Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Showing posts with label Reading. Show all posts
Showing posts with label Reading. Show all posts

Terjual sebanyak hampir 2,100 unit di tahun 2011

Terima kasih kepada para pembaca yang telah memilikinya. Sila dapatkan buku Buat Duit Dengan Katering di mana-mana kedai buku di seluruh negara atau beli online di sini.

Photobucket

Testimoni: Beliau dan isteri kini menempa nama dalam bidang katering

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman". (Surah al-Maidah, ayat 88)

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu".
(Surah al-Baqarah, ayat 168)


Terdapat banyak lagi dalil dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad yang menyeru kita untuk mencari yang HALAL. Justeru itu dunia perniagaan dalam penyediaan makanan yang menyajikan makanan halal adalah satu bidang yang patut diceburi. Siapa lagi yang akan mempelopori perniagaan ini, kalau bukan kita.


Buku Buat Duit Dengan Katering ini pada saya cukup bagus untuk anda yang ingin memulakan perniagaan penyajian makanan. Di dalamnya terkandung pelbagai petua yang dikongsikan oleh penulis melalui pengalaman beliau sendiri. Dari persediaan peralatan dan perkakasan sehinggalah persediaan mental dan fizikal, kesemuanya ada dalam buku ini.


Yang menarik perhatian saya adalah beberapa elemen yang perlu ada seperti melebihkan hidangan dan pinggan mangkuk di dalam satu-satu penyajian katering. Saya selalu menghadapi kekurangan semua ini ketika pihak katering di tempat saya bertugas menyajikan makanan dan minuman untuk para peserta kursus. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati para peserta sehingga apabila mereka membuat penilaian selepas kursus mereka sering mengatakan "penyajian makanan dan minuman tidak memuaskan". Aduh! Walaupun bukan kami sendiri yang menyajikan makanan dan minuman, namun sedikit sebanyak terkena juga batang hidung kami selaku pengelola kursus. Ini juga berkait rapat dengan konsep "ihsan", memberi dengan keikhlasan selain daripada urusan berniaga semata-mata.


Aspek keutamaan pelanggan juga disentuh oleh penulis. Dalam dunia perniagaan, pelanggan adalah segala-galanya kerana "Pelanggan adalah Raja" dan "Customer is always right". Namun ada ketika kita juga patut mengatakan "TIDAK" kepada pelanggan. Dalam buku ini, penulis mengatakan kita patut mengatakan TIDAK kepada beberapa permintaan pelanggan seperti tempahan pada saat akhir dan tempahan nasi bungkus untuk makan tengahari yang jumlahnya hanya lima! Lucu? Penulis mengalami sendiri insiden ini.


Pelbagai pakej katering turut diperkenalkan oleh penulis, dari pakej katering untuk majlis kecil seperti minum pagi sehinggalah pakej untuk majlis perkahwinan. Cadangan menu juga turut dikongsi oleh penulis. Sememangnya amat menarik dan PERLU DIBACA oleh anda yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menceburi bidang perniagaan katering!


Menyajikan makanan dan minuman juga adalah satu seni, oleh itu penyajiannya juga harus dengan cara yang kreatif. Penghasilan makanan dan minuman yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan melibatkan beberapa peringkat iaitu pemilihan dan pembelian bahan mentah, memotong, memerap, menggoreng, memasak dan cara penyajian itu sendiri memerlukan perancangan yang rapi. Ini penting kerana sekiranya tersilap di mana-mana peringkat, makanan atau minuman kemungkinan akan basi dan tidak boleh dihidangkan. Rumit? Namun, itulah hakikatnya!


Turut menarik minat saya ialah petua memasak ikan patin dan petua untuk tidak meletakkan periuk panas (makanan baru dimasak) di atas lantai simen.


