Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu lepas antara momen masa paling sibuk tahun ini semenjak mulakan kembali bisnes katering. Di hari Jumaat dan Sabtu, Katering Sumayya mengendalikan tiga majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah. Sebelumnya pihak kami terpaksa menolak dua pesanan katering untuk hari Sabtu 22 Jun 2019 lantaran sudah ada dua majlis lain.
Untuk hari Jumaat, kami berada di Salak Tinggi. Manakala di hari Sabtu di Kg. Sungai Kembong, Beranang dan Kota Kamuning, Shah Alam.
Hari Ahad pula masa membasuh semua peralatan dan mengemas dapur. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Maaf kepada Tuan Shah Othman dan Puan Rusilla Ruslin kerana rumah agak bersepah semasa datang.
<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>
SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 9 tahun.
Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 500 pax), insya-Allah.
Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai, dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, Ampang dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.
Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.
Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.
** WEB SUTERA, penulis sepenuh masa yang mengusahakan bisnes katering bermula di Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Masih sedang pruf manuskrip DI SEBALIK HIJAB, sebuah thriller sejarah yang akan saya terbitkan sendiri.
Lusiana Catering diberi tanggungjawab oleh sebuah syarikat PR bagi mengendalikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 klien mereka - Hewlett-Packard Malaysia. Menu mudah untuk sajian sebanyak 700 pax syarikat multinasional di Cyberjaya itu adalah seperti berikut:
- Nasi impit
- Lemang
- Bihun goreng
- Mee goreng
- Kuah lontong (lodeh)
- Kuah kacang
- Rendang ayam
- Sate ayam + aksesori standard
Pencuci mulut:
- Kek butter + jem- Samosa kentang & wantan (Chinese) spring roll
- Kuih talam suji & talam cendol
- Pelbagai hirisan buah-buahan
- Pelbagai rasa dan jenis biskut Aidilfitri (buatan Lusiana Catering)
- Minuman: Sirap ros, teh o ais limau & teh tarik
Selain senarai menu di atas, pihak kami juga menyediakan alas meja damask dan tiga barisan meja bufet. Foto-foto di sekitar majlis.
Nota: Kami menyediakan servis katering majlis keraian Hari Raya Aidilfitri bagi badan / jabatan kerajaan, syarikat korporat dan orang perseorangan. Bagi orang perseorangan, pesanan minima ialah 100 pax. Manakala bagi acara korporat pesanan minima ialah 100 pax juga dengan pakej yang berbeza, iaitu membabitkan perbezaan harga, jenis servis dan senarai menu.
Menu seperti yang ditawarkan kepada Hewlett-Packard di atas adalah satu contoh menu mudah. Pelbagai sajian boleh kami sediakan, tertakluk kepada bajet dan kaedah sambutan yang diinginkan. Insya-Allah, pihak kami bersedia memenuhi sebarang permintaan.
Permintaan untuk katering majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dibuka bermula sekarang sehingga akhir bulan Ramadhan tahun 2012 Masihi. Walaupun demikian, tarikh akhir sebenar tempahan yang boleh kami terima tertakluk kepada masa dan tarikh yang masih lagi kosong.
Sila hubungi kami melalui nombor telefon dan alamat e-mel yang dinyatakan dalam blog ini. Pihak Lusiana Catering berbesar hati bagi mengemukakan cadangan senarai menu dan sebut harga. Servis kami juga turut merangkumi sajian dan servis VIP serta konsep gerai (stall).
Saya senaraikan menu untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina 2010 di sebuah syarikat membekal produk perubatan di Ampang Hilir, Selangor.
- Deep fried spring roll
- Deep fried chicken dumpling
- Fried fish fillet with mixed fruit and thousand island sauce
- Fried tiger prawns with spicy sauce
- Braised black mushrooms with gluten and vegetables
- Pak choy with oyster sauce
- House special fried noodle (bihun)
- Chinese fried rice
- Fried chicken with bbq sauce
- Sotong goreng tepung
- Deep fried bean curd
- Chilled mixed fruit and sea coconut
- French pastries
Menu yang disenaraikan merupakan campuran masakan Melayu, Cina dan Barat. Termasuk juga seekor kambing golek. Foto di sekitar majlis pada 21 Februari 2010 tersebut.
