Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Kek cawan di sambutan lima tahun RAMFC, Wangsa Maju

Kami bersama sekumpulan rakan pembaca tegar karya novelis Tuan Ramlee Awang Murshid pada petang Sabtu, 23 Jun 2012 di suatu lokasi di Wangsa Maju. Majlis santai sambutan ulang tahun penubuhan RAMFC ke-5 diraikan meriah dalam tautan ukhuwah.

Kesempatan juga diambil mempromosi novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Terima kasih, geng pentaksub tegar karya novelis thriller terbaik kita. Kek cawan berjumlah 48 unit khas dihasilkan oleh Chef Lusiana Adnin dari Lusiana Catering. Sokongan kami tidak berbelah bahagi, insya-Allah.

Terima kasih atas komen-komen terhadap kek cawan (cupcakes) yang disediakan oleh Chef Lusiana Adnin. Kalian memang brutal, namun senang berbicara.

Komen Puan Norlela Md Sideh, "Cupcake yang sedap. Macam-macam yang ada di dalamnya.Terima kasih, Lusiana Adnin."

Manakala Puan
Shimah Basri menyatakan, "Apa yang ada di dalamnya? Saya rasa ada kacang, mungkin dicampur lobak (carrot) di dalamnya. Yang pastinya memang mantop rasa dia. Suka!"

Komen Cikpuan Rosni Ciut Ciut, "Cupcake yang sangat sedap. Terima kasih.

Insya-Allah, sila hubungi Chef Lusiana bagi berkongsi resipi.
Selamat menyambut ulang tahun ke-5 penubuhan RAMFC. Saya dan Lusiana Catering tetap bersama dan menyokong kalian.

Photobucket
Photobucket

Variati kek untuk sajian minum petang (hi-tea) atau pencuci mulut (dessert)

Lusiana Catering menyajikan variasi jenis kek yang bersesuaian sebagai salah satu menu minum petang (hi-tea) atau pun sebagai pencuci mulut (dessert) bagi sajian makan tengah hari atau makan malam.

Kombinasi sajian kek ini tersenarai dalam pakej yang bersesuaian yang ditawarkan oleh kami. Alhamdulillah, kek-kek seperti yang disenaraikan memperoleh pujian dari kalangan klien dan rakan-rakan. Lusiana Catering menjanjikan nilai wang tuan dan puan berbaloi, i
nsya-Allah.

Di bawah disenaraikan empat jenis kek yang mendapat perhatian para tetamu di sesi katering kendalian Lusiana Catering.

Tiga foto di sini ialah Kek Lapis Sarawak. Sila klik foto untuk besarkan.

(Hakcipta terpelihara Cef Hana Lusiana Catering).
  • Kek Butter (Butter cake)
  • Brownies Mini
  • Kek Coklat Brownies
  • Kek Lapis Sarawak

Cupcake designed by Chef Hana of Lusiana Catering

24 Zulhijjah 1431H - A cupcake or patty cake or cup cake is a small cake designed to serve one person, frequently baked in a small, thin paper or aluminum cup. As with larger cakes, frosting and other cake decorations, such as sprinkles, are common on cupcakes.

The first mention of the cupcake can be traced as far back as 1796, when a recipe notation of “a cake to be baked in small cups” was written in “American Cookery” by Amelia Simms. The earliest documentation of the term “cupcake” was in “Seventy-five Receipts for Pastry, Cakes, and Sweetmeats” in 1828 in Eliza Leslie's Receipts cookbook.

In the early 19th century, there were two different uses for the name "cup cake" or "cupcake". In previous centuries, before muffin tins were widely available, the cakes were often baked in individual pottery cups, ramekins, or molds and took their name from the cups they were baked in. This is the use of the name that has persisted, and the name of "cupcake" is now given to any small cake that is about the size of a teacup. (Source Wikipedia)

Here is example of cupcake from the kitchen of Lusiana Catering for one of the events patronized by Chef Hana. This is for Sekolah Menengah Taman Maluri, Kuala Lumpur 1976 Reunion session on 19 June 2010.

