Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
MACRA dinner 18 December 2015, Kuala Lumpur. Muslim Chinese menu for VIP serving.
Comment by Mr. Chin, head of dinner committee, "Thank you for everything. Our committee satisfied with your services. Nice foods and no Malay can cook Chinese dishes like your catering."
MACRA (Malaysian Air-Conditioning & Refrigeration Association) dinner, 18 December 2015 menu. Call us for inquiry.
Contact us for inquiry. Chinese New Year 2016 coming soon!
16 Rabiulakhir 1432H - Selepas katering majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah rumah di Kota Seri Emas, Nilai, Negeri Sembilan, pada 21 Januari 2011 lalu, Lusiana Catering meneruskan servis bagi keraian perkahwinan pula. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Konvensyen Nilai pada malam 22 Januari 2011.
Majlis makan malam duduk serentak (one-time-sitting) atau konsep banquet ini menggunakan peralatan dome sepenuhnya. Sebanyak 80 set dome digunakan dan seramai 28 orang pramusaji beruniform memberikan servis yang memuaskan. Penyediaan meja tetamu semuanya dalam tatacara penyediaan meja VIP. Tugas Lusiana Catering juga turut menyediakan sajian meja utama pengantin.
Para tetamu seramai 800 jemputan dari pelbagai latar belakang pekerjaan dan taraf kehidupan memenuhi dewan yang gemilang itu sekitar jam 8.30 malam. Ada tetamu bergelar Datuk dan Tan Sri. Pelbagai bangsa memeriahkannya. Majlis berakhir sepenuhnya sekitar jam 12.00 tengah malam.
Dua orang tetamu ialah rakan lama semasa saya bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Pasangan suami isteri tersebut berkata, “Wah! Tidak aku sangka kau boleh buat majlis sebegini. Memang bagus dan berprestij.”
Saya sertakan sekumpulan foto yang dirakamkan di majlis malam tersebut.
Mungkin berkaitan: Testimoni buku Buat Duit dengan Katering oleh Tuan MBA
Pada tahun 1987, melalui jawatankuasa perhubungan di antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan pentadbiran Setiausaha Negeri Sabah dan Sarawak, diputuskan supaya program penukaran secara pinjaman antara pegawai awam Persekutuan dengan pegawai awam negeri Sabah dan Sarawak dirangka semula.
Antara hasilnya ialah satu majlis penutup Program Integrasi Nasional (PINA) tahun 2007 – 2009 berlangsung di JPA, Putrajaya pada 17 Jun lepas.
Lusiana Catering diberi penghormatan menyediakan sajian secara penyediaan VIP di majlis tersebut. Sajian utama seperti berikut:
Nasi putih
Ayam goreng berempah
Ikan merah masak lemak cili padi
Sambal tumis udang harimau
Sayur campur goreng, ulam-ulam dan sambal belacan
Saya sertakan beberapa situasi yang dirakam sepanjang majlis berlangsung.
Pada 29 November 2008, Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) mengadakan satu sesi yang dinamakan Pledge and Plant a Tree, and Contribute Towards Carbon Free Environment bertempat di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor. Sesi menanam pokok tersebut dilakukan sempena Hari Perancang Bandar Sedunia 2008.
Selepas sesi penanaman pokok, semua peserta termasuk wartawan menghadiri sesi penerangan mengenai projek yang dijalankan di premis MIP (www.mip.org.my) yang terletak di suatu lokasi di Kelana Jaya.
Tetamu VIP yang hadir ialah ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh (gambar kiri). Saya diberi penghormatan menyajikan makanan di majlis yang berlangsung pada hari tersebut. Dua meja VIP disediakan dan tetamu lain sajian secara bufet.
Menu yang disajikan ialah bihun goreng singapura, nasi lemak bungkus, sandwich tuna dan telur, salad campur, mini murtabak, kuih bakar kemboja dan hirisan buah-buahan. Manakala minuman pula ialah teh tarik, Nescafe ‘O’ dan air mineral.