Di majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat Khairi Consult Sdn. Bhd. pada 19 Oktober 2009, pihak Lusiana Catering menyediakan sajian bagi tiga stesen bufet.
Stesen bufet yang pertama menyajikan nasi beryiani, ayam goreng berempah, rendang daging, sambal tumis udang, dalca sayur, nenas bombay dan popadum. Stesen bufet kedua bermenukan laksa Johor, mee dan bihun soto, lemang, lontong, rendang ayam dan kuah kacang.
Manakala bagi stesen bufet ketiga pula disajikan kuih bakar kemboja, kuih koci, kuih seri muka, pelbagai kek, baulu, hirisan pelbagai buah-buahan, cendol, air batu campur serta kordial oren, teh tarik dan kopi ‘O’.
Kanopi yang dihiasi dengan dua lapis scallop berwarna merah dan biru menyaksikan kehadiran kemuncak tetamu dari jam 12.45 tengah hari hingga 2.30 petang. Cuaca yang agak membahang disejukkan dengan kanopi redup dan sajian air batu campur serta cendol. Air kordial oren bagaikan sentiasa ditagih tetamu.
Berlokasi di Taman Sri Gombak, Selangor, majlis keraian Aidilfitri Khairi Consult di hari terakhir bulan Syawal itu meriah dan penuh kemesraan. Saya, chef Hana dan petugas keletihan dalam suasana penuh kesyukuran.

Apakah Delphax? Semasa sesi katering rumah terbuka syarikat Delphax Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam pada 9 Oktober 2009 lalu, saya bertanya kepada salah seorang stafnya. “Encik, apa produk syarikat ini?”.
Saudara budiman itu menjawab bahawa Delphax membuat skru. Saya melihat-lihat info di sekitar kilang itu, dan ternyata bahawa antara yang saya nampak ialah rupa bentuk skru gigi palsu. Bila diselidiki dengan lebih lanjut, Delphax mengeluarkan bermacam jenis skru yang dimasukkan atau digunakan dalam pembedahan. Pastinya skru untuk tulang juga
Namun bila membaca laman webnya, ternyata produk syarikat ini lebih banyak lagi, bukan setakat skru. Dari laman web, kumpulan Delphax merupakan:
As one of the region's fastest-growing medical technology Groups, Delphax specializes in the research, design, manufacture and sale of a range of medical products and services with the aim of providing comprehensive solutions to enhance the quality of life of orthopaedic patients, and be valuable partners to our healthcare providers.
Saya paparkan beberapa gambar foto di rumah terbuka Aidilfitri Delphax Sdn. Bhd. Majlis bermula jam 4.00 petang dan berakhir sekitar 10.00 malam. Meriah dengan kehadiran pelbagai kaum, walaupun hujan agak lebat sebelumnya. Kanopi pula dihiasi dengan scallop dan alas meja bufet berwarna biru tua
Setelah kembali dari berhari raya di Besut dan Kelantan, saya dan Chef Hana memang sibuk. Kesibukan merangkumi menerima panggilan dari klien, menjawab emel, menghantar sebut harga, menghubungi rakan bisnes serta menyediakan barang-barang keperluan.
Antara yang terawal mengesahkan pesanan katering Hari Raya Aidilfitri ialah novelis Ramlee Awang Murshid. Novelis thriller nombor satu Malaysia ini telah menempah tarikh seawal pertengahan Ramadhan 1430H lagi.
Pada 3 Oktober 2009, saya, Chef Hana dan pembantu ke rumah novelis Ramlee yang berlokasi di Taman Kajang Impian, Bangi. Sebaik saya tiba, Ramlee (berbaju Melayu rona biru) sudah terpacul di depan pagar rumah.
Selayaknya beliau umpama selebriti, rumah diserbu tanpa henti oleh tetamu dari pelbagai aliran pekerjaan dan bidang kehidupan. Walaupun cuaca agak panas, tetapi kemeriahan tidak pernah hilang. Rumah yang dihiasi novel-novel beliau di beberapa sudut dinding itu dikunjungi sehingga menjelang waktu Isyak, walaupun majlis bermula sejak 12.30 tengah hari lagi.