Photobucket

Ibadah haji, menu Hari Raya Aidil Adha dan korban lembu 1431 Hijrah

11 Zulhijjah 1431H - Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat seluruh Malaysia. Chef Hana berasa sedih beraya tanpa ibu dan ayah yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Arab Saudi. Kami di Lusiana Catering mendoakan semoga mereka tabah dalam menjalani ibadah suci tersebut.

Walau apa pun, menu Hari Raya Aidil Adha tetap ada iaitu soto ayam, nasi impit, rendang daging dan kek lapis Sarawak (segar dari dapur Chef Hana). Saya pula turun membantu melapah daging dan memangkas tulang lembu korban jiran-jiran berhampiran kediaman. Alhamdulillah, semua selamat.


Saya, Chef Hana, anak-anak, anak-anak saudara dan dua pasangan ipar sempat berhari raya di Kampung Pasir, Ulu Klang dan Sijangkang, Kelang.

Photobucket
Photobucket

Menerima tempahan kuih talam dan seri muka

Salah satu produk atau servis terbaharu Lusiana Catering ialah menyediakan kuih berikut; talam suji, talam cendol, seri muka dan talam keladi. Kuih-kuih ini juga dikenali sebagai kuih nyonya. Lusiana Catering telah menyajikan jenis kuih ini di beberapa sesi katering pada bulan Mac lalu. Sambutan mengalakkan, alhamdulillah.

Kuih nyonya ini boleh dipesan secara individu dengan tertakluk kepada syarat seperti kuantiti dan lokasi. Kuih-kuih ini sesuai bagi sajian makan pagi, makan tengah hari (sebagai pencuci mulut), minum petang (hi-tea) dan makan malam. Untuk me
ndapat maklumat lanjut, sila hubungi Lusiana Catering di nombor telefon yang disediakan atau melalui emel

Fact: Who’s Nyonya? Nyonya are the descendents of Chinese-Malay marriages, the male being known as Baba and the female as Nyonya, pronounced nyoh-nyah and sometimes spelt Nonya. Although the first communities first proliferated in Malacca, many Babas and Nyonyas settled in Penang and Singapore - and therefore - were also called Straits Chinese.

Photobucket

Bubur kacang hijau campur durian

Ketika masih tinggal bersama mak dan mak teh (emak saudara saya) di Terengganu dan Pahang, saya sering merasa keenakan bubur kacang hijau (mungbean porridge) yang dimasak. Apabila berjauhan merantau belajar dan seterusnya menetap di Kuala Lumpur, sukar untuk saya merasa bubur kacang yang dimasak oleh mereka berdua.

Selepas berkeluarga, isteri saya (sebelum menjadi chef) pula yang saya minta supaya memasak bubur kacang kegemaran saya. Pada permulaan, masakan isteri tidak seenak masakan ibu sendiri, biasalah kan. Saya meminta supaya isteri belajar dari mak. Hasilnya memang memuaskan!


Menyediakan bubur kacang hijau yang enak, cukup lemak secukup rasa tidak semudah yang kita jangka. Kadang-kadang kacang hijau tidak berapa empuk hasilnya. Jika tidak cukup sukatan santan dan gula merah (atau gula melaka) pula, hilang rasa lemaknya. Kalau tersilap adunan, cepat basi. Mahu lebih enak, campur dengan durian.


Salah satu menu pencuci mulut yang sering saya cadan
gkan kepada klien ialah bubur kacang campur dengan durian. Sudah agak kerap kali chef menyediakan masakan ini. Semua klien memuji keenakan bubur kacang hijau yang dihidangkan. Jika masih berbaki, tetamu-tetamu yang hadir akan bungkus untuk dibawa balik atau dimakan lagi kemudian nanti.

Anda boleh cuba sendiri nanti. Jika saya suka, insyaallah saudara-saudara juga akan menyukainya.

SUMAYYA FOODS & CATERING.