are young planners doing at Kelana Jaya?

On 1st August 2008, I cater the Young Planners Forum organized by the Malaysian Institute of Planners (MIP), at Kelana Jaya, Selangor. I don’t know what the content of the forum is, to be honest. But I know they enjoy their meal, and hey, there are a bunch of Aussies attend this forum too.

The Malaysian Institute of Planners chartered object is “ to promote the science and art of town planning for the benefit of the public.” It does this primarily by ensuring the existence of a body of professional planners with the appropriate knowledge, training and skills to promote the advancement of town planning in Malaysia since 1972.


MIP is a professional institute that is a membership-registered organization. Most of its members are fully qualified professional town planners, working as planning officers with various federal, state and local authorities, as town planning consultants, lecturers in universities or as planners for developers and various organisations with significant land banks.


I feel delighted when contacted by the person-in-charge Cik Siti, asking me to cater this forum for 3 meals; breakfast, lunch and tea-break. Thanks a bunch Cik Siti. Do call me/us again. (Salah satu hidangan ialah buah manggis, rambutan dan durian!)

Photobucket
Photobucket
Photobucket

(Pictures taken during lunch break)

Our Corporate Clients

Our 1st corporate clients: MIMOS Bhd (www.mimos.my), JARING Communications Sdn Bhd (www.jaring.my) & Halliburton Energy Services (M) Sdn Bhd.

Other corporate clients: NISER or Cyber Security Malaysia (www.cybersecurity.my), Bank Muamalat (www.muamalat.com.my), AmBank (www.ambg.com.my), Asia Experience, MARA (www.mara.gov.my), Kementerian Belia & Sukan (www.kbs.gov.my), Jabatan Belia & Sukan Labuan, Malaysian Airport Niaga (http://eraman-malaysia.klia.com.my), Technology Park Malaysia College (www.tpmcollege.edu.my), Bolton Berhad (www.bolton.com.my).

Commerce Dot Com Sdn Bhd (www.commercedc.com.my)., Kelab Ukay, International Islamic University of Malaysia (www.iium.edu.my), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (www.karangkraf.com.my), MEPS (www.meps.com.my), Shell Information Technology International Sdn Bhd, Wisma Putra (www.kln.gov.my), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (www.islam.gov.my).

Lexmart Sdn Bhd, The Pest Control Association of Malaysia, PDI Design & Associate Sdn Bhd (www.pdidesign.com.my), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (www.kpdnhep.gov.my), Jobstreet.com (www.jobstreet.com.my), Courts Mammoth Sdn Bhd (www.courts.com.my), Akademi Sains Malaysia (www.akademisains.gov.my), Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my) & Kerajaan Negeri Melaka (www.melaka.gov.my).

* As at 14 June 2008

SUMAYYA FOODS & CATERING.