Saya berpendapat buku ini akan tambah menarik lagi sekiranya diwarnai dengan tips/petua pada akhir setiap bab dan disampaikan dengan olahan karikatur berwarna. Selain itu, buku ini juga boleh diolah dengan tidak ada mula dan akhir. Maksud saya terdapat helaian permulaan dengan MENU menarik yang akan membantu pembaca untuk memilih apa yang dia hendak baca. Tanya pembaca apa yang dia hendak mulakan dulu. Sebagai contoh, "Menu 1: Katering 50 Tempahan Ke Bawah - Mukasurat 1, 5, 11, 25" adalah khusus untuk pembaca yang berminat hendak memulakan katering kecil-kecilan terlebih dahulu. Saya pernah membaca buku seperti ini, dan saya sangat tertarik dengan olahannya.


Diinspirasikan oleh pengalaman memulakan perniagaan katering, Hizamnuddin menulis buku ini dari hati sebagaimana beliau mengatakan dalam mukasurat 90 bahawa memasak juga perlu dari hati. Beliau seboleh mungkin berkongsi ilmu dan pengalaman kepada anda yang mempunyai iltizam yang tinggi untuk memulakan perniagaan katering.


Beliau juga turut berkongsi pahit dan manis dunia perniagaan yang tidak seperti semasa beliau makan gaji. Memulakan perniagaan dengan menjual nasi lemak, beliau dan isteri kini menempa nama dalam bidang katering yang melibatkan penyajian ribuan orang! Berbekalkan azam dan semangat yang kuat, beliau mengatakan FOKUS tanpa berpaling.


Tahniah kepada Hizamnuddin! Dan kepada anda yang mencari ilmu katering, saya sarankan anda membaca Buat Duit dengan Katering.

** Testimoni dari Puan Linda Amri, Kota Kinabalu, Sabah.

Saya mencabar Tuan Hizamnuddin Awang supaya dia menulis buku katering

17 Rabiulawwal 1432H - Tuan Hizamnuddin Awang adalah seorang peminat buku dan pembaca tegar. Sebab itulah beliau hadir di hari pelancaran program Baca@LRT. Semasa hari pelancaran program Baca@LRT yang pertama itu, saya telah mencabar Tuan Hizamnuddin Awang supaya dia menulis buku mengenai katering.

Beliau adalah antara usahawan katering yang sedang meningkat maju, maklumlah sudah lama beliau berkecimpung dalam bisnes itu.

Pada mulanya beliau tersenyum dan tertawa mendengar cadangan atau cabaran saya itu. Namun beliau mendapati cadangan itu bukan setakat gurauan, lebih-lebih lagi setelah saya menawarkan diri untuk menjadi co-writer beliau.

Akhirnya, tidak lama lagi impian saya melihat buku pertama Tuan Hizamnuddin Awang akan menjadi kenyataan. Buku kami yang membawa judul
Buat Duit Dengan Katering terbitan PTS Professional akan berada di pasaran.

Tahniah Tuan Hizamnuddin Awang. Syabas tim PTS Professional! Blog Tuan Hizamnuddin Awang boleh dikunjungi DI SINI.

Untuk entri mengenai buku kami di laman PTS, tuan boleh baca DI SINUN.

*** Rencana asal dari Tuan Imran Yusuf.

Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar

Buku Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh.

Pembaca bakal didedahkan dengan: Jenis-jenis katering - Peralatan-peralatan wajib ada - Cadangan jenis menu dan harga tawaran - Tip-tip mempromosikan dan memasarkan bisnes katering. Bimbingan lengkap dan mudah difahami mampu menjadikan kita seorang pengusaha katering yang berjaya walaupun dengan modal kecil.


Isi Kandungan


Prakata, Pengenalan, Pendaftaran Bisnes, Modal Pelanggan dan Waktu Pesanan Katering, Peralatan, Barang Mentah dan Sumber Bekalan, Jenis Menu dan Harga Tawaran, Promosi dan Pemasaran, Pengurusan Khidmat Katering, Kemahiran, Pengalaman, Kisah Benar, Penutup, dan Lampiran.