Antara tetamu yang hadir ialah beberapa ahli dan AJK Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC), deligasi Pyanhabib, rakan-rakan sekerja Ramlee dari RTM dan rakan sekerja Puan Dayang dari KWSP. Turut muncul ialah beberapa orang novelis wanita dan staf Alaf21 Sdn. Bhd.
Antara menu yang dihidangkan ialah nasi beryiani dan tomato, rendang daging, ayam masak merah, mee dan bihun soto, lemang, nasi impit dan kuah lodeh. Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana masakan mendapat pujian tuan rumah dan Puan Dayang. Dikhabarkan oleh saudara Ramlee melalui mesej pesanan ringkas, “Tuan, sampai ke ofis (RTM) orang bercakap mengenai sajian yang disediakan.”
Alhamdulillah. Segala pujian hanya layak untuk Allah. Saya dan Chef Hana hanya menguruskannya sahaja. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi umat Islam seluruh dunia bakal meraikan hari kemenangan. Setelah sebulan berpuasa, kita dianugerahkan Allah dengan sambutan hari raya Fitrah atau lebih dikenali sebagai Aidilfitri.
Di sini saya ingin menyorot beberapa majlis keraian Aidilfitri tahun lepas buat tatapan para sahabat dan klien yang dihormati. Justeru itu, saya kini membuka sebut harga untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, insyaAllah.
Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear Sdn. Bhd diadakan di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor pada 18 Oktober 2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang dihidangkan pelbagai, antaranya ialah nasi beryiani, lemang, mee dan bihun soto, laksa johor, spaghetti bolognese, sate, kepak ayam bakar, kuih muih raya, ais krim, ABC dan cendol, dan lain-lain.
Baca lagi: Majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear berwarna peach
Gambar-gambar di sekitar majlis Aidilfitri dan Deepavali di premis klien di Shah Alam, 23 Okt. 2008, dari lewat petang hingga malam.
Baca lagi: Majlis Aidilfitri dan Deepavali.
Alhamdulillah, tanggal 12 Oktober 2008, bersamaan 12 Syawal 1429 Hijrah, saya selamat menyajikan makanan untuk majlis ramah mesra Aidilfitri Majlis Belia Selangor. Majlis yang dihadiri oleh lebih 500 tetamu diraikan dalam suasana penuh meriah dan semangat persaudaraan Islam bertempat di suatu lokasi di Petaling Jaya Selatan, Selangor.
Chef menyediakan pelbagai sajian yang, alhamdulillah, habis dijamah oleh tetamu yang hadir. Walaupun sajian yang agak ringan disediakan, tetapi beberapa tetamu memuji masakan chef, terutamanya mee soto dan rendang ayam.
Pada 1 November 2008, saya mengadakan majlis keraian Aidilfitri dan sambutan ulang tahun pertama anak bongsu, Rayyan Hisyam. Justeru kerana sepanjang bulan Syawal saya sibuk dengan urusan katering dan majlis Aidilfitri klien di banyak lokasi, maka tiada kesempatan. Ulang tahun pertama Rayyan pun agak terlewat diraikan.
Walau apapun, majlis yang diadakan di sebelah malam berjalan dengan seadanya. Ramai juga sahabat dan ahli keluarga yang sudi datang. Segala puji saya kembalikan kepada Allah.
Saya dan chef berbesar hati kerana novelis thriller nombor wahid Malaysia, saudara Ramlee Awang Murshid, sudi memenuhi undangan saya ke rumah. Ramlee antara tetamu yang paling awal tiba ke teratak saya. Beliau tidak pernah tidak membawa isteri dan anak tersayang bersama-sama. Alhamdulillah, sajian makanan chef mendapat perhatian dari Ramlee, Puan Dayang Aminah dan adik Aizuddin.
