Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
Alhamdulillah. Daripada empat servis katering berbuka puasa Ramadan 1432 Hijrah, saya sempat merakamkan salah satunya yang sangat menarik untuk diceritakan.
Sesi berbuka puasa bersama anak-anak yatim berlangsung pada 28 Ogos 2011 di suatu dewan di Ampang Hilir, Selangor. Hosnya ialah Tengku Bendahara Pahang, YAM Tengku Abdullah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Di samping berbuka puasa dengan juadah sajian Lusiana Catering, anak-anak yatim itu juga menerima duit Hari Raya Aidilfitri. Dua orang anak saya yang turut bersama juga menerima angpau masing-masing. Toh Puan Habibah yang mencari anak-anak yang tidak beratur menerima duit raya memberikannya.
Saya katakan menarik bukannya justeru pemberian angpau raya tersebut, tetapi semua para hadirin bersolat Maghrib, Isyak dan sunat Tarawikh secara berjemaah di dalam dewan tersebut. Tengku Abdullah mengusap kepala anak-anak yatim dan mengambil sendiri beberapa jenis sajian untuk meja anak-anak yatim itu. Inilah yang sepatutnya. Alhamdulillah.
Selain daripada menyediakan sajian, Lusiana Catering juga menyediakan servis pemasangan meja, kerusi dan penyediaan set VIP. Saya senaraikan menu berbuka puasa di bawah berserta beberapa foto yang dirakam.
MENU
Kurma
Bubur cha-cha
Kuih talam suji
Samosa kentang
Kek butter mini + jem
Minuman: Teh O ais limau, Sirap bandung, Teh tarik & Kopi O
Tambahan: Air mineral (VIP)
Nasi putih
Bihun goreng Siam
Ayam goreng berempah
Sambal tumis udang
Ikan tenggiri asam pedas
Sayur campur
Ulam-ulaman + sambal belacan
Ikan masin
Tambahan: Ulam petai & jering (VIP)
Menu tambahan meja VIP ialah ikan kembung bakar bersama kuah asam.
6 Syaaban 1432H - Kami di Lusiana Catering bersedia menerima tempahan menu untuk berbuka puasa yang merangkumi:
(1) Menu berbuka puasa
(2) Menu makan selepas solat Maghrib
(3) Menu moreh selepas solat sunat Terawih
Palbagai pilihan boleh dicadangkan oleh pihak tuan puan atau pihak kami yang memberi cadangan menu. Di antara contohnya seperti di bawah.
- Nasi putih
- Mee goreng mamak
- Ikan cencaru bakar + air asam
- Daging dendeng berlada + nanas (foto)
- Ayam kurma
- Sambal tumis udang harimau
- Sayur campur
- Ulam-ulam + sambal belacan
Pencuci mulut:
- Kurma
- Kuih bakar kemboja
- Samosa kentang
- Pengat pisang
- Sira labu
- Hirisan pelbagai buah-buahan
- Minuman: Kordial sirap + oren dan teh tarik
Walaupun begitu, ianya tertakluk kepada Terma dan Syarat kami yang akan diberitahu, terutamanya bilangan minima pesanan (bilangan pax).
(Foto 1: Meja VIP satu majlis berbuka puasa kendalian Lusiana Catering. Foto 2: Daging dendeng berlada + nanas)
Ilmu: Dalam kitab Al-Targhib wal-Tarhib, Imam Mundziri menyampaikan hadis-hadis yang menunjukkan bulan Syaaban adalah bulan yang agung dan dicintai oleh Rasulullah. Berikut adalah hadis mengenai kelebihan bulan Syaaban.
Allah mengumumkan pengampunan-Nya pada bulan Syaaban. Mu'az bin Jabal melaporkan Rasulullah berkata,
"Pada malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), Allah mengumumkan kepada sekalian manusia bahawa Dia akan mengampunkan orang yang mahu meminta keampunan-Nya, kecuali kepada orang yang menyekutukan Dia, juga orang yang suka mengadu domba (menciptakan api permusuhan) sesama saudara muslim." (Hadis direkodkan al-Thabrani dan Ibnu Hibban) - Artikel dipetik daripada buku Senangnya Puasa Bagi Orang Sibuk oleh Gus Ariffin.
Ramadan breaking fast catering is one of the most tiring events. This is because all crews fasting as well, but it’s considered a noble function, and we feel honored in preparing foods for breaking fast. Picture is the VIP setting during one of the breaking fast catering sessions.
5 Ramadhan 1431 H - This article provides useful advice on how to avoid some common problems encountered in Ramadhan. If followed, it would enable one to fast comfortably and enjoy fully the spiritual benefits of Ramadhan, insyaAllah.
