Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Showing posts with label Cook book. Show all posts
Showing posts with label Cook book. Show all posts

Makan malam amal di dewan konvensyen Sentul sukses

Memasak adalah seni. Jangan berhenti belajar dan mencuba. Cef Lusiana Catering mengikuti banyak kelas masakan bagi mantapkan mutu sajian dan keyakinan diri. Untuk kes-kes tertentu, buku resipi menjadi pilihan untuk ditelaah.

Baru-baru ini untuk beberapa resipi Cina, beliau merujuk buku Chinese & Thai 400 Healthy Recipes for Modern Living. Selanjutnya pada 12/12/2012, kami sediakan sajian Cina bagi 500 tetamu di bawah kelolaan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru. Alhamdulillah, sajian 8-menu memperoleh pujian.

Terima kasih khas untuk tim Tuan Mohd Azlan Satar justeru membantu lancarkan sesi katering makan malam amal di dewan konvensyen Sentul, Kuala Lumpur pada hari tersebut. Pihak kami menggunakan servis 20 orang pramusaji bagi majlis makan malam berbanqueat sepenuhnya itu.

Mesej dari staf pengelola, "Alhamdulillah. Syukran jazakallah, tamat sudah sebuah majlis. Terima kasih atas hidangan yang sedap. Agar kerjasama dapat diteruskan."

Menu makan malam, 12/12/2012:

Starter:
Butternut pumpkin soup

Main:
Chinese fried rice
Stir-fried chicken with lemongrass
Fish fillet sweet & sour
Garlic butter prawn with curry leaf
Japanese tofu with oyster sauce
Mixed vegetables + black braised mushroom


Desserts:
2 types of kuih talam Nyonya
Beverages: Coffee, Chinese tea & tropicana juice

Resipi laksa Sarawak, chef saya pernah memasaknya

Buku ini menghidangkan 60 resipi yang popular di negeri Bumi Kenyalang. Oleh kerana terdapat banyak suku kaum di negeri ini maka setiap kaum mempunyai masakan istimewa masing-masing. Boleh dikatakan setiap masakan mereka menggunakan lada hitam sebagai bahan rempah untuk memedaskan lauk-pauk. Oleh itu penggunaan cili agak kurang berbanding rempah-ratus.

Antara masakan yang cukup digemari ialah ayam pansuh, laksa sarawak, bubur pedas, midin belacan dan umai udang.
Penggunakan ikan darat, ikan masin, udang dan makanan laut juga cukup popular. Ini kerana mereka gemar mengekalkan masakan yang segar kerana ia lebih berkhasiat dan semulajadi. Kuih-muih yang dikukus juga merupakan hidangan kegemaran mereka.

Antara yang mudah didapati ialah tapai ubi, nasi ruya, kuih jala dan kek lapis sarawak yang terkenal hingga ke peringkat antarabangsa.


Buku Kompilasi Masakan Sarawak ini adalah hasil dari chef Sarji Ramli, berhalaman 64 dan harganya ialah RM7.00. Diterbitkan oleh Alaf21 Sdn. Bhd.


Chef Lusiana Catering juga berkebolehan menyediakan masakan laksa sarawak ini.
Baca di sini untuk majlis yang ada menu ini.

*** Selamat tahun baru Hijrah 1430 dan tahun Masihi 2009. Saya bersedia menerima tempahan katering untuk pelbagai acara.

SUMAYYA FOODS & CATERING.