Baca lagi: Keraian Aidilfitri dan sambutan ulang tahun kelahiran yang terlewat
Dalam mengendalikan bisnes katering, katerer mungkin akan berhadapan dengan kehendak tetamu yang pelbagai. Misalnya dalam satu majlis yang kehadiran tetamu dalam lingkungan 800 atau 1,000 orang, mustahil katerer dapat memenuhi selera secara 100 peratus. Sedikit sebanyak mungkin ada rungutan, walaupun mungkin kecil kalau hendak dinisbahkan secara total dari segi perkhidmatan dan mutu sajian yang
disediakan.
Apa yang hendak saya sorot di sini ialah rungutan atau pertanyaan itu mungkin diajukan terus kepada tuan punya bisnes katering tersebut. Jika berlaku, saudara sebagai pengendali katering jangan bermasam muka dengan tetamu tersebut.
Maniskan muka dan bercakap secara mesra. Jangan pula disebabkan jawapan saudara, tetamu menjadi semakin tidak puas hati. Selalu bersangka baik atas apa pun teguran, kerana ia akan lebih mematangkan kita dalam urusan bisnes, insyaallah.
Tidak salah untuk mengaku kesilapan jika benar ada. Juga tidak mengapa jika tetamu atau klien itu kelihatan sedikit ‘lebih’ dalam mengajukan persoalan, tetapi saudara mengukir senyum. Saudara juga jangan pulangkan paku buah keras kepada klien atau tetamu seandainya memang si penanya itu tersilap jangka. Berbaik sangka dan hadiahkan senyuman manis. Insyaallah, saudara akan selamat dan tetamu atau klien akan berpuas hati.


(Gambar: Sekitar majlis Aidilfitri dan Deepavali di premis klien di Shah Alam, 23 Okt. 2008, dari lewat petang hingga malam)

Assalamualaikum sahabat, teman dan pengunjung blog katering ini. Syawal masih bersisa, jadi salam Aidilfitri saya ucapkan. Alhamdulillah, harga minyak turun lagi, ringan sedikit beban kita di Malaysia. Saya sebagai katerer lega kerana tidak lagi perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos perkhidmatan katering ekoran kenaikan mendadak harga bahan bakar sedikit masa dahulu. Namun begitu, tidak dinafikan harga bahan-bahan mentah sektor makanan masih lagi agak tinggi lantaran beberapa faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan.
Bulan Syawal ini saya dan chef kurang rehat. Sebaik seminggu lebih bercuti, banyak permintaan sebut harga untuk rumah terbuka katering Aidilfitri, sama ada di rumah klien perseorangan atau korporat.
Dari lebih sedozen sebut harga yang dihantar, saya memperoleh beberapa sesi katering. Salah satu klien korporat terkini ialah Tenaga Switchgear Sdn. Bhd, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad.
Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear Sdn. Bhd diadakan di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor pada 18 Oktober 2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang dihidangkan pelbagai, antaranya ialah nasi beryiani, lemang, mee dan bihun soto, laksa johor, spaghetti bolognese, sate, kepak ayam bakar, kuih muih raya, ais krim, ABC dan cendol, dan lain-lain.

Tetamu tiba seawal 11.00 pagi. Tenaga petugas seramai lima belas orang berjaya memberikan komitmen yang baik kepada saya dan melayani semua keperluan tetamu secara profesional. Tetamu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu tetamu VIP, staf syarikat dan para jemputan.
Katering saya menyediakan enam gerai atau meja bagi enam kelompok menu yang berlainan. Suasana meriah diserikan lagi dengan kanopi arabian dan hiasan scallop serta hiasan meja/gerai berwarna peach.
Antara tetamu VIP yang hadir ialah Pengerusi Tenaga Switchgear, YB Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, Pengarah Urusan Tuan Haji Mohammad Nor bin Mohd Sidin dan pelakon saudara Azli dari kumpulan Senario.
Saya mendapat ucapan terima kasih khusus dari Tuan Haji Mohammad Nor semasa beliau berjalan menuju ke kereta. Di waktu itu saya sedang berehat bersama seorang petugas. Segala puji saya kembalikan kepada Allah atas kelancaran majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear yang berlangsung selama lebih empat jam.

(Gambar di sekitar majlis)