During the holy month of Ramadhan, our diet should not differ very much from our normal diet and should be as simple as possible. The diet should be such that we maintain our normal weight, neither losing nor gaining. However, if one is over-weight, Ramadan is an ideal time to normalize one’s weight.
In view of the long hours of fasting, we should consume slow digesting foods including fiber containing-foods rather than fast-digesting foods. Slow digesting foods last up to 8 hours, while fast-digesting foods last for only 3 to 4 hours.
Slow-digesting foods are foods that contain grains and seeds like barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, whole meal flour, unpolished rice, etc. (called complex carbohydrates). Fast-burning foods are foods that contain sugar, white flour, etc. (called refined carbohydrates).
Fiber-containing foods are bran-containing foods, whole wheat, grains and seeds, vegetables like green beans, peas, sem (papery), marrow mealies, spinach, and other herbs like methie, the leaves of beetroot (iron-rich), fruit with skin, dried fruit especially dried apricots, figs and prunes, almonds, etc.
The foods eaten should be well balanced, containing foods from each food group, i.e. fruits, vegetables, meat/chicken/fish, bread/cereals and dairy products. Fried foods are unhealthy and should be limited. They cause indigestion, heartburn, and weight problems.
Tip: Dates are excellent source of sugar, fibre, carbohydrates, potassium and magnesium. (Source: Read Islamic Books)
(Foto: Acar buah berbijan, salah satu lauk bagi nasi beryiani / minyak / tomato)
Note: The holy month of Ramadhan unites all Muslims in fasting, feasting, worship and prayer. It is a time for contemplation, spirituality and brotherhood.
29 Syaaban 1431 H - Katering berbuka puasa Ramadhan merupakan satu majlis yang memenatkan. Ini justeru kerana semua krew juga berpuasa. Namun begitu, Lusiana Catering berbangga dan bertuah seandainya ada para klien, sama ada badan korporat atau orang perseorangan, yang menggunakan perkhidmatan kami bagi majlis makan malam bagi berbuka puasa.
Esok, 11 Ogos 2010, adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431 Hijrah. Lusiana Catering sedia menerima pesanan bagi katering berbuka puasa. Pesanan minima bagi makan malam berbuka puasa ialah 70 pax.
Sajian yang kami sediakan ialah untuk berbuka puasa, makan malam selepas solat Maghrib dan moreh selepas solat sunat Terawikh, insyaAllah. Lusiana Catering juga sudah membuka pesanan bagi sajian menyambut hari kemenangan Hari Raya Aidilfitri 2010. Kami sedia menerima permintaan sebut harga yang berkenaan.
P/s: Elok amalkan banyak membaca di bulan mulia ini, terutamanya al-Quran dan buku-buku agama. Masyarakat Islam di Malaysia kurang memberi perhatian berat dalam perihal ini. Apa yang selalu menjadi budaya ialah pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan Ramadhan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.
Tidakkah kita mahu menyorot sejarah? Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar, berlaku pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan adalah bulan perjuangan. Ayat al-Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra (Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan juga bulan membaca.
Sebelum Ramadhan, saya dan chef mengharapkan pesanan katering yang tidak berapa kerap. Kami berkata bahawa cukup satu pesanan untuk setiap minggu. Alhamdulillah, doa dan harapan kami tertunai. Saya dan chef inginkan rehat di samping peluang bagi lebih mendekatkan diri kepada Allah di sepanjang bulan mulia ini.
Memang ada lebih kurang sepuluh sebut harga yang kami hantar kepada klien di sepanjang tiga minggu di bulan penuh berkat ini. Sekali lagi syukur saya panjatkan ke hadrat Tuhan Yang Maha Agung justeru kerana masih tetap dilimpahkan kurniaNya.
Di sini saya ingin menyorot dua sesi katering; iaitu pada 16 September di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor, Shah Alam dan pada 20 September di Masjid Nurul Ehsan, Kg. Medan, Petaling Jaya.
Majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan merupakan program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Negeri Selangor. Aturcara bermula dengan sesi bimbingan smart solat, diikuti tazkirah Ramadhan dan bertadarus. Sebelum waktu berbuka puasa, majlis diakhiri dengan sesi khatam al-Quran dan tahlil.
Terima kasih kepada Cik Norazrin Mohamat Jani dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dan Encik Badrulhisham Hj. Badaruddin, Pengerusi Gerakan Belia 4B, Kawasan Petaling Jaya Selatan atas pesanan katering tersebut.
Kedua-dua majlis berbuka puasa berjalan lancar. Di sini saya sertakan gambar-gambar yang sempat dirakam.