Judul: Buku Buat Duit dengan Katering

Penulis: Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

ISBN-13: 978-967-369-084-8

Harga: RM 14.00 / RM 16.00
Tarikh Terbit: 21 Feb 2011

Jumlah Muka Surat: 144 halaman

Juadah di perhimpunan Mengbongkar Rahsia Perindu, RAMFC di Putrajaya

Saya dan chef Hana (isteri) mempunyai dua kumpulan rakan-rakan rapat. Kumpulan atau kelompok rakan-rakan yang pertama ialah dari kalangan staf dan bekas staf MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Kelompok ini sudah lama terbina dan sehingga sekarang saya terutamanya (walaupun sudah berhenti dari MIMOS dan Jaring) dan isteri sering bertemu dalam pelbagai aktiviti. Pastinya mereka sering sahaja meminta isteri sediakan juadah untuk santapan.

Kumpulan terbaharu pula terbina melalui Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) yang ditubuhkan sedikit masa dahulu. Saya dan isteri yang menjadi peminat tegar karya-karya novelis Ramlee Awang Murshid menganggotai kelab ini.

Sudah beberapa kali RAMFC mengadakan perjumpaan, mesyuarat dan sesi beramah mesra untuk ahli-ahli dengan kehadiran saudara Ramlee. Terkini RAMFC mengadakan satu perjumpaan atau perhimpunan yang dinamakan Membongkar Rahsia Perindu – Lepak Santai RAMFC yang diadakan di Taman Warisan Pertanian dan Taman Putra Perdana, Putrajaya pada 28 Februari 2009.

Saya dan isteri berbesar hati menyediakan beberapa juadah sebagai tanda sokongan kami untuk RAMFC. Termasuk dalam juadah khas ialah kek pulut kuning bersama rendang daging bagi meraikan ulang tahun perkahwinan saudara Ramlee dan isteri, Dayang Aminah binti Datuk Aliudin.

Hidangan lain ialah rendang ayam, nasi impit, samosa kentang dan teh tarik. Salah satu komen menarik diberikan oleh sahabat Ratu Sulaman dari Singapura, begini:
Abang Web dan sis chef Hana,

Terima kasih atas juadah yang sampai sekarang masih terasa keenakan dan kelazatan pulut kuning dengan rendang, samosa kentang yang menyelerakan.


Moga setiap kali ada gathering macam ini abg Web & sis chef Hana tak jemu menyantap kami semua degan sajian menyelerakan. Tidak akan ku lupa pulut kuning dan rendang.....heeemmmm best !! Marvelous !!
Cerita penuh di sini: Juadah dan ukhuwah di pertemuan Mengbongkar Rahsia Perindu, RAMFC di Putrajaya
Photobucket

Photobucket
(Gambar atas: Saya dan novelis Ramlee Awang Murshid di tiga lokasi dan acara yang berbeza. Novelis ini sudah sampai tahap selebriti, tetapi bersikap seorang Muslim yang patut dicontohi)

Thank you so much for your catering

Dear Lusiana and Hizam,

Thank you so much for your catering. We appreciate it as it was on such a short notice and the food prepared was so good that the whole family had a few helpings all day long!!!

Thanks again, and InsyaAllah if ada rezeki, we will order lagi from you.

Best regards to both of you Ros and Izham (From Damansara Damai, Petaling Jaya)

-----------------------------------------------------------------------------------

Apa yang dikatakan adil dan ihsan dalam urusan bisnes seperti mana yang diajarkan oleh Islam? Adil ibarat modal manakala ihsan ibarat keuntungan. Ambil contoh, andaikan seorang usahawan menggunakan modal RM1,000 untuk berniaga. Kemudian dalam satu tempoh, katakan satu bulan, dia mendapat kembali RM1,000 tersebut. Orang ini dikatakan tidak pandai berniaga. Dia tidak rugi dan tidak pula untung.

Orang yang pandai bernia
ga, bukan sahaja mendapat balik modal, malahan memperoleh untung juga. Sekiranya kita melaksanakan keadilan sahaja tanpa ihsan, bermakna bisnes kita hanya memperoleh modal sahaja tanpa untung.

“Muslim yang bijak, sudah tentu dia inginkan kedua-duanya sekali, modal dan untung. Kesimpulannya adil dan ihsan mesti dilakukan serentak.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dalam buk
u Akhlak Bermuamalat)

** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

SUMAYYA FOODS & CATERING.