(Gambar di sekitar majlis)
Musim cuti sekolah bakal menjelang hujung minggu ini. Biasanya katerer akan mengalami antara waktu yang paling sibuk. Pada cuti sekolah, terutamanya pada hujung tahun yang agak panjang, pelbagai majlis memerlukan perkhidmatan katering. Antaranya ialah majlis perkahwinan, program lawatan sekolah ke pelbagai lokasi, sambutan hari keluarga, majlis doa selamat, akikah dan berkhatan.
Kami di Lusiana Catering bersedia menerima tempahan, bermula dari 50 tetamu sehingga 2,000 tetamu. Perkhidmatan katering kami juga merangkumi kanopi, penyediaan dan layanan VIP dan VVIP serta penyediaan makanan berbungkus untuk Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan serta Bentong dan Karak di Pahang.
Kami juga sedia menerima tempahan katering bagi program lawatan ke kementerian kerajaan, Parlimen Malaysia dan acara sukan di sebarang lokasi. Insyaallah, harga dan menu boleh dibincang.
Untuk majlis perkahwinan, pakej kami termasuk hidangan tetamu, sajian pengantin, kek pengantin, pintu gerbang dan kanopi. Kami tidak menyediakan perkhidmatan andaman. Pihak pengantin juga disyorkan menyediakan perkhidmatan fotografi dan video sendiri.


Assalamualaikum sahabat, teman dan pengunjung blog katering ini. Syawal masih bersisa, jadi salam Aidilfitri saya ucapkan. Alhamdulillah, harga minyak turun lagi, ringan sedikit beban kita di Malaysia. Saya sebagai katerer lega kerana tidak lagi perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos perkhidmatan katering ekoran kenaikan mendadak harga bahan bakar sedikit masa dahulu. Namun begitu, tidak dinafikan harga bahan-bahan mentah sektor makanan masih lagi agak tinggi lantaran beberapa faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan.
Bulan Syawal ini saya dan chef kurang rehat. Sebaik seminggu lebih bercuti, banyak permintaan sebut harga untuk rumah terbuka katering Aidilfitri, sama ada di rumah klien perseorangan atau korporat.
Dari lebih sedozen sebut harga yang dihantar, saya memperoleh beberapa sesi katering. Salah satu klien korporat terkini ialah Tenaga Switchgear Sdn. Bhd, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad.
Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear Sdn. Bhd diadakan di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor pada 18 Oktober 2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang dihidangkan pelbagai, antaranya ialah nasi beryiani, lemang, mee dan bihun soto, laksa johor, spaghetti bolognese, sate, kepak ayam bakar, kuih muih raya, ais krim, ABC dan cendol, dan lain-lain.

Tetamu tiba seawal 11.00 pagi. Tenaga petugas seramai lima belas orang berjaya memberikan komitmen yang baik kepada saya dan melayani semua keperluan tetamu secara profesional. Tetamu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu tetamu VIP, staf syarikat dan para jemputan.
Katering saya menyediakan enam gerai atau meja bagi enam kelompok menu yang berlainan. Suasana meriah diserikan lagi dengan kanopi arabian dan hiasan scallop serta hiasan meja/gerai berwarna peach.
Antara tetamu VIP yang hadir ialah Pengerusi Tenaga Switchgear, YB Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, Pengarah Urusan Tuan Haji Mohammad Nor bin Mohd Sidin dan pelakon saudara Azli dari kumpulan Senario.
Saya mendapat ucapan terima kasih khusus dari Tuan Haji Mohammad Nor semasa beliau berjalan menuju ke kereta. Di waktu itu saya sedang berehat bersama seorang petugas. Segala puji saya kembalikan kepada Allah atas kelancaran majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear yang berlangsung selama lebih empat jam.

(Gambar di sekitar majlis)
Lusiana Catering telah dianugerahkan satu sesi katering makan tengah hari untuk Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (gambar), Yang DiPertua Negeri Melaka pada 22 Mai 2008. Deligasi TYT Tun disertai oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Saleh.
Pihak kami diminta menyediakan dua meja VVIP dan satu barisan bufet (yang disediakan bagi ahli deligasi yang lain, termasuk para anggota polis trafik dan polis berpakaian biru). Makan tengah hari tersebut disediakan di Rumah Melaka, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur bagi TYT dan rombongan beliau sebelum Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong di Istana Negara yang terletak berhampiran.
Walaupun pihak kami menerima notis yang sangat singkat, kurang dari 24 jam, pihak kami berjaya mengendalikan sesi katering ini dengan baik. Alhamdulillah!
Berkaitan: Hidangan kambing massala di Rumah Melaka
Jika makanan sedap, perkhidmatan menjadi perkara keduaGambar-gambar Rumah MelakaMalaysia Prihatin – Empat hari di Melaka



(Gambar: Penyediaan meja VVIP bagi TYT dan Ketua Menteri Melaka)